Showing posts with label Resepi Masakan Ayam. Show all posts
Showing posts with label Resepi Masakan Ayam. Show all posts

Sunday, February 2, 2025

RESEPI AYAM GORENG MAMAK


 Resepi Ayam Goreng Mamak


Bahan-bahan:

1 ekor ayam

6 sudu makan tepung jagung

6 sudu makan tepung beras

3 tangkai daun kari


Bahan untuk dikisar:

6 ulas bawang putih

2 inci halia

5 tangkai cili kering

2 sudu makan rempah kari

1 biji telur

Garam secukup rasa

1 sudu makan serbuk lada sulah


Cara:

1. Perap ayam dgn bhn kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.

2. Panaskan minyak & goreng ayam hingga masak.


Kredit kpd Pemilik Resepi ini Semoga Allah mempermudahkan segala urusan

Saturday, January 18, 2025

RESEPI KERABU KAKI AYAM


RESEPI KERABU KAKI AYAM


Bahan-bahannya:

12 ketul kaki ayam - dibersihkan dan dipotong dua dan rebus

kaknoor buang tulang kaki ayam ni supaya senang nak makan.

1 biji bawang besar - dihiris nipis

11 biji cili api - dihiris bulat nipis kaknoor lebihkan cili dan tumbuk

2 biji tomato - dihiris

2 batang serai - dihiris nipis

1 biji limau nipis - diambil jusnya

3 sudu makan sos ikan (nampla)

1 1/2 sudu makan gula

1 pokok daun sup - dihiris halus

1 pokok daun bawang - dihiris halus

kaknoor tambah soon, bunga kantan, garam dan gula sikit.

Cara-caranya:


Masukkan air, kaki ayam dan sedikit garam ke dalam periuk. Rebus hingga kaki ayam empuk.

Sejatkan kaki ayam.

Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Gaul rata.

Hidangkan.


Kalau baru-baru kita gaulkan memang sedap sangat di ratah ni, tak sedar habis semangkok kerabu, pertama kali kaknoor buat ni memang sedappp sangat, esuk lusa pasti nak cari kaki ayam lagi dan buat macam ni..

.

Kredit : Kak Noor

Sunday, December 8, 2024

RESEPI AYAM MENANGIS

RESEPI AYAM MENANGIS

Bahan untuk Perapan Daging / Ayam :

Daging / Ayam (yg ada bahagian lemak lagi sedap)
4 ulas bawang putih ditumbuk lumat
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk lumat
1 sudu besar perasa
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos ikan
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar palm thai sugar / kalau takde boleh ganti 4 sudu besar brown sugar

Perap at least 3 jam. Then boleh grill. grill atas non stick pan je.

Daging tu kalau halfcook dah boleh makan dah.
Tapi ayam kena betul-betul masak okey. 
Masak atas api perlahan.

Sambal tu senang je, korang google je pun ada. 

5 ulas bawang putih ditumbuk
10 biji cili api ditumbuk
3 akar ketumbar ditumbuk
3 sudu kecil sos tiram (guna sos tiram Lee Kum Kee)
2 sudu besar sos ikan nampla
2 sudu besar thai palm sugar / 3 brown sugar
1 sudu besar perasa
1 biji air perahan limau nipis atau lebih jika suka
Sedikit daun ketumbar dihiris halus

Siap!

Kredit: Resepi Nenek

Saturday, June 10, 2023

RESEPI CHICKEN WRAP, SEDAP DAN RANGUP

RESEPI CHICKEN WRAP, SEDAP DAN RANGUP

BAHAN - BAHAN

Roti tortilla (mission wrap)
Isi ayam (dada) (potong kecik)
Salad
Tomato
Lobak (hiris halus2)
Timun (hiris halus2)
Keju
Mayonis
Sos thousand island


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Roti mission Wrap dibakar dalam oven 2-3 mnit.

2. Ayam goreng tepung goreng guna tepung kentucky.

3. Sapu rata mayonis kt ats roti wrap

4.  Letak bahan2 td ayam, salad, lobak, timun, keju dan sos thousand island,

5.  Gulung roti dan siap..


RESEPI CHICKEN WRAP, SEDAP DAN RANGUP

Sunday, September 12, 2021

RESEPI KERUTUK AYAM

RESEPI KERUTUK AYAM.

