Showing posts with label Resepi Cupcake. Show all posts
Showing posts with label Resepi Cupcake. Show all posts

Friday, June 12, 2020

RESEPI LOTUS BISCOFF CHEESECAKE

RESEPI LOTUS BISCOFF CHEESECAKE

BAHAN - BAHAN

400g cream cheese 
1 sudu kecil essence vanilla
125ml whipping cream
2 sudu besar gula icing
90g butter 
200g lotus biscoff spread
15keping lotus biscoff biscuit


CARA - CARA MEMBUATNYA

BASE CAKE

1. Hancurkan lotus biscoff biscuit sampai jadi crumble. 
2. Cairkan butter atas dapur, masukkn lotus biscuit yg dah dihancurkan.
3. Gaul rata dan masukkan dalam loyang dan tekan2 utk jadikan base. 

BAHAGIAN TENGAH ( CHEESE )

1. Mix cream cheese + essence vanilla + 2sudu besar lotus biscoff spread sampai sebati.
2. Bekas lain, mix whipping cream + 2sudu besar gula icing sampai kembang.
3. Campurkan adunan cream cheese dan whipping cream tadi. 
7. Tuang adunan tu atas base. 

TOPPING

1. Untuk topping, cairkan lebihan lotus biscoff spread tadi tu atas dapur. Dan tuang atas kek. 
2. Sejukkan kek dan siappp untuk dimakan esok .


Tips
Jika buat dalam bekas kecik-kecik, 
1 adunan ni dapat 6 bekas. 


Sumber Resepi 
#viralMAHN



Tuesday, April 24, 2018

RESEPI KEK CAWAN COKLAT BROWNIES DENGAN KRIM PUTAR MENTEGA COKLAT


RESEPI KEK CAWAN COKLAT BROWNIES DENGAN KRIM PUTAR MENTEGA COKLAT

BAHAN - BAHAN KEK CAWAN COKELAT BROWNIES

4 auns coklat masakan (unsweetened), dicincang
1/2 cawan mentega (unsalted), potong kepingan-keping
1 1/4 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur (size besar)
3/4 cawan tepung serba guna
1/4 sudu teh garam

BAHAN - BAHAN KRIM PUTAR MENTEGA COKELAT

1-2 sudu makan susu
1 sudu makan serbuk koko
6 sudu makan mentega lembut
3/4 cawan serbuk gula (gula aising)
Coklat cip untuk hiasan.


CARA - CARA MEMBUAT KEK CAWAN COKELAT BROWNIES

Panaskan ketuhar untuk 325° F
Susun 12 kertas cawan kek pada acuan.
Cairkan coklan dan mentega di dalam mangkuk secara double boil.
(Coklat dan mentega di cairkan di dalam mangkuk yang diletakkan dalam periuk air yang mendidih, pastikan air yang mendidih tidak memasuki mangkuk)
Setelah coklat dan mentega cair sepenuhnya, tutup api dan sejukkan coklat tersebut seketika.
Setelah mencapai suhu bilik, masukkan gula, dan esen vanilla. Kacau rata.
Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis.
Masukkan garam dan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis dan sebati.
Setelah sebati, agihkan adunan ke dalam setiap cawan kek yang telah disusun tadi.
Bakar selama 20 minit/ masak (uji dengan lidi)
Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sehingga suhu bilik.


CARA - CARA MEMBUATNYA KRIM PUTAR MENTEGA COKELAT

Potong mentega kecil-kecil dan masukkan ke dalam mangkuk/ mesin pemutar.
Pukul/putar sehingga lembut dan berkrim.
Ayak serbuk koko dan gula ke dalam mangkuk/ mesin pemutar sedikit demi sedikit sehingga habis.
Setelah adunan sebati, masukkan susu dan kacau/putar rata.
Hias kek cawan yang telah dimasak tadi dengan Krim Putar Mentega Coklat seperti dalam gambar di atas. Tabur coklat cip untuk hiasan.

Siap!

Kredit Resepi :
Page FB Viral Oh Viral


Friday, March 16, 2018

RESEPI CHOCOLATE CHIPS MUFFIN

RESEPI CHOCOLATE CHIPS MUFFIN

BAHAN-BAHAN

1 3/4 cawan tepung gandum (* ayak)
2 sudu kecil baking powder (* ayak)
1/2 sudu kecil baking soda (* ayak)
2 sudu besar cocoa powder (* ayak)
3/4 cawan gula
3/4 cawan chocolate chips (*)
1 cawan susu segar (sy guna susu dutch lady)
1/3 cawan + 2 sudu besar minyak jagung
1 biji telur
1 sudu besar esen vanila

Hiasan : Chocolate chips.

