Showing posts with label Resepi Brownies. Show all posts
Showing posts with label Resepi Brownies. Show all posts

Wednesday, November 1, 2017

RESEPI FUDGY BROWNIES-THE BEST EVER

RESEPI FUDGY BROWNIES-THE BEST EVER

BAHAN-BAHAN

8 auns coklat berkualiti tinggi
¾ mentega cawan, cairkan
1 cawan gula
2 biji telur
2 sudu teh vanila
¾ cawan tepung serba guna
¼ cawan serbuk koko
1 sudu garam

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan ketuhar hingga 350 ° F / 180 ° C.

2. Pecahkan coklat ke dalam ketulan Cairkan setengah, kemudian simpan separuh lagi untuk kemudian.

3. Campurkan mentega dan gula, kemudian pukul dengan telur dan vanila selama 1-2 minit sehingga campuran menjadi lembut dan berwarna terang.

4. Masukkan coklat cair yang tersimpan (pastikan coklat tidak terlalu panas untuk mengelak telur masak), kemudian masukkan tepung, serbuk koko, dan garam.

5. Gaulkan bahan-bahan kering ke dalam bahan-bahan basah, berhati-hatilah supaya tidak keterlaluan kerana ia akan menyebabkan brownies menjadi kek pula nanti..

6. Masukan ketulan coklat, gaul kan sahaja.. kemudian pindahkan adonan ke dalam pinggan bakar kertas yang dilapisi kertas.

7. Bakar selama 20-25 minit, bergantung pada bagaimana anda suka brownies anda, kemudian sejuk sepenuhnya.

8. Potong, kemudian hidangkan dengan segelas susu atau pun ais krem vanila.. SIAP!!

Kredit to Tasty

Thursday, October 26, 2017

RESEPI FUDGE BROWNIES

RESEPI FUDGE BROWNIES

BAHAN-BAHANNYA

85g salted butter (anchor, tatura @ scs)
3/4 cawan castor sugar
2 biji telur gred a/b
1 tsp esen vanilla
220g dark chocolate (sy guna brand beryl's)
85g tepung gandum (brand tak kisah)

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan oven 15 minit terlebih dahulu.
2. Double boil butter hingga cair.
3. Masukkan gula & kacau hingga sebati menggunakan whisk . Tutup api .
4. Masukkan telur & kacau hingga sebati.
5. Masukkan esen vanilla & kacau lagi. Ketepikan.
6. Kemudian, ambil bowl lain & double boil dark chocolate hingga cair. (Nak on api boleh tapi paling slow. Sy guna wap shj. Wap hasil dari double boil butter tadi)
7. Setelah chocolate cair , masukkan adunan butter, gula & telur tadi ke dalam bowl chocolate kemudian kacau sebati.
8. Akhir sekali, masukkan tepung gandum ke dalam adunan & kacau sebati . (Masa ni tekstur brownies macam kacau dodol)
9. Sediakan loyang size 7" yg dilapik dengan baking paper (sy guna non-stick baking paper supaya tak melekat & baking paper mesti melebihi loyang seperti dalam gambar)
10. Bakar pada suhu 150c (bergantung kepada oven masing2) selama 40-45minit)

Boleh share & selamat mencuba

Kredit Resepi : Nur Najwa Hamdan

Saturday, November 5, 2016

RESEPI CHOCOLATE BROWNIES KEDUT


RESEPI CHOCOLATE BROWNIES KEDUT


BAHAN - BAHAN

400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko
  

CARA - CARA MEMBUATNYA

Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil.

Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.

Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.

Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak. 

Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.

Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.

Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.

Panaskan Oven selama 15 minit awal dengan suhu 160 C

Bakar adunan dalam ketuhar selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.

Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit
  
Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.





AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

 

Monday, February 22, 2016

RESEPI OREO BROWNIES SPECIAL



      RESEPI OREO BROWNIES SPECIAL


BAHAN - BAHAN

165gm mentega
200gm coklat masakan yang dicincang
3 biji telur
2 biji telur kuning
2 sudu teh esen vanila
165gm gula perang
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar serbuk koko
Sedikit garam
152gm biskut oreo yang dipatah suku


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah selsius.

2. Sediakan loyang berukuran empat segi yang digris.

3. Cairkan mentega dengan suhu sederhana kemudian angkat masukkan coklat cincang dan kacau sehingga coklat cair.

4. Pukul telur, kuning telur dan esen vanila sehingga kembang.

5. Masukkan gula perang dan pukul hingga bergaul rata. Kemudian tuang coklat cair ditepi mangkuk untuk mengurangkan buih udara.

6. Masukkan tepung, serbuk koko, garam dan setengah daripada biskut, kacau hingga rata.

7. Tuang ke dalam loyang dan tabur lebihan biskut oreo di atas dan tekan sedikit kedalam adunan untuk memudahkan potongan.










SUMBER : KLIK SINI










AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my