LABELS
Sunday, July 4, 2021
RESEPI POPIA CARBONARA
Wednesday, June 2, 2021
RESEPI PISANG GORENG RANGUP
Wednesday, June 17, 2020
RESEPI TAUHU BERGEDIL SEDAP GILOSSS
Monday, May 4, 2020
RESEPI CORNDOG CHEESE TARIK
Friday, January 17, 2020
RESEPI KACANG PEDAS CORNFLAKES
Tuesday, November 26, 2019
RESEPI OTAK - OTAK
Wednesday, September 11, 2019
RESEPI CUCUR UDANG RANGUP
RESEPI SEAWEED RANGUP
Tuesday, September 10, 2019
RESEPI KACANG KRUP KRAP / ALMOND CRUNCY
Wednesday, July 4, 2018
RESEPI ROTI SOSEJ CHEESE MELELEH
Monday, January 15, 2018
RESEPI CUCUR MILO
RESEPI CUCUR MILO
BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung gandum
1/2 cwn serbuk milo
1 sudu teh sodium bikarbonat
3 sudu bsr gula
1 biji telur
Air ( anggrn 1 1/2 cwn)
CARA-CARA MEMBUATNYA
Ayak tepung n soda bikarbonat.
Masukkan milo n gula.
Telur
Masukkan air sikit-sikit
Pastikan mInyak betul-betul panas baru masukkan.
Kredit Resepi : hasmiza othman
Tuesday, November 14, 2017
RESEPI BEBOLA AYAM CHEESE OVER SEDAP
RESEPI BEBOLA AYAM CHEESE OVER SEDAP
BAHAN-BAHAN
Dada ayam (dicincang atau kisar menggunakan blender)
Lobak merah
Daun bawang (kalau tak letakpun takper)
Sebiji bawang merah (dicincang)
Seulas bawang putih (dicincang)
Garam secukup rasa
1 sudu sos tiram
1 sudu lada hitam (ditumbuk halus)
Cheddar cheese atau mozzarella cheese (potong dadu)
Serbuk roti
CARA PENYEDIAAN
1) Campur bersama ayam, lobak merah, daun bawang, sos tiram, garam dan lada hitam. Gaul sebati.
2) Bulatkan adunan (saiz terpulang kepada citarasa)
3) Setelah itu, tekan bagi leper aduanan yang dibulatkan dan letakkan cheese.
4) Oleskan bebola ke dalam serbuk roti.
5) Siap dan boleh digoreng.
Kredit Resepi: Liana Ahmad
Monday, November 13, 2017
RESEPI SARDIN ROLL MUDAH
RESEPI SARDIN ROLL MUDAH
BAHAN-BAHAN DOH
1kg tepung gandum
150gm majerin
1cawan mnyak msk
1 sudu besar garam
Ais
CARA-CARA MEMBUATNYA
1.Cairkan majerin biarkan suam dan satukan semua bahan.Air letak sedikit demi sedikit sampai jadi doh Inti sardin
BAHAN-BAHAN INTI
1kg ubi kentang(parut halus)
3 biji bawang besar(cincang)
1 tin sardin saiz besar
Garam dan aji
CARA MEMBUATNYA
1.Letakkan semua bahan dalam kuali dan masak sampai kering.
CARA MENYEDIAKAN
1 .Letakkan Doh mengikut kesukaan dan penyekkan memanjang atau bentuk bujur.
2.Masukkan inti.
3.Gulungkan doh bersama inti.
4.Goreng.siap.
Kredit: Junairah Jni.
Sunday, November 12, 2017
RESEPI CUCUR UDANG RANGUP
RESEPI CUCUR UDANG RANGUP
BAHAN-BAHAN
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh instant yis
2 cawan air suam panas
1 biji telur
1 sudu teh garam halus
Sedikit serbuk dkunyit
Segenggam taugeh
10 helai daun kucai di potong memanjang
Carot di sagat
1 biji cili merah di hiris nipis.
CARA-CARANYA
1.Ayak tepung dan campur semua bahan dan gaul sebati.perap 1/2 jam.
2.Panaskan senduk yg hendak di gunakan
3.letak adunan dalam senduk dan letak udang seekor..agak dah tak melekat di senduk keluarkan
4.goreng hingga garing
5.toskan minyak.
SOS CECAH
5 batang lada merah
6-7 biji cili padi
2 biji bawang putih
1/2 cawan sos cili
4 cawan air
air asam jawa
Garam gula secukup rasa..
1.Blender semua bahan dan masak hingga mendidih.