1/2 ekor ayam (potong ikut suka, bersihkan n tos)
1 cawan santan
2 sudu kerisek
7 tangkai cili kering.
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
1 batang serai
Rempah 4 sekawan (cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
1/2 bungkus rempah kerutuk adabi
1/2 bungkus rempah kari adabi
Air
Minyak
Garam
Gula melaka/gula gerek (ikut citarasa, nak manis lebihkan sikit)


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili kering di blender...
(rebus dahulu cili kering.)

 2.Panaskan kuali, masukkan minyak, tumis bahan yang dikisar...

3. Masukkan sekali rempah 4 sekawan, kemudian masukkan gula melaka/gula gerek (supaya bahan tumisan cepat garing)...

4. Bila bahan dah garing, masukkan rempah kari dan rempah kerutuk....

5. Masukkan sedikit air, kacau, kemudian masukkan ayam.

6. Gaulkan. Masukkan kerisik dan santan.

7. Kacau sampai pekat dan agak kering.

8. masukkan garam secukupnya...rasakan dan ikut kepekatan kuah masing - masing.

9. Siap.

Kredit Resepi : 
Nim Nazihah


Tuesday, August 17, 2021

RESEPI AYAM MASAK THAI


RESEPI AYAM MASAK THAI


BAHAN TUMBUK

 5 biji bawang merah
3 Ulas bawang putih
sedikit kunyit hidup
cili padi (ikut nak pedas mana)


BAHAN LAIN

2sudu sos tiram
2sudu sos tomato
3btg Serai diketuk
3helai daun limau purut
Garam,gula


CARA - CARA MEMASAKNYA

1. Tumiskan bahan tumbuk dengan serai sampai garing,

2. Masukkan sedikit air dan masukkan sos tiram,sos tomato,daun limau....

3.  Masak sampai bawang betul-betul masak dan pekat...

4. Tambah perasa ngan bawang holland yang dipotong nipis...

5. ok siap

selamat mencuba 

Monday, July 26, 2021

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH MELETOP POP POP

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH MELETOP POP POP


BAHAN - BAHAN

Bahan A (dikisar):

Serai
Lengkuas
Halia
Lada kering

Bahan B:

Telur ayam
Garam
Gula
Biji ketumbar
Daun kari
Tepung jagung

* Lebihkan bahan kisar untuk lebih sedap.


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Sediakan ayam yang dipotong kepada 16 bahagian dan ditoskan airnya.

2. Masukkan bahan A dan b dan digaul sebati.

3. Perap selama 20 minit atau boleh disimpan di dalam peti ais.

4. Goreng dalam minyak yang banyak untuk masak sepenuhnya dan lebih rangup.

5. Siap dan boleh dimakan semasa berbuka dengan lauk lain.




Kredit resepi : 
Khumaira CAFE & Catering


Tuesday, February 23, 2021

RESEPI MASAK BLACK PEPPER CENDAWAN

RESEPI MASAK BLACK PEPPER CENDAWAN


BAHAN - BAHAN

Ayam separuh – dipotong
1/2 pack cendawan segar – potong
4 batang celeri – potong serong 
Sayur pilihan (sy letak kacang panjang)
1 inci halia – dihiris nipis
2 biji bawang besar – potong empat
5 ulas bawang putih – hiris nipis
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu kecil minyak bijan
2 sudu kecil kicap manis
2 sudu kecil sos tiram
4 sudu besar minyak masak
Tepung jagung secukupnya
garam dan gula secukup rasa


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Gaulkan ayam dengan garam,sos tiram dan goreng sampai separuh masak.Kemudian angkat dan ketepikan.

2.Tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau dengan menggunakan minyak ayam tadi, kemudian masukkan serbuk lada hitam dan kacau sehingga sebati.

3.Kemudian masukkan ayam dan kacau seketika.

4.Selepas itu,masukkan pula cendawan, celeri, sayur, minyak bijan, sos tiram dan kicap manis kemudian kacau sehingga cendawan menjadi sedikit layu.

5.Tuang sedikit air,agak-agak je,kemudian masukkan sedikit pes tepung jagung supaya kuah menjadi pekat.

6.Akhir sekali,perasakan dengan gula dan garam secukupnya.


