Showing posts with label Resepi Masakan Sayuran. Show all posts
Showing posts with label Resepi Masakan Sayuran. Show all posts

Wednesday, August 7, 2024

RESEPI COESLAW


 Resepi Coleslaw


Bahan-bahan:


1 biji kubis potong dadu

1 btg carrot potong dadu

2 sb bawang holland potong dadu

½ cawan mayonis

⅓ cawan gula pasir

¼ cawan susu full cream (dutch lady)

¼ cawan buttermilk

2 ½ sb perahan lemon

1 ½ sb cuka

½ sk garam

⅛ sk serbuk lada hitam


Cara-cara:


1. Kubis dan lobak merah potong dadu. Ketepikan.

2. Di mangkuk yang lain, masukkan bawang, mayonis, gula pasir, susu, buttermilk, perahan lemon, cuka, garam, dan blackpepper. Kacau rata.

3. Satukan kubis, lobak merah dan bahan di no 2.

4. Kacau sehingga sebati. Nak lebih sedap, perapkan selama semalaman.

Sunday, May 10, 2020

RESEPI COLESLAW MUDAH


RESEPI COLESLAW MUDAH


 BAHAN - BAHAN

1 biji kubis potong dadu
1 btg carrot potong dadu
2 sb bawang holland potong dadu
½ cawan mayonis
⅓ cawan gula pasir
¼ cawan susu full cream (dutch lady)
¼ cawan buttermilk
2 ½ sb perahan lemon
1 ½ sb cuka
½ sk garam 
⅛ sk serbuk lada hitam


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Kubis dan lobak merah potong dadu. Ketepikan.

2. Di mangkuk yang lain, masukkan bawang, mayonis, gula pasir, susu, buttermilk, perahan lemon, cuka, garam, dan blackpepper. Kacau rata.

3. Satukan kubis, lobak merah dan bahan di no 2.

4. Kacau sehingga sebati. Nak lebih sedap, perapkan selama semalaman.


Friday, February 7, 2020

RESEPI KOBIS GULUNG


RESEPI KOBIS GULUNG


BAHAN - BAHAN

Kobis hijau secukupnya 
**Apa saja jenis kobis yang sesuai

Dada ayam dicincang @ daging cincang 
Bawang putih
Bawang merah
Serbuk lada hitam
Serbuk lada sulah
Serbuk maggi cukup rasa
Serbuk cili
Lobak merah
Kobis purple


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Tumis bawang putih dan merah sampai naik bau.

2. Masukkan isi ayam masak sampai air ayam sedikit kering.

3. Masukan lobak dan kobis purple goreng sekejap.. 

4. Masukan lada hitam lada sulah serbuk cili dan maggi cukup rasa..Sesuaikan rasa..

5. Celurkan daun kobis untuk melembutkannya supaya senang untuk golong. 

6.; Setelah lembut. Masukkan bahan - bahan sebagai inti dan gulung. ** Boleh ikat dengan daun kucai kalau mahu.

7. Kukus selama 3 minit untuk melembutkan lagi kobis tersebut.



Kredit Resepi : 
Azhanie ismail


Wednesday, September 11, 2019

RESEPI SEAWEED RANGUP


RESEPI SEAWEED RANGUP

Bahan-bahan:

1 paket kulit popia
1 paket seaweed
1sudu kecil garam 
1 sudu kecil lada sulah
1 biji telur
Minyak masak

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Masukkan lada sulah dan garam ke dalam telur, pukul ringan sehingga rata. Ia digunakan sebagai pelekat kulit popia.

2. Sapukan telur ke atas sehelai kulit popia, kemudian letakkan sekeping seaweed di atasnya, sapukan adunan telur sekali lagi di atasnya dan lekatkan dengan sehelai kulit popia lagi.

3. Guntingkan kecil-kecil mengikut bentuk yang disukai. Buat sehingga habis semua kulit popia dan seaweed.

4. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng sehingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.

5. Seaweed rangup sedia untuk di hidang. Simpan di dalam bekas kedap udara supaya tidak lemau.


Kredit: 
iCookAsia


Tuesday, June 12, 2018

RESEPI KIMCHI KOREA


RESEPI KIMCHI KOREA

BAHAN - BAHAN

Sebatang lobak merah
1/2 batang lobak putih
Seikat daun bawang
**bahan di atas potong dalam 2 cm 

Kobis cina
**rendam dlm air garam 2jam, basuh 3x n toskan

Sepeket serbuk cili.
2 sudu gula 
5 sudu sos ikan 
Bahan blend
Selabu bawamg putih 
Bawang besar
Halia 
1/2 biji buah lai


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Sediakan besen besar supaya senang nak gaulkan bahan-bahan

2. Masukkan bahan yang diblender bersama sepeket serbuk cili (Boleh ikut kepedasanmasing - masing ), 2 sudu besar gula dan 5 sudu besar sos ikan. Gaul sebati.