2.Bancuh tepung jagung dgn air sikit ikut kepekatan yg anda suka.
3.Kacau sebati ...tutup api.
Kredit resepi : Izzat Mustaffa
Thursday, November 9, 2017
RESEPI CHEESY WEDGES ALA KFC
RESEPI CHEESY WEDGES ALA KFC
BAHAN-BAHAN
4 biji kentang – Kalau tak nak kupas kulit pun tak mengapa. Tapi, pastikan ianya dibasuh bersih ya.
Mixed herbs
Lada sulah
Garam
Tepung jagung (boleh juga guna tepung goreng serbaguna Bestari)
cheezy-wedges-3
CARA-CARA
1. Potong Kentang
Pertama sekali, potongkan kentang dalam bentuk wedges.
2. Kukus
Kemudian, kukuskan kentang supaya agak-agak lembut. Lebih kurang dalam 5-7 minit.
3. Gaulkan Mixed Herbs
Selepas dikukus, keluarkan dan letak dalam mangkuk. Tabur mixed herbs, lada sulah dan garam. Ini jenama yang saya gunakan. Nak gunakan jenama lain pun boleh.
Gaulkan biar sebati.
4. Taburkan Tepung Jagung
Seterusnya, taburkan pula tepung jagung. Gaul sebati.
5. Goreng
Goreng tenggelam dalam minyak hingga kekuningan dan garing. Apabila siap, bolehlah dihidang bersama sos cili atau sos cheesy.
Di bawah ini adalah cara membuat sos cheesy homemade.
CARA BUAT SOS CHEESY HOMEMADE
Berikut adalah bahan dan cara membuat sos cheesy homemade yang boleh anda cuba.
BAHAN-BAHAN
3-4 sudu makan mentega / marjerin
250ml susu segar / susu cair
1 sudu makan tepung gandum yang diayak
1 kiub pati ayam
6 keping keju biasa
sedikit serbuk lada hitam & lada putih
sedikit pewarna kuning (optional)
CARA-CARA
1. Panaskan Bahan
Mula-mula, cairkan mentega. Kemudian masukkan susu dan tepung gandum. Kacau sehingga tepung sebati.
2. Masukkan Kepingan Keju
Masukkan pula kepingan keju, kiub pati ayam dan serbuk lada. Kacau sebati hingga masak.
Pewarna kuning boleh ditambah untuk menaikkan warnanya.
3. Siap
Pastikan sos tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Agak-agak dah sesuai, boleh tutup apinya dan terus dihidang bersama kentang wedges tadi. Tambah mayonis pun sedap.
* Kalau nak lagi mudah, gunakan terus serbuk cheese segera. Cuma ambil 3 sudu besar serbuk ini dan bancuh dengan air panas. Kacau-kacau hingga ia menjadi sos.
selamat mencuba!
Monday, October 30, 2017
RESEPI SATAY IKAN/LOKCING HOMEMADE
RESEPI SATAY IKAN/LOKCING HOMEMADE
BAHAN-BAHAN
6 ekor ikan selayang( saiz besar)
1 cawan tepung ubi
1sudu kecil soda bikarbonat
Garam secukup rasa
Ajinomoto (ikut pilihan)
Bawang besar 1 biji.
CARA-CARA MEMBUATNYA
1.Blend isi ikan yang dibuang tulang dengan bawang besar letak sedikit garam dan ajinomoto sampai lumat.
2. Masukkan adunan yang diblend ke dlm mangkuk. Masukkan tepung ubi yang di campur dengan soda bikarbonat. Masuk kan sedikit demi sedikit dan uli sehingga adunan tidak melekat ditangan.( kalo adunan masih melekat boleh tambah sedikit tepung ubi lagi sehingga adunan tidak melekat ditangan).
3. Gentel adunan menjadi bulat kecil.
4. Goreng sekejap dgn api yang sederhana. Angkat dan toskan.
5. Cucuk pada lidi satay dan bakar sedikit. Siap. Boleh makan dengan sos manis/ pedas.
RESEPI SOS SATAY
Cili kering 5 tangkai
2 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
6 sudu gula ( ikut suka )
Tepung ubi 5 sudu.
Air 3 cawan
Pewarna merah.
Garam
CARA - CARA MEMBUAT SOS
1.Blend bawang merah, bawng putih, gula ,garam dan cili kering.
2. Masukkan bahan blend dalam periuk .
Masak kt atas dapur api kecil.
