LABELS
Friday, January 24, 2025
RESEPI BILIS BUJANG GARING
Wednesday, August 25, 2021
RESEPI TELUR BISTIK SEMPOI
Wednesday, June 17, 2020
RESEPI TAUHU BERGEDIL SEDAP GILOSSS
Monday, June 15, 2020
RESEPI IKAN MASIN LADA PUTIH
Thursday, May 31, 2018
RESEPI SAMBAL TEMPOYAK PETAI IKAN BILIS
Wednesday, March 21, 2018
RESEPI KETUPAT SOTONG KELANTAN
RESEPI KETUPAT SOTONG KELANTAN
BAHAN A:
10 ekor sotong saiz sederhana - buang kulit hitam dan tulang, cuci bersih dan asingkan kepala
lidi untuk menyucuk
BAHAN B:
1/2 cawan pulut - cuci bersih dan toskan
1/2 cawan santan pekat
1/4 sudu teh garam
Rendam pulut selama 30 minit bersama santan dan garam
BAHAN C:
100 gram gula Melaka diracik
2 cawan santan - tidak terlalu pekat
1/2 sudu teh garam
1 hiris halia - dimayang halus
1 helai daun pandan
CARA-CARA MEMBUATNYA
1. Bahan B : Masukkan 3/4 (2 sudu kecil) pulut ke dalam perut sotong.
2. Masukkan kembali kepala sotong dan cucuk dengan lidi supaya pulut tidak keluar.
3. Atur sotong di dalam periuk. Masukkan Bahan C dan renehkan dengan api sederhana hingga hampir kering.
4. Siap dihidang.
Kredit Resepi :
Kak Wan Via Dari Isteri Untuk Suami Tercinta
RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI API
RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI API
BAHAN-BAHAN
*Bawang besar sebiji
*Bawang putih 1ulas
*Kunyit hidup / serbuk kunyit
*Cili merah / cili padi
Serai
Asam keping
Santan separuh
Garam
Gula
Perencah hilal
Air
CARA-CARA MEMBUATNYA
1. Blend bahan yang ditanda ** dan tumis sekali masukkan serai dan asam keping.
2. Masukkan sedikit air dan ketam.
3. Last sekali masukkan garam, gula, perencah hilal dan santan.
*daun kunyit kalau ada boleh bubuh sekali.
*kalau masak udang dan lala pun sama je cara dia.
Kredit Resepi :
FB Memasak Dalam 30Minit.
RESEPI TERUNG BERLADO
RESEPI TERUNG BERLADO
BAHAN A
6 batang terung (potong kecil)
Garam
BAHAN B (tumbuk kasar):
4 cili merah (tambah jika suka banyak)
1 labu bawang besar (saiz sederhana)
1 ulas bawang putih
2 sdb udang kering
BAHAN C:
Gula
Garam
1 biji limau kasturi (kalau suka masam letak 2 biji)
CARA-CARA MEMBUATNYA
1. Gaul terung dengan garam. Goreng sebentar. Asalkan dah lembut, ok la tu. Jangan lama sangat nanti warna terung tak cantik. Angkat. Masukkan ke dalam bekas.
2. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang ditumbuk.
3. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Gaul.
4. Perah limau. Kacau. Masukkan sedikit air jika suka berkuah. Jangan banyak sangat. Anggaran 1/4 cawan tu ok la. Kacau lagi. Rasa. Jika ok, tutup api.
