Showing posts with label Pastry And Bakery. Show all posts
Showing posts with label Pastry And Bakery. Show all posts

Wednesday, June 17, 2020

RESEPI FRUIT PASTRY CAKE


RESEPI FRUIT PASTRY CAKE

BAHAN - BAHAN

200 gram Golden Churn butter
280 gram gula kastor 
6 biji telur
4 sudu besar sour cream/120gm fresh milk
2 sudu besar mango flavour import 
210 gram self raising (tepung naik sendiri), 
**if nak guna tepung gandum kena tambahkan baking powder.
Pelbagai jenis buah-buahan segar atau premium dried.


CARA - CARA MEMBUATNYA :

1. Panaskan oven pada suhu 180°C, sediakan loyang yang di sapu mentega dilapis dengan parchment paper atau gunakan aluminium food containers.

2. Putar mentega, gula dan sour cream dan mango flavour import sehingga kembang. 

3.Masukkan telur dan putar hingga sebati. 

4.Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung naik sendiri tadi dan putar sehingga sebati.

5. Tuang dalam loyang tadi dan ratakan. Hias dgn buah-buahan di atas permukaan adunan.

6.Bakar hingga kek masak. Lebih kurang 30-35 minit.

7. Angkat kek dan sejukkan.

Ayak gula aising/ snow powder jika suka sebelum dipotong (sewaktu kek sudah sejuk)



Kredit Resepi :
#MamaEllHomeKitchen®

Tuesday, June 9, 2020

RESEPI APAM SUSU SUKATAN CAWAN

RESEPI APAM SUSU SUKATAN CAWAN


BAHAN - BAHAN APAM SUSU

4 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar ovalet
1 sudu besar susu pekat
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
Pewarna


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Pukul telur, vanila, ovalet, gula sampai kembang gebu dan putih.

2. Masuk susu pekat dan kembali pukul.

3. Masuk tepung dan kacau sampai sebati.

4. Kalau nak warnakan bahagi kan kepada beberapa bahagian 
Warnakan sesukahati mengikut citarasa anda.

5. Akhir sekali, kukus kek apam susu anda selama 45 minit atau sampai masak.



Kredit Resepi  
: Dia Adila


Tuesday, February 20, 2018

RESEPI CHICKEN PIE

RESEPI CHICKEN PIE
Untuk 4 hidangan

BAHAN-BAHAN

• 2 cawan dada ayam, di potong cube
• 1 cawan kentang di dadu
• 1 cawan lobak merah di dadu
• 1 cawan bawang di dadu
• 1 cawan kacang pis **admin tambah cendawan juga
• 2 keping instant puff/ pastry
• 2 sudu kecil. bawang putih yang dicincang
• 1 cawan keju
• 1 sudu kecil. garam
• 1 sudu kecil. lada hitam
• ½ tsp. Lada cayenne
• 4 sudu besar. mentega
• 4 sudu besar. tepung serba guna
• 2 cawan stok ayam
• 3 sudu besar. Krim
• 1 biji telur

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Dalam periuk sederhana, cairkan mentega, masukkan tepung dan stok ayam selama 8 minit, pada api sederhana.

2. Masukkan garam, lada hitam, dan lada cayenne, krim dan kacau.

3. Seterusnya, masukkan ayam, kentang, lobak, bawang, bawang putih, dan masak selama 3 minit.

4. Pindahkan ke dalam mangkuk sejukkan di dalam peti sejuk selama 30 minit.

5. Gunakan tepung untuk elak kan pastry melekat..

6. Gunakan piring, potong empat pekeliling yang lebih besar daripada hidangan dari pastri puff.

7. Sendukkan inti ke dalam bekas membakar dan taburkan keju di atas.

8. Letakkan kepingan pastri di atas bekas pembakar dan tutup dengan pastry..

9. Sapu bahagian atas dengan telur

10. Bakar dalam ketuhar selama 30 minit pada 400F sehingga pastri berwarna coklat keemasan.

Angkat dan nikmati.. perghhhh

Thankyou#ntd.tv

Sunday, October 29, 2017

RESEPI ROTI CHEESE BUTTER HOMEMADE

RESEPI ROTI CHEESE BUTTER HOMEMADE

BAHAN-BAHAN

380gm tepung high protein (tepung roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A
100ml air
100gm water roux
60gm butter/marjerin
1sk bread softner
Mozarella/Parmesan Cheese, Italian Herbs (kalau takde, Parsley Flakes pun ok) dan gula secukupnya untuk ditabur atas roti

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Masukkan semua bahan dalam BM uli dan biarkan BM uli doh selama 1 jam 30 minit.

2.Keluarkan doh dari BM. Uli-uli seketika guna tangan. Kemudiannya saya bahagikan doh kepada 2 bahagian

3.Griskan 2 loyang empat segi 9 X9 inci. Setiap doh tu dan bahagi pula kepada 4 bahagian yang panjang. Susun dalam loyang. Jarak-jarakkan sedikit kerana doh akan mengembang.

Nota: Sebenarnya ikut suka anda nak buat doh tu bentuk apa. Doh ni memang soft pun tak kiralah kalau anda buat bentuk apapun.

4.Biarkan doh naik lagi, lebih kurang 40 minit. Doh akan mengembang dan jadi rapat-rapat.

5.Tabur keju, sedikit gula dan Italian Herbs.

6.Panaskan oven. Bakar 160 - 170 degree selama 15 -20 minit. Api atas bawah sehingga roti masak.

7.Roti sudah masak. Sapukan dengan mentega sebaik sahaja roti dikeluarkan dari oven.

Sangat lazat dan lembut dan panas-panas.