Showing posts with label Resepi Apam. Show all posts
Showing posts with label Resepi Apam. Show all posts

Friday, January 24, 2025

RESEPI APAM PISANG GEBUS" by "MARIANA ZAINAL"


RESEPI APAM PISANG GEBUS" by "MARIANA ZAINAL"

Resipinya

Bahan A
6-7 biji pisang berangan(kalo saiz besar mcm yg jual kt pasar raya guna 5-6 biji pun ok)
1 cawan gula perang
1 sdt double action baking powder
2 sdt baking soda
Secubit garam
1 sdt perahan limau nipis@kasturi
(lecek semua ini hingga sebati..pastikan pisang hancur yer..sy lecek guna gelas plastik)

Bahan B
3 biji telur gred A(blender 2-3mnt)
1 cawan minyak masak
2 cawan tepung gandum diayak
Sedikit hirisan pisang utk hiasan(potong nipis jgn tebal kalo xmo pisang tenggelam)

Cara membuatnya.

Satukan bahan A dan bahan B..

Peram selama 1 jam dalam bekas bertutup..

Panaskan kukusan hingga air mendidih..

Sapu minyak pada acuan..

masukkan adunan 3/4 acuan..

letak hirisan pisang..

kukus selama 20 minit.

Siap

Monday, May 4, 2020

RESEPI APAM PILKADOT SUKATAN CAWAN


RESEPI APAM PILKADOT SUKATAN CAWAN


BAHAN A

3 biji telur ayam gred A dari peti ais
1 cawan gula halus
1 cawan susu cair
1 sudu makan membukit ovelate
1/2 sudu makan esen vanila


BAHAN B

2 cawan tepung gandum
3 sudu teh baking powder
Untuk sukatan cawan, boleh gunakan apa-apa cawan yang sama atau cawan metrik 250ml.



CARA - CARA MEMBUATNYA

#1: Campurkan Bahan B dan ayak 2-3 kali supaya rata. Ketepikan.

Bahan A dimasukkan dalam bekas pengisar. Guna kelajuan paling tinggi dan kacau hingga adunan mula bertanduk.

Barulah masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau dengan senduk tangan sahaja. Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk adan letak warna. Terpulang.


#2: Sementara tu tadi, panaskan pengukus dengan api sederhana besar untuk didihkan air.

Tepung yang siap diwarnakan dikacau sebelum masuk ke dalam piping bag. Piping masuk ke dalam acuan separuh, boleh letak inti pilihan atau tak nak pun takpe. Lepas tu piping lagi sampai 3/4 acuan.

Barulah cantik resepi apam polkadot yang ni. Penuh dengan tips untuk elak berlubang, elak bantat. Cantik elok hasilnya. buat makan pagi atau minum petang best.
Barulah piping tepung bewarna untuk dot dot atau anda nak lukis apa-apa yang menarik di atasnya.

Bila air dah mendidih, boleh kukus apam selama 9-10 minit. Setiap 5 minit buka penutup.

Siap.



Kredit Resepi
Resepi Mama