CARA-CARA MEMBUATNYA.

1.Satukan bahan2 yang bertanda (* ayak) dalam 1 bekas.

2.Ayak semua bahan di atas, kemudia baru masukan (*) iaitu chocolate chips,

3.sebatikan dan ketepikan.

4.Dalam bekas lain, satukan esen vanila,telur,susu,gula, dan minyak masak sehingga sebati.

5.Kemudian masukan campuran tepung tadi dan pukul sehingga sebati.

6.Tuangkan dalam mangkuk kertas dan taburkan chocolate chips di atas adunan.

7.Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 15 minit.

** Gunakan chocolate chips dalam adunan dan juga di tabur di atas adunan.

Selamat mencuba.

Kredit Resepi :
Naazira Parveen

Monday, March 12, 2018

RESEPI KEK CAWAN BASIC

RESEPI KEK CAWAN BASIC

BAHAN-BAHAN

250g mentega
250g gula kastor
250g tepung naik sendiri
4biji telur
4 sudu teh susu
Sedikit garam.

CARA-CARA MEMBUATNYA

1- Panaskan oven pada 190⁰C
2- Masukkan mentega ke dalam mangkuk besar dan pukul hingga kembang. Kemudian masukkan gula, garam, tepung, telur dan susu, dan pukul hingga adunan menjadi lembut.
3- Dengan menggunakan sudu, masukkan adunan ke dalam cawan kertas yang dah disediakan.
4- Masukkan ke dalam oven, bakar untuk 15-20 minit hingga kek masak.
5- Keluarkan dan sejukkan dahulu sebelum menghias dengan topping.

Penambahan Perisa:

1- Coklat – Kurangkan 2 sudu makan tepung dari jumlah asal dan gantikan dengan 2 sudu makan serbuk koko.
2- Kopi – Gantikan susu dengan 2 sudu makan serbuk kopi segera (bancuh dengan 4 sudu makan air panas)
3- Lemon – masukkan sedikit parutan kulit lemon dan gantikan susu dengan 4 sudu makan jus lemon
4- Vanilla – masukkan sedikit esen vanilla.

Kredit Resepi:
Fb Resepi Anak Mama.

Sunday, June 19, 2016

RESEPI KEK HOKAIDO


RESEPI KEK HOKAIDO


BAHAN - BAHAN

4biji kuning telur
30gm gula castur
1 sudu kecil esen vanila
40ml susu segar
4oml minyak mkn
55gm tepung kek
20gm tepung castard
1 sudu kecil b.powder
4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80gm gula castor


CARA - CARA MEMBUATNYA


1. Tepung kek, tepung kastard dan baking powder diayak, serta kuning telor dipukul bersama.

2. Kemudian masukkan vanila susu dan minyak.

3. Pukul rata dan masukkan bahan yang diayak serta digaul rata.

4. Pukul putih telur hingga berbuih.

5. Kemudian masukkan gula dan garam.

6. Pukul tahap laju (pastikan bekas dalam keaadan kering).

7. Masukkan 1/2 dalam adunan tepung tadi secara kaup balik dan masukkan baki selebihnya.

8. Kemudian masukkan dalam cawan kertas 3/4 penuh.

9. Bakar hingga masak dalam masa 20-25 minit dan sejukkan.

10. Untuk Krim Kastard, campurkan 1 sudu besar tepung gandum, 1 sudu besar tepung jagung, 4 sudu besar gula, 1 cawan susu segar, satu biji telur SAIZ C, 1 sudu besar majerin dan 1 sudu kecil esen vanila.

11. Kemudian kacau atas api hingga licin.

12. Angkat dan sejukkan.

13. Boleh lah dipaip pada kek tadi.




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

 

Monday, February 22, 2016

RESEPI GREEN VELVET CUPCAKE BY ZATTY ZUL


RESEPI GREEN VELVET CUPCAKE BY ZATTY ZUL


BAHAN A (Buttermilk)
 
1. 3 sudu besar susu tepung yg dibancuh bersama air jadi 180 mL
2. 2 sudu besar jus perahan lemon
(Campurkan 1 & 2)

BAHAN B

 
1. 330 gm tepung naik sendiri
2. 3 sudu besar susu tepung
3. 3 sudu besar serbuk koko
4. 1 sudu kecil baking powder
(1, 2, 3, 4 diayak bersama)
5 biji telur (gred A)
1 sudu besar pewarna hijau

BAHAN C

 
250 gm mentega
210 gm gula castor
 

BAHAN D
 
1. 1 sudu kecil baking powder
2. 1 sudu besar cuka
(1 & 2 dicampurkan)