Sumber Resepi : 
Watie Muhtar

RESEPI PHAD KRA PHAO

RESEPI PHAD KRA PHAO


BAHAN - BAHAN

Ayam *cincang halus 
5 Sudu Besar Sos ikan
2 Sudu Besar Kicap
1 Sudu Kecil Secukup rasa
2 Sudu Besar Gula
Daun selasih / basil leaves secukupnya

BAHAN TUMBUK

1 labu besar Bawang merah 
4 Ulas Bawang putih 
8 Biji Cili api merah 


CARA - CARA MEMBUATNYA

1.  Panaskan minyak .

2. Masukkan bahan tumbuk. kacau-kacau hingga agak layu sikit 

3. Masukkan ayam cincang.

4. Kemudian masukkan kicap , sos ikan , 
Secukup rasa , gula dan daun selasih . 

5. Kacaukan sampai ayam masak dan cukup balance semua rasa .

6. Siap


#sayahalalkanresepi

Sumber Resepi: 
Azwa Muhammad


Tuesday, February 2, 2021

RESEPI AYAM MASAK THAI PADU & KAW

𝗥𝗘𝗦𝗜𝗣𝗜 𝗔𝗬𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗦𝗔𝗞 𝗧𝗛𝗔𝗜 𝗣𝗔𝗗𝗨 & 𝗞𝗔𝗪!


BAHAN A ( WAJIB )

10 ketul bahagian ayam yang telah digoreng
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 batang serai dititik
Daun limau purut
Garam secukupnya
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
Minyak
Sedikit air

BAHAN B ( KISAR )

3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji cili merah
3 biji cili hijau
2 biji cili api


CARA - CARA MEMASAKNYA

1. Masuk semua bahan-bahan untuk dikisar dalam blender dan kisar halus

2. Gaul ayam bersama serbuk kunyit.

3. Panaskan minyak. Goreng separuh masak. Ketepikan ayam.

4. Keluarkan minyak gorengan ayam, tinggal dalam anggaran 2 senduk.

5. Tumis serai sehingga naik baunya, dan kemudian masukkan bahan kisar halus. Kacau sehingga pecah minyak dan warna bertukar sedikit gelap. Anggaran 10 minit.

6. Masukkan separuh daun limau purut yang dibuang tulang tengah daunnya. 

7. Kacau sampai naik bau daun limau purut.

8. Masukkan ayam goreng separuh masak tadi, diikuti sos cili, sos tiram dan tambah sedikit air supaya berkuah. Tutup sekejap supaya ayam masak dan meresap kuah.

9. Tambah baki lagi separuh daun limau purut.

10. Masukkan sedikit gula melaka dan garam secukup rasa.

11. Tambah hirisan bawang Holland. Kacau sampai layu.

12. Tutup api. Perah jus limau nipis ke dalam masakan, perah sikit dulu dan rasa. Kalau kurang masam boleh tambah lagi dan kacau sebati.

13. Hias dengan taburan daun limau purut dan hirisan cili merah. Sedap dimakan dengan nasi putih panas.

Tips:
**Perahan limau haruslah ditambah setelah tutup api. Jangan masuk awal sangat nanti pahit dan sedap rasanya.
**Masukkan perahan limau sedikit, rasa dulu. kalau kurang masanya boleh perah sedikit lagi.
Kalau nak lebih berkuah, boleh lebihkan bahan-bahan kisar dan tambah lebih air supaya berkuah.


KREDIT RESEPI:
 CHENOM

Sunday, January 17, 2021

RESEPI AYAM MENANGIS MERAUNG


 RESEPI AYAM MENANGIS MERAUNG


BAHAN PERAPAN AYAM
 (perap 3 jam) :

- Ayam ( Isi Peha atas, Isi Peha Bawah,Isi Dada )

BAHAN PERAPAN 

- Akar ketumbar
- Bawang putih
- Gula perang
- Sos ikan
- Kicap pekat
- Lada sulah/hitam
- Minyak


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Blend semua bahan perapan, lumur pada daging/ayam. 

2. Perap sekurang-kurangnya 3 jam.
Perap dan simpan di chiller.

3.  Keluarkan 30 minit sebelum dimasak.

4. Untuk masak, panaskan non stick pan, letak minyak sikit, 

5. Bakar dengan api kecil.


BAHAN SOS

- Sos ikan
- Air asam jawa
- Perahan limau nipis
- Gula kabung/nisan Thai
- Serbuk cili kasar
- Beras goreng
- Daun ketumbar (cincang)
- Akar ketumbar (cincang)
- Cili padi (cincang)
- Bawang merah (cincang)
- Bawang putih (cincang)

***Campurkan semua bahan, perasakan.



Kredit Resepi
 Serina Seman

Wednesday, June 17, 2020

RESEPI AYAM PANGGANG ALA DOMINOS

RESEPI AYAM PANGGANG ALA DOMINOS


BAHAN - BAHAN

Ayam telah dipotong

120 gram sos cili
120 gram sos tomato
120 gram sos tiram 
2 sudu besar madu 
2 sudu besar gula
1 sudu besar garam
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar lada hitam
2 ulas bawang putih di tumbuk lumat
60 gram butter