5. Tuang sambal berlado tadi ke atas terung yang sudah digoreng. Siap.
Kredit Resepi :
Fb Noy Yullan
Friday, March 16, 2018
RESEPI UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI API
RESEPI UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI API
BAHAN-BAHAN
Udang galah
Cili api
Kunyit hidup
Santan
Sedikit air asam jawa
Daun kunyit (dihiris)
Serai (diketuk)
CARA-CARA MEMBUATNYA
1. Tumbuk cili api dan kunyit hidup hingga lumat
2. Masukkan bahan yg telah ditumbuk ke dalam periuk yg telah dipanaskan
3. Tunggu hingga cili masak kemudian masukkan santan cair
4. Setelah mendidih, masukkan sedikit air jawa, santan pekat dan serai
5. Tunggu hingga mendidih sekali lagi, kemudian masukkan udang galah dan akhir sekali hirisan daun kunyit
6. Masukkan sedikit garam sebagai bahan perasa
7. Setelah masak, siap utk dihidangkan...dan dimakan..:)
Kredit Resepi
Fb Dapur Selera
RESEPI SAMBAL SOTONG SUMBAT TELUR
RESEPI SAMBAL SOTONG SUMBAT TELUR
BAHAN INTI SUMBAT
2 biji telur ayam
carrot (dicincang)
sosej (dicincang)
secubit garam
minyak untuk menggoreng
1 sudu besar mayonis
CARA-CARA MEMBUATNYA
campurkan semua bahan dan goreng hancur
BAHAN SAMBAL
3 ekor sotong
2 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih (ditumbok / dihiris)
3 sudu besar cili kisar
1 sudu rempah kari
1 biji bawang merah (dipotong bulat2)
2 sudu sos cili
minyak untuk menumis
3 batang pencongkel gigi/lidi
sedikit air asam jawa
garam & gula secukup rasa
CARA CARA MEMBUATNYA
1. sotong tadi disumbat dengan telur yang telah dimasak dan ditutup semula dengan kepala sotong dan dicucuk dengan pencongkel gigi / lidi
2. kemudian tumiskan bawang yang telah ditumbok tadi sehingga naik bau
3. Masukan cili kisar dan biarkan sehingga pecah minyak
4. Masukan serbuk kari dan sos cili
5. kemudian masukan sotong yang telah disumbat dengan telur dan biar sampai mendidih
6. masukan gula, garam dan air asam jawa sesedap rasa
7. masukan bawang besar yang telah dipotong bulat2
8. bila dah masak boleh la hidangkan
Kredit Resepi :
Viral Oh Viral
Sunday, February 25, 2018
RESEPI SAMBAL SOTONG
RESEPI SAMBAL SOTONG
BAHAN-BAHAN
Sotong dibersihkan
Bawang besar dipotong bulat
BAHAN TUMIS
Bawang merah di blend
Bawang putih diblend
Cili kisar
Asam jawa
Garam
Gula
Secukup rasa
Sedikit kicap manis utk mencantikkan sambal
CARA-CARA MEMBUATNYA
1.Tumis bahan kisar,
2. Masukkan cili kisar,tumis hingga garing,masukkan pes asam jawa,garam gula secukup rasa,
3. Masukkan bawang yg dipotong bulat,masukkan sedikit kicap manis ,
4. Last masukkan sotong..
Kredit Resepi : ig Rosehayatie
Tuesday, February 20, 2018
RESEPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK
RESEPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK
BAHAN-BAHAN
Bawang merah**
Bawang putih**
Lengkuas**
Kunyit hidup**
Cili padi**
Cili hijau besar**
Bahan yg bertanda** dikisar
Siput sedut
Daun kesum
Serai dititik
Asam keping 1
CARA-CARA MEMASAKNYA
1.Masakkan santan bersama bahan kisar kedlm periuk,kacau hingga mendidih,
2.masuk serai yg dititik bersama 1 asam keping.
3.Bila dah mendidih masuk siput sedut sedikit garam dan gula,
4.last masukkan daun kesum.
Kredit Resepi :ig masakwithpassion
Wednesday, February 14, 2018
RESEPI SUP IKAN MERAH SEDAP
RESEPI SUP IKAN MERAH SEDAP
BAHAN-BAHAN
1 kg ikan merah
4 cawan air
minyak utk menumis
Daun sup/daun bawang dan bawang goreng-utk taburan
Bahan tumbuk
1 sudu besar lada sulah/putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
Bahan Tumis
1 btng kayu manis, 1 kntm bnga lawang, 2 biji buah pelaga
1 ulas bwng putih-hiris
2 biji bwng merah-hiris
CARA-CARA MEMASAKNYA
1.Ikan di siang,ptng 2, cuci dan toskan.
2.Tumbuk lada putih hingga lumat dan tumbuk bhn2 yg lain sehingga lumat.
3.Panaskan minyak dan tumiskan bhn2 tumis.
4.Masukkan bahan2 tumbuk tadi dan tumis sehingga naik bau.
5.Masukkan air, biarkan mendidih.
6.masukkan ikan dan kacau rata.
7.Tambah air lagi jika perlu. Masukkan garam dan perasakan.
8.Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan angkat.
9.Letak dlm mangkuk dan taburkan bwng goreng dan daun sup/bawang. Sedia utk di hidangkan.
10.Siap!
Friday, November 17, 2017
RESEPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API
RESEPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API
BAHAN-BAHAN :
1 peket siput sedut
5 cawan santan - secukupnya
3 batang serai - dititik
1 keping asam keping
BAHAN DITUMBUK LUMAT :
10 biji cili api - boleh tambah 2 inci kunyit hidup
Garam kasar secukup rasa * kalau kurang kuah boleh la ditambah santan lagi
CARA MEMASAK :
1.Basuh dan bersihkan siput sedut
2.kemudian dipotong hujung runcing siput sedut ni .
3.Bersihkan lagi siput ditos serta diketepikan dulu .