CARA - CARA MEMBUATNYA

 
a. Panaskan oven pd suhu 170 degree celcius - 180 degree celcius (40 min)


b. Putar bahan C sehingga kembang


c. masukkan telur satu per satu


d. masukkan campuran tepung (tepung naik sendiri, susu tepung, serbuk koko, baking powder) ke dalam adunan berselang seli dgn buttermilk sehingga habis. Putar kelajuan sederhana


e. Tambah pewarna hijau, kacau sebati


f. masukkan bahan D


g. Tuang adunan kadalam cupcake. Bakar selama 30-40 min



 

 KRIM KEJU FROSTING
 

BAHAN - BAHAN
 
500 gm cheese cream
200 gm gula aising yg diayak
160 gm mentega
1 sudu besar jus perahan lemon

CARA - CARA MEMBUATNYA

 
a. pukul cheese cream sehingga kembang


b. masukkan gula aising . putar lagi


c. masukkan mentega dan jus lemon. putar rata




SELAMAT MENCUBA

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com


RESEPI MINI CUPCAKES ROYAL ICING TOPPING BY RESEPIKUIHMUIHHARIRAYA


RESEPI MINI CUPCAKES - ROYAL ICING TOPPING

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan 24 biji Cupcake Mini.


BAHAN - BAHAN CUPCAKES

100 g gula caster
100 g butter - dibiarkan dalam suhu bilik
lemon zest dan 1/2 jus lemon
2 biji telur saiz sederhana - dipukul
100 g tepung naik sendiri
2 sudu besar susu

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan oven pada suhu 190 darjah. Sementara tunggu oven panas sediakan cawan mini cupcakes dalam tray

2. Masukkan gula, butter dan lemon zest ( parutan lemon ) dalam bekas mixer - pukul sehingga gebu.

3. Masukkan telur yang telah dipukul sedikit demi sedikit, diselang-selikan dengan tepung naik sendiri.

4. Akhir sekali masukkan jus lemon dan kacau sehingga sebati- sekarang masukkan adunan cupcake anda ke dalam cawan yang telah disediakan

5. Bakar selama 12 minit..kemudian sejukkan terlebih dahulu sebelum hias dengan royal ising





SELAMAT MENCUBA

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com


RESEPI CUPCAKES COKLAT DARI RESEPIKUIHMUIHHARIRAYA


RESEPI CUPCAKES COKLAT DARI RESEPIKUIHMUIHHARIRAYA

BAHAN - BAHAN

BAHAN A

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate
bahan-bahan ini diayak terlebih dahulu.

BAHAN B

4 biji telur
2 cawan gula halus
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak
1 1/2 cawan air panas


CARA - CARA MEMBUATNYA

pukul telur bersama gula halus sehingga kembang, 
kemudian masukkan susu pekat dan pukul sekejap.
Masukkan minyak dan pukul lagi dengan menggunakan low speed.

Selepas itu masukkan bahan A sedikit demi sedikit, kacau sehingga sebati...
Masukkan air panas yang telah disediakan tadi.

Akhir sekali sediakan kertas cupcake..
masukkan adunan itu tadi dan bakar dalam suhu 180 c selama 15 minit..
Siap !
SELAMAT MENCUBA
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

RESEPI CUPCAKES RED VELVET MUDAH BY RESEPIKUIHMUIHHARIRAYA


 RESEPI CUPCAKES RED VELVET MUDAH BY RESEPIKUIHMUIHHARIRAYA

 ( Bahan-bahan - untuk 12 biji cupcake )

BAHAN A

2 1/2 cawan tepung serbaguna
1 1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil sodabikarbonat
1/2 cawan serbuk koko

BAHAN B

2 biji telur
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan buttermilk- sekiranya tiada anda boleh buatnya sendiri} rujuk dalam panduan dibawah.
1 sudu kecil perisa vanilla
1 sudu kecil cuka putih
1 sudu besar pewarna merah

BAHAN UNTUK BUTTERMILK

Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon dgn sukatan yang sama.

BAHAN UNTUK TOPPING

1/2 cawan butter (unsalted butter)
1/2 cawan gula halus (ising)
1 sudu perahan lemon


CARA - CARA MEMBUATNYA


1. Panaskan oven 180 0C

2. Ayak bahan A

3. Pukul bahan B dengan menggunakan mixer..pukul sehingga kembang.

4. Masukkan bahan A ke dalam bahan B, sedikit demi sedikit-gunakan low speed.

5. Setelah selesai, bolehlah masukkan ke dalam bekas cupcake dan bakar selama 18-20 minit

6. untuk topping- pukul bahan sehingga sebati

7.kemudian letakkan topping setelah cupcake sudah sejuk.




SELAMAT MENCUBA

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com