LABELS
Monday, February 3, 2025
RESEPI SUP TELUR CHINESE STYLE
Friday, January 24, 2025
RESEPI SAMBAL HIJAU TELUR
RESEPI SAMBAL HIJAU TELUR
. BAHAN-BAHAN :
- 15-20 biji cili padi hijau. Ada cili besar boleh campur, nak pedas boleh tambah.
- 4 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji telur
- secubit garam
- gula sedikit sahaja jika suka
CARA PENYEDIAAN :
- Tumbuk semua bawang merah, bawang putih dan cili sehingga lumat kasar. Tak perlu lumat sangat nanti tidak sedap.
- Panaskan minyak dan tumis hingga sedikit garing. Boleh masukkan gula dan garam dengan secukup rasa.
- Pecahkan telur. Masak sehingga telur masak ikut citarasa. Boleh pilih nak telur masak penuh atau kuningnya masih cair.
- Jika nak berkuah, boleh tambal sedikit air. (Resipi asal tidak tambah air).
- Bila semua rasa sudah sempurna dan telur sudah masak mengikut selera, padamkan api dan sedia untuk dinikmati.
Sumber : Cheyah Saripuddin
Wednesday, August 25, 2021
RESEPI TELUR BISTIK SEMPOI
Tuesday, May 22, 2018
RESEPI TELUR DADAR GEBU
Wednesday, November 1, 2017
RESEPI SAMBAL TUMIS TELUR
RESEPI SAMBAL TUMIS TELUR
Oleh: Azie Kitchen
BAHAN-BAHAN
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar - hiris
3-4 sb cili kisar
Sedikit belacan
Garam
Gula
Air asam jawa
Telur - rebus, kupas & goreng
CARA-CARA MEMBUATNYA
1.Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dimesin sehingga garing dan wangi.
2.Masukkan cili kisar dan goreng dengan api perlahan sehingga betul betul garing.
3.Masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal berwarna merah cantik.
4.Masukkan garam, belacan dan air asam jawa. Kalau terlalu pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit.
5.Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris. Akhir sekali masukkan telur rebus yang telah digoreng. Sesuaikan rasa dan kepekatan.
6.Angkat dan hidangkan panas panas dengan nasi lemak atau nasi putih atau nasi minyak.
RESEPI TELUR BISTIK
RESEPI TELUR BISTIK
Bahan-bahan:
3 biji telur
Ayam/daging – potong dadu
1/2 biji bawang merah besar – hiris
1 biji bawang merah kecil – cincang halus
2 biji bawang putih – cincang halus
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Sayur campuran (@ lobak merah dan kacang panjang – potong dadu)
Gula dan garam secukupnya
CARA-CARA MEMBUATNYA
1-Pukul telur bersama bawang yang dihiris dan sedikit isi ayam (tinggalkan sedikit ayam untuk masak kuah).
2-Tambahkan sedikit garam.
3-Goreng telur sehingga garing. Angkat dan letak di dalam pinggan besar.
4-Tumiskan bawang merah kecil dan bawang putih yang dicincang halus sehingga naik bau.
5-Masukkan isi ayam. Gaul sebentar sehingga ayam separuh masak.
6-Masukkan pula kesemua sos. Tambah sedikit air kalau nak lebih kuah.
7-Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
8-Masukkan sayur campuran. Kacau sebentar. Sayur jangan terlalu layu.
9-Setelah kuah masak, tuangkan kuah ke atas telur yang di goreng tadi.
Siap dah.. Hidangkan semasa panas. Dah tak perlu lauk lain lagi dah.
CREDIT : buatoranglapo