Friday, March 16, 2018

8:44 PM

RESEPI CHOCOLATE CHIPS MUFFIN

BAHAN-BAHAN

1 3/4 cawan tepung gandum (* ayak)
2 sudu kecil baking powder (* ayak)
1/2 sudu kecil baking soda (* ayak)
2 sudu besar cocoa powder (* ayak)
3/4 cawan gula
3/4 cawan chocolate chips (*)
1 cawan susu segar (sy guna susu dutch lady)
1/3 cawan + 2 sudu besar minyak jagung
1 biji telur
1 sudu besar esen vanila

Hiasan : Chocolate chips.

CARA-CARA MEMBUATNYA.

1.Satukan bahan2 yang bertanda (* ayak) dalam 1 bekas.

2.Ayak semua bahan di atas, kemudia baru masukan (*) iaitu chocolate chips,

3.sebatikan dan ketepikan.

4.Dalam bekas lain, satukan esen vanila,telur,susu,gula, dan minyak masak sehingga sebati.

5.Kemudian masukan campuran tepung tadi dan pukul sehingga sebati.

6.Tuangkan dalam mangkuk kertas dan taburkan chocolate chips di atas adunan.

7.Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 15 minit.

** Gunakan chocolate chips dalam adunan dan juga di tabur di atas adunan.

Selamat mencuba.

Kredit Resepi :
Naazira Parveen

0 comments:

Post a Comment

RECOMMENDED FOR YOU