Tuesday, February 23, 2016

RESIPI KEK BATIK NESTUM


RESIPI KEK BATIK NESTUM


BAHAN-BAHAN

300gm coklat compound
400gm biskut marie HWA TAI ( biskut brand ni sedap )
1/2 cawan coco powder
3 sudu besar gula pasir
1 tin susu cair
1 sudu besar butter ( wani guna sudu makan )
3 x 1/2 cawan nestum

 

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Biskut marie dipatah 2


2.satukan coklat compound, coco powder, gula pasir, susu cair dalam satu kuali, buka api dan kacau perlahan sehingga semua bahan sebati


3. kacau sehingga adunan coklat mendidih, baru masukkan butter dan kacau sehingga butter cair


4. masa tahap ni, pastikan adunan coklat betul-betul mendidih lama sikit nak bagi pekat sebelum masukkan biskut marie.kacau selalu


5. kemudian, baru masukkan biskut marie dan gaul sehingga semua biskut disalut dengan coklat sehingga rata


6. tutup api dan baru masukkan nestum sikit -sikit, itu sebab buat 3 x 1/2 cawan. letak 1/2 cawan gaul rata dan letak lagi 1/2 cawan dan 1/2 cawan seterusnya .tak nak nestum digaul di tempat yang sama.. nestum kan cepat melekat.


7. tuang dalam loyang empat segi 8 x 8 " ..ratakan dan tekan biar padat .sejukkan semalaman baru potong



SUMBER:DARI DUNIA DAPURKU 


SELAMAT MENCUBA

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com

No comments:

Post a Comment