4.Masukkan semua bahan tumbuk , serai yang dititik , semua santan ke dalam periuk yang sesuai .
5.Masak kuah sehingga hampir mendidih dan masukkan semua siput sedut , garam secukup rasa , asam keping dengan pucuk ubi .
6.Kacau kuah supaya tak pecah minyak , sekali-sekala boleh dikacau kuah dan bila dah masak boleh la ditutup api dapur
Sunday, November 12, 2017
RESEPI TAUHU BERGEDIL
RESEPI TAUHU BERGEDIL
BAHAN- BAHAN TAUHU
Tauhu kering 10 biji
Telur 1biji
*2 biji kentang (rebus & lenyek)
*Isi Ayam / daging (rebus & cincang/carik)
*Bawang besar
*Lada besar (kalau suka pedas boleh guna lada kecik)
*Daun Sup
*Garam
*lada sulah
CARA - CARA MEMBUAT TAUHU BEGEDIL
1.Satukan bahan * dan gaul sebati
2.Guntingkan tauhu berbentuk X
3.Sumpatkan bergedil kedalam tauhu
4.Pukul telur dan celupkan tauhu bergedil kedalamnya.
5.kemudian goreng.
BAHAN-BAHAN SOS THAI
*1/2 biji Bawang besar
*15-20 Lada kecil (megikut kepedasan yg *korang suka)
*1/2 biji lada merah (utk nmpak cantik je)
Daun ketumbar
*6biji limau nipis (perahkan)
*Gula
*Garam
1 sudu Tepung jagung (bancuh dengan air)
Cuka (tambahkan kalo tak cukup masam)
CARA-CARA MEMBUAT SOS THAI
1.Satukan kesemua bahan * kemudian blend
2Masakkan bersama tepung jagung sehingga pekat.
Credit : Nurhafizah Ramat
Wednesday, November 1, 2017
RESIPI BOTOK PETAI CINA
RESIPI BOTOK PETAI CINA
Bawang putih,
Bawang merah,
Sedikit belacan,
Ketumbar 1 sudu teh
Kemiri 5 biji (nk lebihkan lagi sedap),
Cili padi (ikut suke kalau nk pedas lebihkan)
Daun limau purut (5 lembar)
*Blend kesemuanya
Petai cina
Udang,
Ikan bilis jepun,
Tauhu,
Kelapa muda parut,
*Gaul kesemuanya perasakan dgn garam secukup rasa
*Bungkus ikut suke~ kukus selama 30minit dah siap
Selamat Mencuba
RESEPI SAMBAL TUMIS TELUR
RESEPI SAMBAL TUMIS TELUR
Oleh: Azie Kitchen
BAHAN-BAHAN
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar - hiris
3-4 sb cili kisar
Sedikit belacan
Garam
Gula
Air asam jawa
Telur - rebus, kupas & goreng
CARA-CARA MEMBUATNYA
1.Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dimesin sehingga garing dan wangi.
2.Masukkan cili kisar dan goreng dengan api perlahan sehingga betul betul garing.
3.Masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal berwarna merah cantik.
4.Masukkan garam, belacan dan air asam jawa. Kalau terlalu pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit.
5.Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris. Akhir sekali masukkan telur rebus yang telah digoreng. Sesuaikan rasa dan kepekatan.
6.Angkat dan hidangkan panas panas dengan nasi lemak atau nasi putih atau nasi minyak.
RESEPI TELUR BISTIK
RESEPI TELUR BISTIK
Bahan-bahan:
3 biji telur
Ayam/daging – potong dadu
1/2 biji bawang merah besar – hiris
1 biji bawang merah kecil – cincang halus
2 biji bawang putih – cincang halus
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Sayur campuran (@ lobak merah dan kacang panjang – potong dadu)
Gula dan garam secukupnya
CARA-CARA MEMBUATNYA
1-Pukul telur bersama bawang yang dihiris dan sedikit isi ayam (tinggalkan sedikit ayam untuk masak kuah).
2-Tambahkan sedikit garam.
3-Goreng telur sehingga garing. Angkat dan letak di dalam pinggan besar.
4-Tumiskan bawang merah kecil dan bawang putih yang dicincang halus sehingga naik bau.
5-Masukkan isi ayam. Gaul sebentar sehingga ayam separuh masak.
6-Masukkan pula kesemua sos. Tambah sedikit air kalau nak lebih kuah.
7-Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
8-Masukkan sayur campuran. Kacau sebentar. Sayur jangan terlalu layu.
9-Setelah kuah masak, tuangkan kuah ke atas telur yang di goreng tadi.
Siap dah.. Hidangkan semasa panas. Dah tak perlu lauk lain lagi dah.
CREDIT : buatoranglapo