Monday, February 22, 2016

RESEPI SAMBAL CILI HIJAU MASAKAN PADANG


RESEPI SAMBAL CILI HIJAU MASAKAN PADANG

BAHAN - BAHAN

250 gram Cili hijau besar, buang tangkainya
50 gram Cili padi hijau *Sekiranya suka pedas
4 Ulas bawang merah
2 Ulas bawang putih
2 Biji tomato hijau
3 sendok teh minyak goreng, untuk menggoreng
½ Sudu teh air limau nipis
Gula pasir secukupnya
Garam secukupnya


CARA - CARA MEMBUATNYA
Potong Cili Hijau dan Cili Padi Hijau
Kukus Cili hijau dan Cili Padi hijau bersama dengan bawang merah, tomato hijau, dan bawang putih lebih kurang 5 ke 10 minit. Angkat
Jika bahan - bahan sudah lembut, tumbuk bahan yang dikukus secara kasar.
*Boleh menggunakan lesung dan tidak terlalu lumat.
Panaskan minyak goreng dan tumis semua bahan yang ditumbuk sehingga sebati dan berbau harum

Tambahkan gula, air limau nipis dan garam pada tumisan dan kacau rata
Setelah masak,hidangkan dengan nasi panas dan lauk yang lain.


Selamat Mencuba

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

No comments:

Post a Comment