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Masak kesemua bahan sampai butter cair

2.sejukkan

3. Lumur pada ayam dan letak sedikit minyak 

3. Perap ( lagi lama lagi sedap)

4. Bakar suhu 180°-200° ikut oven masing - masing qpi atas bawah.
selama 30-40 min 

SeLamAt mEnCUba


Kredit Resepi : 
Fiza Sezali


Tuesday, May 12, 2020

RESEPI AYAM MASAK UNGKEP

RESEPI AYAM MASAK UNGKEP


BAHAN - BAHAN

10 ketul daging ayam
1 batang serai - ketuk
1 keping asam keping
3 helai daun limau purut
air secukupnya
minyak masak secukupnya
garam & gula secukup rasa 


BAHAN KASAR

2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih 
1 inci halia 
1 inci kunyit hidup
2 batang serai 
1sb jintan manis
1sb jintan putih 
1sb serbuk ketumbar
cilipadi hijau 20 biji


CARA - CARA MEMBUATNYA

1.  Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yg telah dikisar. Tunggu sampai pecah minyak. 

2.  Masukkan ayam, daun limau purut dan serai yang diketuk. 

3.  Boleh tambah air ikut suka . Nak berkuah lebihkan air. 

4. Buka api perlahan dan tutup dgn tudung periuk. Sesekali kacau supaya tidak  terhangit.

4.  Lepas tu masukkan garam & gula secukupnya. 

5. Siap 



Kredit Resepi  :
 Atier Syah
#mahn

Monday, May 4, 2020

RESEPI AYAM BAKAR ALA KENNY ROGERS


RESEPI AYAM BAKAR ALA KENNY ROGERS 


BAHAN - BAHAN

1 ekor ayam(cuci bersih)
2 labu bawang besar
7 ulas bawang putih
2 inci halia
2sudu besar pati Oren sunquick
1 Senduk sos blackpaper aka sos lada hitam
3 sudu besar majerin (cairkan atas api)
1 biji ubi kentang (rebus empuk)
1 ketul kiub pati ayam
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula pasir



CARA - CARA MEBUATNYA

1. Kentang, brokoli, tomato cerry adalah pilihan. 

2.  Semua bahan-bahan di blend/ kisar dengan sedikit air (suku cawan air ) 

3. Dah kisar semua....perapkan dengan ayam.

4.  Perap 2 jam sebelum bakar.( lagi lama lagi sedap )

5. Bakar pada suhu 200° selama 45 minit sampai masak menggunakan Api atas bawah.


Kredit Resepi : 
 Cik Pooja

Monday, April 27, 2020

RESEPI SOTO AYAM KEBABOM BOM


RESEPI SOTO AYAM KEBABOM BOM


SUP AYAM

BAHAN - BAHAN

Ayam seekor potong kecik kecik
Bawang kecik merah 4 biji (hiris)
Bawang putih 3 bijik (hiris)
Halis dua inci (hiris nipis)
Kayu manis sebatang
 Bunga lawang 1 kuntum
Biji pelaga 3 biji
Rampah sup babas 4 sudu dibancuh
Garam
Air asam jawa
Serbuk Lada putih 1 sudu

CARA - CARA MEMASAKNYA

1. Tumis bahan yang dihiris bersama bijik pelaga, kayu manis dengan bunga lawang sampai naik bau.

2. Masuk bancuhan rempah sup.

3. Masuk kan ayam. Tumis sekejap sampai ayam tu keluar air.

4. Masukkan air dua mangkuk

5. Tambah garam, lada putih.

6. Tutup dan biar mereneh.

7. Bila dah siap, tambah asam jawa. Perasakn dengan garam atau mana2 yg tak cukup.. Agak2 la.hihi

8. Dah masak boleh masuk dalam mangkuks.


BEGEDIL DAGING MUDAH

BAHAN- BAHAN

 Kentang 5 biji yang direbus
Bawang goreng.  Anggaran 4 bijik bawang kecik merah
Daging hancur tumis dengan minyak dengan lada hitam
Daun sup
 Lada putih
Garam secukupnya

CARA  CARA MEMBUATNYA

1. Lenyek-lenyekkan kentang yang direbus tadi. Tabur garam dan lada putih.

2. Masukkan daging hancur, daun sup, bawang goreng.

3. Gaul-gaul  macam biasa.

4. Bulat-bulatkan dia sebesar bola pingpong kemudian penyekkan sikit.

5. Masukkan dalam freezer sejam supaya nanti bila goreng tak hancur.

6. Masa nak goreng, panaskan minyak, pukul telur dengan garam secukup, golekkan begedil tadi dalam telur dan goreng smpai keperangan.