3. Bancuh 5 sudu tepung ubi dgn 3 cawan air dan letakkan sedikit pewarna merah
4. Masukkan tepung yang dibancuh ke dalam periuk tadi. Kacau sehingga sos menjadi pekat dan warna berkilat. Perasakan manis/ masin ikut kesukaan masing2
5.Siap
Kredit Resepi : Siti Hajar Ibu Sara
RESEPI CHURROS SEDAP LAZAT
RESEPI CHURROS SEDAP LAZAT
BAHAN-BAHAN ( 2-3 org )
• 1 cawan air
• 1 sudu makan gula
• 1 1/4 cawan tepung gandum ( boleh campurkan serbuk cinnamon sekiranya suka )
• 1 biji telur – size L
• 1/2 sudu kecil garam
• 1 sudu makan butter
CARA-CARA MEMBUATNYA
1. Didihkan air, garam, butter dan juga gula. Kecilkan api.
2. Masukkan tepung. Kacau cepat2 agar tepung tidak berketul kemudian angkat dari api (adunan akan melekat-lekat)
3. Terus masukkan telur dan kacau sebati.
4.Bulatkan adunan kepada doh kecil-kecil dan masukkan ke dalam acuan (boleh gunakan nozzle bentuk bintang dan masukkan ke dalam piping bag)
5. Tekan acuan dan biarkan doh keluar sepanjang 2-3 inci kemudian potong dengan menggunakan gunting.
6. Panaskan api dan goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.
7. Taburkan gula+cinnamon atau terus saja celup ke dalam coklat cair. Nyumm !!
Mudah saja kan !! Selamat Mencuba.
Sumber Fb
Resepi Memikat Suami
Friday, November 11, 2016
RESEPI KACANG POOL
1 kg daging - dikisar
1 kg bawang merah - dikisar
2 labu bawang putih
1 sudu teh jintan manis - di goreng tampa minyak dan dikisar
1 sudu kecil jintan putih - di goreng tampa minyak dan dikisar
1 sudu kecil ketumbar - di goreng tampa minyak dan dikisar
1 inc halia - dikisar
1 cawan air
Sedikit minyak atau planta untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
Tumiskan bahan yang dikisar hingga naik bau
Masukkan daging dan kacau hingga masak dan empuk
Bila daging dah empuk, masukkan semua kacang pool
Tambahkan sedikit air dan masak hingga kuah sedikit pekat.
Rasakan garam dan gula secukup rasa
Bahan Dimakan Bersama
Lada hijau - dihiris
Bawang besar - di hiris dadu
Roti - di bakar dengan sedikit planta
Telur mata lembu
Limau nipis
Sunday, June 19, 2016
RESEPI AYAM GORENG POPCORN
500 gm dada ayam | dipotong dadu
2 ulas bawang putih| dikisar
½ sudu teh garam
¼ sudu the serbuk lada hitam
½ cawan tepung
2 ½ cawan emping jagung | dikisar kasar
¼ sudu teh paprika
¼ sudu teh serbuk lada sulah
¼ cawan mentega
2 biji telur | dipukul
3 cawan minyak masak
1. Masukkan ayam, bawang putih, garam dan serbuk lada hitam ke dalam mangkuk. Gaul rata dan perap selama 30 minit. Ketepikan seketika.
2. Di dalam mangkuk berlainan, satukan emping jagung, serbuk paprika, sedikit garam dan serbuk lada sulah. Gaul rata.
3. Ambil ayam dan gaulkan di dalam mangkuk tepung hingga rata.
4. Kemudian celupkan ke dalam bancuhan telur dan sadurkan kembali dengan bancuhan emping jagung tadi.
5. Panaskan minyak masak dan tambahkan mentega ke dalamnya. Biarkan mentega cair.
6. Apabila minyak telah panas, goreng ayam sehingga bertukar warna keemasan. Ulang proses sehingga habis.
7. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.
RESEPI SERUNDING DAGING
1kg daging | direbus hingga empuk dan disiat
1 liter santan
20 biji cili kering | dikisar
2 biji bawang besar | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
3 cm lengkuas | dikisar
2.5 cm halia | dikisar
5 batang serai | dikisar
100gm serbuk ketumbar
100gm serbuk jintan manis
Jus asam jawa secukupnya
50gm kerisik
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
1. Rebus daging sehingga empuk, kemudian disiat halus.
2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar bersama serbuk jintan manis dan ketumbar sehingga pecah minyak.
3. Selepas itu masukkan santan dan daging. Kacau di atas api perlahan sehingga rata.
4. Bila sudah agak pekat, masukkan kerisik, gula dan garam secukup rasa. Gaul hingga sebati sehingga kering.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.