Showing posts with label Resepi Kuih Raya. Show all posts
Showing posts with label Resepi Kuih Raya. Show all posts

Wednesday, February 5, 2025

RESEPI KEK PILIH KASIH


  RESEPI KEK PILIH KASIH


Bahan - Bahan

450gm mentega

10 biji telur

1 sudu teh esen vanila

6 sudu makan milo

3 sudu makan gula hitam

2 gelas kacang tanah yg sudah di sangai dan kisar halus


300gm bijan 

Di aru @ disangai hingga sedikit kuning


1/2 gelas tepung gandum

2 1/2 gelas tepung roti marie - 315gm

200gm holirck

1/2 tin susu manis

1 gelas gula halus

1 tin kecil kaya


Cara Membuatnya


Mentega dan gula dipukul hingga kembang...

Masukkan telur satu persatu..pukul rata..

masukkan susu ,kaya ,vanila ,gula hitam ,milo ,horlick ,tepung roti ,kacang dan bijan...sambil dipukul sebati......

masukkan dalam acuan .....

kukus selama 4 jam @ sehingga masak dgn api perlahan...


Terima kasih utk yg punya resepi ❤️

Tuesday, January 28, 2025

RESEPI KEK NOT


 🌸RESEPI KEK NOT 

--------------------------------------------


Bahan- bahan:

-----------------------


6 biji telor ayam gred A

16oz mentega 454g

1 gelas gula 200g

2 gelas tepong gendom 300g

1/4 gelas tepong gendom (untuk melumor buah-buahan)75g

2 sudu kecik esen vanila 

4 tahil lengak (di aruk kekuningan) 150g

1/2 kati gajus (di aruk sekejap) 250g

1/2 kati kacang hong kong 250g

1/2 kati buah badam (di hiris) 250g

1/2 kati buah kurma (dihiris) 250g

1/2 kati kismis kuning 250g

1/2 kati manisan kuning (di hiris) 250g

1/2 kati manisan limau (kulitnya sahaja)250g

1 bungkus manisan keranji (masam manis)

1 bungkus ceri merah (di hiris)

1 bungkus ceri hijau (di hiris)

4 keping buah kasmak (di hiris)

1 kotak buah red date bidara (di hiris)


Cara-Cara:

-----------------


Alas loyang 10"10" dgn kertas minyak. 


Pukol mentega bersama gula hingga kembang. Kemudian masokkan telor satu persatu hingga habis. Pukol lagi hingga rata. Masokkan esen. Lepas itu, masokkan 2 gelas tepong. Kuar lagi.Bila sebati, barulah masokkan kacang-kacang. Kuar rata.  akhir sekali, masukkan buah-buahan yg telah di lumor dengan 1/4 tepong ke dalan adunan.. ini bagi mengelakkan buah mendap di permukaan kek.  Masokkan adunan ke dalam loyang. Kukus sehingga masak. 

kukus selama 4 jam

Selamat mencoba.

#resepkeksarawak

#kuekukus

Wednesday, August 25, 2021

RESEPI CHUROS GEMOK

RESEPI CHUROS GEMOK


BAHAN-BAHAN

1 cawan tepung gandum
1sudu besar marjerin
1 sudu besar gula
1 cawan air
1 biji telur
1sudu kecil esen vanilla
Secubit garam


CARA - MEMBUATNYA

1. Masak air, marjerin ,gula & garam hingga mendidih 

2.  Masukkan tepung gandum kacau sampai sebati.

3. Tutup api

4. Bagi suam masukkan telur kacau sebati

5. Tekan guna acuan semperit..

6. Goreng sampai perang

7. Taburkan gula/serbuk kayu manis kalau suka atau pun cicah coklat



kredit Resepi: 
Cikpuan ala


Monday, August 2, 2021

RESEPI TART NENAS KEJU

RESEPI TART NENAS KEJU


BAHAN - BAHAN

700 gram tepung gandum
100 gram gula halus
4 biji kuning telur
4 sudu besar susu tepung
500 gram butter
100 gram keju (parut)


INTI
jem nanas 

BAHAN SAPUAN

4 biji kuning telur
1 sudu besar minyak goreng
1 sudu teh susu kental manis


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Pukul butter , kuning telur & gula halus, mix speed rendah sebentar saja asal tercampur rata.

2.  Masukkan tepung & susu tepung, sedikit demi sedikit, sampai adonan kalis & boleh di bentuk (uli guna spatula).

3.  Tambahkan keju parut, uli rata.

4.  Bentuk adonan sesuai selera.

5.  Atur dalam loyang yang sudah disapu margarine.

6.  Bakar 30 minit, keluarkan lalu sapu kuning telur & taburi keju parut. 

7.  Bakar lagi selama 15 minit/ sampai perang & masak.




Kredit Resepi :
Roslina