CARA - CARA PENYEDIAAN BAHAN LAIN

1. Suun goreng dengan minyak panas sampai kembang. Pastikan guna minyak yang banyak dan panas.

2. Potong cili kemudian tambah kicap

3. Hiris daun sup nipis dan bawang goreng, sesetengah orang suka goreng dada ayam dan carik2 isinya buat tambah sedap.


CARA HIDANGAN.

1. Masukkan Suun, Sup dan begedil.

2. Siap Untuk Dihidangkan


Kredit Resepi : 
Nur Adiba Hassan


Friday, January 17, 2020

RESEPI CHICKEN MANGO

 

RESEPI CHICKEN MANGO


BAHAN - BAHAN

Ayam*
Isi ayam bahagian peha/dada
Tepung goreng kentucky 
Minyak Goreng
Lada hitam
Bawang Putih
Bawang Besar
Telur
Mangga Muda 
Lobak Merah / Daun ketumbar


CARA - CARA 

1. Perap isi ayam dengan lada hitam dan bawang putih selama 20minit.

2. Setelah 20 minit pecahkan telur dalam isi ayam. 

3. Sediakan tepung goreng kentucky dalam bekas yang sesuai dan panaskan minyak goreng.

4. Masukkan isi ayam tadi ke dalam tepung goreng. Gaul dan ratakan tepung. ( Breeding )

5. Masukkan dalam minyak goreng yang dipanaskan tadi dan goreng hingga kekuningan (deep fry)

6. Setelah ayam masak. Angkat dan toskan.

7. Dalam bekas lain,  Parut mangga muda, carrot/daun ketumbar dan Potongkan sedikit bawang besar


RESEPI SOS

Plum sos
Sos tomato
Sos thai
Gula
Cili api potong
Asam limau nipis..perah

**Campurkan semua bahan dan didihkan atas api kecuali cili api.


PENYEDIAAN

1. Potong - Potong ayam yang telah digoreng tadi.

2.  Gaulkan dengan mangga parut serta bawang besar.

3. Tuangkan sos.

4.  Siap !


Selamat Mencuba !


Kredit Resepi :
 Hawa Qalisha Ikin



Tuesday, November 26, 2019

RESEPI OTAK - OTAK


RESEPI OTAK - OTAK


 BAHAN - BAHAN
 (Hidangan untuk 30 keping): 

300 gm ikan tenggiri 
2 sudu besar santan pekat 
1 biji telur ayam 
1/4 cawan tepung ubi 
garam dan gula secukup rasa 


BAHAN - BAHAN
( Sambal )

3 sudu besar cili 
2 ulas bawang putih 
1 inci belacan 
1 biji buah keras 
1/2 inci halia 
1/2 inci kunyit 
1/2 inci lengkuas 
1 batang serai dihiris 
1 sudu besar rempah kari ikan 
1 sudu besar air asam jawa 
Sedikit minyak untuk menumis 
1/4 cawan air 


BAHAN - BAHAN 
( Untuk membungkus )

Daun kelapa 
Lidi 


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Mula-mula masukkan bawang putih, belacan, buah keras, halia, kunyit, lengkuas, serai, rempah kari ikan, cili, air asam jawa dan air ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga halus. Kemudian tumis dgn minyak sehingga mendidih dan ketepikan seketika 

2. Kisar isi ikan sehingga halus dan campurkan bersama santan pekat, tepung ubi, telur,sedikit air,garam, gula serta bahan-bahan sambal. Gaul sebati. 

3. Selepas itu, ambil satu sudu besar isi ikan masukkan ke dalam daun kelapa. Kemudian kepitkan dgn lidi di kedua-dua hujungnya dengan kemas. Langkah ini diulangi sehingga semua adunan habis. 

