Showing posts with label Resepi Tradisional. Show all posts
Showing posts with label Resepi Tradisional. Show all posts

Tuesday, January 28, 2025

RESEPI WAJIK


RESEPI WAJIK 


bahan-bahan : 

1 kg beras pulut putih

800 ml santan pekat

700 gr gula aren

100 gr gula putih

1 sudu kecil garam

2 helai daun pandan


Cara membuat :

1. Rendam beras pulut selama 3-4 jam. Kemudian kukus selama 20 minit. Kemudian siram dengan 1 gelas air mendidih. Kacau rata dan masak selama 10 minit lagi. Angkat dan ketepikan

2. Rebus santan bersama gula, garam dan daun pandan. Sehingga larut kemudian tapis

3. Pindahkan cecair gula ke dalam kuali yang agak besar kemudian panaskan lagi sehingga mendidih

4. Masukkan beras pulut dan kacau rata hingga pekat dan pekat.

5. Letakkan dalam dulang yang dialas dengan daun pisang atau plastik. Selepas ia sejuk, potong sahaja. Selamat memasak

Monday, August 2, 2021

RESEPI KAYA PANDAN

RESEPI KAYA PANDAN


BAHAN - BAHAN

1 cawan air pandan (5 helai daun pandan diblend)
1 cawan susu cair
1 cawan gula (cikgu fazz buat 3/4 je)
1 kotak santan 200g
2 sudu susu pekat manis
3 sudu tepung jagung
1 biji telur 
Sedikit garam
Titiskan sikit pewarna hijau kalau nak


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Masukkan semua bahan dalam periuk kecil. 

2.  Masak dan kacau sampai dia berkilat dan cukup pekat.

*kebesaran cawan ikut kita lah




Kredit Resepi: 
fazelina isa


Thursday, October 22, 2020

RESEPI SIRA UBI KAYU

RESEPI SIRA UBI KAYU

Nisan @ Gula melaka 
2 @ 3 Sudu  besar gula
1 sudu besar tepung ubi  *dibancuh dengan air
sedikit garam..

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Rebus ubi kayu 
**Air aras ubi.
**Letak garam sikit 

2. Bila dah agak - agak empuk masukkan nisan @ gula melaka, daun pandan 

3. Bila dah bertukar warna, besarkan sikit api biar betul-betul menggelegak.

4. Masukkan bancuhan tepung ubi dan kacau.

5. Kecilkan semula api biar merenih. 

6. Masukkan gula, biarkan merenih lama sampai pekat 

**Kalau nak warna yang gelap sedikit boleh masukkan sedikit kicap manis



Kredit Resepi :
Tengku Huzanika

Wednesday, June 17, 2020

RESEPI TAUHU BERGEDIL SEDAP GILOSSS


RESEPI TAUHU BERGEDIL SEDAP GILOSSS 

BAHAN - BAHAN

5-6 biji kentang
200 gram Daging Kisar
Tauhu pok
Daun sup*
Bawang goreng*
Garam*
Lada hitam*
Serbuk perasa*
Bawang holland


CARA - CARA MEMBUATNYA
 
1. Kupas kentang dan potong 4

2. Rebus kentang sampai empuk

3. Sementara tu potong dadu sedikit bawang holland. Untuk tumis bersama daging kisar.

4. Tumis bawang dengan sedikit minyak. Masukkan daging kisar. Masak sehingga kering. 

5. Bila kentang dah empuk, angkat dan toskan. Lenyekkan kentang masa kentang tu masih panas. 

6. Masukkan daging yang dah siap masak.

7. Campurkan bersama bahan2 bertanda *.

8. Gaul rata semua bahan. Lepas tu rasa. 

9. Gunting bentuk X kat bahagian atas tauhu. 

10. Sumbat inti dalam tauhu.

CELUPAN: 

 3 biji telur
Garam sikit

Pukul telur bersama garam. Celupkan tauhu yang dah siap disumbat dan goreng dalam minyak panas. 


BAHAN - BAHAN SOS
(sumber dari azian collection):
 
2-3 ulas bawang putih
1 inci halia
 1 cawan cili kisar
1 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
 1/2 cawan gula melaka/merah
 1 cawan air asam jawa (2 tbsp asam jawa) 
 1/2 cawan air


CARA MENYEDIAKAN SOS

1. Tumbuk bawang putih dan halia hingga lumat. 

2. Tumiskan hingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan masak sehingga cili terbit minyak. 

3. Masukkan sos cili dan tomato. Kacau sehingga rata. Masukkan air asam,  1/2 cawan air dan gula merah. Masak sehingga gula larut. 

4. Masukkan garam secukup rasa. Kalau kuah tak cukup pekat, masukkan 1-2 sudu tepung jagung yang dah dilarutkan dengan air. 

