Tuesday, February 23, 2016

RESEPI DURIAN CREPE VERSI TAHRUNNISAH JALI


RESEPI DURIAN CREPE VERSI TAHRUNNISAH JALI


BAHAN - BAHAN 
KULIT/CREPE 18-20 KEPING

1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi kayu
1 sudu besar tepung ubi kentang
1 sudu besar tepung kastard
1 1/2 sudu besar tepung hong kong
sedikit garam
2 sudu besar gula icing
2 biji telur saiz B
1 sudu besar minyak jagung
3/4 cawan air (210ml)
1/2 cawan susu segar (130ml)
sedikit esen vanila
beberapa titik pewarna kuning

BAHAN - BAHAN 
FILLING KASTARD + DURIAN

2 sudu besar gula
20 gm tepung kastard
250 ml susu segar
2 biji kuning telor
isi durian yang dihancurkan
Filling Whipping Cream 
500gm whipping cream
2 sudu besar gula icing (jika whipping cream tawar)



CARA - CARA MEMBUATNYA


  KULIT/CREPE ( NIPIS )

1. Kesemua tepung di atas di ayak terlebih dahulu

2. Masukkan kedalam satu bekas, masukkan garam, gula icing, minyak, esen vanila, telor yang dipukul sebati, dan masukkan air serta susu segar dan pewarna kuning. kacau guna whisk tangan je ye..kemudian tapis

3. Panaskan non stick pan saiz kecil (17cm diameter tapak) api sederhana.

    Sapu sikit pan ngan minyak. (saya guna tisu paper)..dah panas pan tu..angkat kejap pan dan

     masukkan kurang 1 senduk adunan ke dalam pan..

     lenggangkan pan tadi sehingga rata dan nipis kulit tadi serta memenuhi permukaan pan tadi.

     .kemudian letak balik atas dapur . kejap je letak atas dapur ye kemudian angkat..jangan lama sbb nanti
      hangus kulitnya.tak payah terbalikkan sebb ia nipis mudah sangat masaknya

4. Ulangi hingga habis. boleh ditindih2 kulitnya insyaallah tak melekat





FILING KASTARD + DURIAN

1. Dalam periuk non stick masukkan gula, tpg kastard, 2 biji kuning telor,dan susu segar dlm 4 sudu dulu..Kacau hingga kesemuanya sebati. Kemudian tuang baki susu segar tadi dan kacau lagi

2. Panaskan api dapur dan masak menggunakan api sederhana hingga kental/pekat. tutup api dan sejukkan kastard filling.

3. Isi Durian dihancurkan dan dicampur bersama dengan kastard filling dan
masukkan ke dalam piping bag. masukkan kedalam peti ais supaya ia tak cair




 FILLING WHIPPING CREAM

 1. Dalam bekas yang bersih dan kering, masukkan 500gm whipping cream, tambah gula icing jika whipping cream anda tawar.. Jika whipping cream anda sudah manis abaikan gula icing tu..

2. Pukul whipping cream sehingga soft peak/kental dan masukkan kedalam piping bag dan letak dlm freezer sekejap supaya tak mencair.



MENYEDIAKAN DURIAN CREPE

1.  Sediakan kulit, letak whipping cream dulu (dlm gambar) ,

2. kemudian letak pula filling kastard+durian dan letak semula whipping atas kastard tadi..

3.Bungkus/lipat durian crepe tadi seperti bantal.

4. masukkan dlm freezer kejap dlm sejam dua supaya ia mengeras
(jika durian crepe yang baru kluar dr freezer tu keras kejung tunggu biar kejap pada suhu bilik)




Beginilah Durian Crepe yang telah siap dibungkus dan sedia untuk dinikmati.



SELAMAT MENCUBA

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com
http://my.shareddis.com/p/awnyi







No comments:

Post a Comment