4. Bakar di atas arang hingga daun nampak garing dan otak-otak masak 

5. Otak-otak sedia untuk dihidang. Ia boleh juga dimasukkan ke dalam petisejuk beku jika ingin disimpan lama.



Kredit  Resepi : 
iCookAsia


Saturday, September 14, 2019

RESEPI NASI TOMATO


RESEPI NASI TOMATO


BAHAN NASI

4 cawan beras
2 biji tomato
1 biji bawang besar
1 helai daun pandan
1/2 cawan susu cair
2 sudu butter
3 sudu minyak masak
Rempah kasar
3 sudu tomato puri
Garam
Air secukupnya


BAHAN AYAM MASAK MERAH

1 ekor ayam
1 1/2 biji bawang besar (dikisar)
5 biji bawang putih (dikisar)
2 cawan cili kering (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
Rempah kasar
1 biji tomato


BAHAN ACAR

1 biji timun
1/2 biji nenas
1 biji bawang besar
1 batang cili hidup
3 sb cuka
5 sb gula


CARA - CARA MEMBUATNYA

1)Beras hendaklah dibasuh dah direndam terlebih dahulu

2)Tumis rempah kasar bersama bawang, apabila sudah layu masukkan tomato yang dipotong dadu

3)Masukkan susu cair, tomato puri dan daun pandan

4)Masukkan beras dan air mengikut sukatan. Jangan lupa masukkan garam sebagai perasa.

5)Untuk masak ayam masak merah, tumis rempah kasar dan bawang besar hingga naik bau

6)Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.

7)Masukkan gula melaka dan sedikit air. Apabila menggelegak, masukkan ayam yg sudah di goreng. Perasakan dengan garam. Sedia dihidang

8)Potong kesemua bahan untuk membuat acar, dan gaul bersama cuka, gula dan garam. Sedia dihidang.



Kredit: 
Seminit Resepi


Wednesday, August 28, 2019

RESEPI KUZI AYAM SEDAP


RESEPI KUZI AYAM SEDAP

BAHAN - BAHAN

Ayam potong 12

BAHAN PERAP AYAM

Saffron
Halia 
Bawang putih
Garam

Potong kiub dan goreng:
Hempedal ayam
Hati ayam - (rebus dulu), kalau suka
2 biji bawang besar

BAHAN GORENG

15 biji bawang merah (setelah goreng, ditumbuk halus)
1/2 cawan kismis
1/2 cawan badam potong memanjang

BAHAN TUMIS

6 bawang merah - blend
4 bawang putih - blend
4 sudu besar rempah kuzi
1 cawan minyak (campur minyak sapi)
1 tin susu cair
1 botol sos tomato del monte

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan minyak. goreng bawang merah hiris, tos. goreng bawang besar hingga kuning, tos. goreng badam hingga kuning, tos. goreng kismis, tos. goreng hempedal ayam, tos. Akhir sekali goreng ayam separuh masak.

2. Dengan guna minyak yang sama, tumis bawang merah dan putih yang diblend hingga naik bau. Masukkan rempah kuzi yang telah dicampur dengan air. Goreng hingga wangi. Masukkan air, susu cair, sos tomato, kacau rata.

3. Masukkan bahan goreng yang lain seperti ayam, bawang goreng tumbuk, badam, kismis, hempedal, bawang besar goreng dsb. masukkan gula dan garam. Masak hingga agak pekat.

Sedap dimakan dengan roti jala, nasi minyak dan sebagainya


Kredit resepi
Page FB Resepi Masakan

Thursday, May 16, 2019

RESEPI RENDANG AYAM SEDAP DAN TAHAN LAMA


RESEPI RENDANG AYAM SEDAP DAN TAHAN LAMA

BAHAN - BAHAN

2 ekor ayam
1 kg bawang merah - hiris
3 labu bawang putih - hiris
4 inci halia - hiris
4 inci lengkuas - tumbuk
2 inci kunyit hidup - tumbuk
4 batang serai - titik
4 senduk cili kisar - ikut suka pedas
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
4 kg santan 
2 keping asam keping - ikut rasa
Garam 
Gula
Daun kunyit - opsyenal
Sedikit kerisik - opsyenal utk warna gelap

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris serta serai sehingga wangi. 

2. Kemudian masukkan cili kisar dan kunyit serta lengkuas yang ditumbuk. 

3.Tumis sehingga cili benar benar garing.

4.Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut. 

5.Masukkan sedikit santan cair bagi membolehkan ayam masak. 

6. Setelah itu, baru dimasukkan semua santan dan masak dengan api perlahan sahaja. 

7. Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa. 

8. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. 

9. Jika suka, boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api.

Nota:
Setelah ayam masak, boleh keluarkan ayam terlebih dahulu dan masak bahan perencah sambil dikacau dengan api perlahan untuk menjadikan kuahnya berwarna agak gelap.


Kredit Resepi : 
Azie Kitchen