5. Bila kuah dah cukup pekat, taburkan sedikit bijan. 

6. SIAP




Sunday, May 10, 2020

RESEPI APAM LENGGANG


RESEPI APAM LENGGANG


BAHAN - BAHAN

1 1/2  cawan tepung beras
1/2  cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis
7-8 sudu besar gula
1 cawan air
1 cawan santan pekat
1 biji telur


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Campurkan semua bahan kecuali santan..Gaul rata dan perap selama 2-3 jam

2. Masukkan santan dan gaul lagi

3. Panaskan kuali dan griskan minyak pd kuali...ambil 1 senduk adunan dan lenggangkan seperti membuat kuih ketayap

4. Kalo pakai non stick pan tak perlu gris minyak

5. Masak dengan api perlahan...bila dah kekuningan bolehlah digulung atau dilipat dua...

6. Siap. Sedap makan panas - panas.



Thursday, July 11, 2019

RESEPI UBI KAYU REBUS


 RESEPI UBI KAYU REBUS

BAHAN - BAHAN 

500 gm ubi kayu
Air secukupnya
Garam secukup rasa

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Buang kulit ubi kayu dan rebus bersama sedikit garam hingga lembut. 

2. Setelah masak, hidangkan bersama kelapa parut atau sambal tumis bilis.


RESEPI UBI KAYU REBUS

Friday, June 8, 2018

RESEPI LONTONG DAN KUAH LODEH SEDAP


RESEPI LONTONG DAN KUAH LODEH SEDAP

BAHAN - BAHAN

1/4 biji kubis
1/4 biji sengkuang - potong panjang
1 batang karot - potong panjang
6 batang kacang panjang
2 biji terung panjang 
1 biji kentang - potong 8 
2 keping fucuk - rendam dan potong kecil
1 ikat soo hoon - rendam dan potong kecil
1 keping tempe - potong dadu besar dan goreng
2 keping tauhu - potong kecil dan goreng
2 batang cili merah - hiris
2 batang serai - ketuk
1 cawan udang hidup - buang kulit
2 santan kotak 
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR

8 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar udang kering - rendam dan tos


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Masak bahan kisar bersama santan cair dan serai sehingga hampir mendidih. 

2. Masukkan udang diikuti dengan sayur yang jenis keras sehingga sayur yang lembut. 

3. Masukkan santan pekat dan tauhu kering, cili merah serta garam. Sesuaikan rasa dan kepekatan.

4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama dengan nasi impit, telur rebus dan kuah kacang atau sambal tumis.



Kredit Resepi : 
Seminit Resepi


Thursday, March 1, 2018

RESEPI LEMPENG KELAPA

RESEPI LEMPENG KELAPA

BAHAN-BAHAN

2 cawan tepung gandum
1/2 biji kelapa muda parut putih
2 cawan air biasa
(agak2 kurang boleh tambah air)
Sedikit garam

CARA-CARA MEMBUATNYA.

1.Campurkan semua bahan. Adun Rata mengikut kepekatan masing masing.

2.Siap untuk dimasak di atas pan tau kuali.

Nota.
lempeng ni kami tak letak telur..ikut cara Mak kami..nak letak telur pon boleh.

Kredit:
rosehayatie via Fb Resepi Viral Terkini.

Thursday, December 21, 2017

RESEPI SERI MUKA DURIAN

RESEPI SERI MUKA DURIAN

LAPISAN BAWAH

BAHAN- BAHAN

2 cawan beras pulut di rendam 1 jam..toskan
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1 sudu kecil garam.

CARA MEMBUATNYA

1. Campurkn santan,air dan garam kemudian kacau

2. Kukus pulut brsama santan..santan bg paras2 pulut ye.

3 Setelah masak tekan dn mampatkn pulut.ketepikn

BAHAGIAN BAWAH

BAHAN-BAHAN

2 cawan santan pekat
2 cawan air
1 cawan gula(x mau manis blh krgkn)
1 cawan isi durian
1/2. cawan tepung gandum
1/2. cawan tepung jagung

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Satukan santan,air,gula,garam dn isi durian..

2. Blend sebati..

3. Masukkan dalam bekas lain kemudian masukkn tepung sikit demi sedikit.

4. Kacau sebati jangan bagi ada ketulan tepung.

5. Pastu tuang ke atas pulut dn kukus sampai masak.

Kredit Resepi : Roslina Omar & Page Fb Resepi Ringkas & Mudah.

Wednesday, November 1, 2017

RESIPI BOTOK PETAI CINA

RESIPI BOTOK PETAI CINA

Bawang putih,
Bawang merah,
Sedikit belacan,
Ketumbar 1 sudu teh
Kemiri 5 biji (nk lebihkan lagi sedap),
Cili padi (ikut suke kalau nk pedas lebihkan)
Daun limau purut (5 lembar)

*Blend kesemuanya

Petai cina
Udang,
Ikan bilis jepun,
Tauhu,
Kelapa muda parut,

*Gaul kesemuanya perasakan dgn garam secukup rasa

*Bungkus ikut suke~ kukus selama 30minit dah siap

Selamat Mencuba