3. Tak perlu tambah garam sebab sos ikan dah masin dan kobis pon dah direndam dengan 1/4 cawan garam selama 2 jam.

4. Bila dah sebati masukkan lobak Merah, lobak putih dan daun bawang yang dah dipotong dalam 2 cm. Gaul lagi bg sebati.

5. Akhir sekali baru masukkan kobis yang telah ditoskan.gaul lagi bagi sebati dan jadilh kimchi.

6. Simpan dlm bekas bertutup tp Jgn penuh sgt. Sbb kimchi akan keluarkan gas bila diperam nnti terpelanting penutup plak.

7. Kalau nak cepat masam bolehlah peramkan kimchi dlm suhu bilik 2/3 hari.lepas tu boleh masukkan dlm peti ais utk tahan lama. Atau nk simpan terus dlm peti ais pon boleh.

8.Kimchi juga sedap dimakan dgn Maggi kari,buat nasi goreng dan stew kimchi.



Kredit Resipi: 
Hasni Hazair Hasni 


Friday, June 8, 2018

RESEPI LONTONG DAN KUAH LODEH SEDAP


RESEPI LONTONG DAN KUAH LODEH SEDAP

BAHAN - BAHAN

1/4 biji kubis
1/4 biji sengkuang - potong panjang
1 batang karot - potong panjang
6 batang kacang panjang
2 biji terung panjang 
1 biji kentang - potong 8 
2 keping fucuk - rendam dan potong kecil
1 ikat soo hoon - rendam dan potong kecil
1 keping tempe - potong dadu besar dan goreng
2 keping tauhu - potong kecil dan goreng
2 batang cili merah - hiris
2 batang serai - ketuk
1 cawan udang hidup - buang kulit
2 santan kotak 
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR

8 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar udang kering - rendam dan tos


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Masak bahan kisar bersama santan cair dan serai sehingga hampir mendidih. 

2. Masukkan udang diikuti dengan sayur yang jenis keras sehingga sayur yang lembut. 

3. Masukkan santan pekat dan tauhu kering, cili merah serta garam. Sesuaikan rasa dan kepekatan.

4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama dengan nasi impit, telur rebus dan kuah kacang atau sambal tumis.



Kredit Resepi : 
Seminit Resepi


Wednesday, June 6, 2018

RESEPI BAYAM TEMPURA


RESEPI BAYAM TEMPURA

BAHAN - BAHAN

1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan air sejuk
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada hitam
Minyak
Sayur bayam


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Gaul tepung gandum, tepung jagung, air sejuk, telur, garam dan lada hitam.

2. Masukkan sayur bayam ke dalam adunan tepung dan goreng hingga keemasan.

3. Siap untuk dihidang!



Kredit Resepi :
Seismik Makan

Tuesday, June 5, 2018

RESEPI VIETNAM SPRING ROLLS


RESEPI VIETNAM SPRING ROLLS

BAHAN - BAHAN

7 - 14 lembaran 22cm / 8.5 " kertas beras yg bulat
11 kecil udang di kupas bersih dah di celur
50g / 1.5 oz kering mihun/meehoon
7 helai daun salad 
14 helai daun pudina 
1 Cawan taugeh 

KUAH/SOS KACANG

1 sudu Besar mentega kacang,
2 sudu Besar hoisin sos - optional
1 1/2 sudu Besar cuka putih atau Jus Limau
1/3 cawan susu atau air 
1 labu Bawang putih - di cincang 
1/2 sudu Teh cili tumbuk


CARA - CARA MEMBUATNYA

KUAH/SOS KACANG

1. Campurkan semua bahan.kacau 

2. Kemudian masukkan ke dalam microwave 30 saat. 

3. Suai kan rasa kemudian ketepikan.


PENYEDIAAN BAHAN

1. Celur meehun mihun selama 2 minit, 

2. Belah udang kepada dua bahagian..

3. Buang teras salad supaya ia tidak pecah semasa membalut

4. Guna kan air suam untuk lembut kan kertas beras selama dua saat

5. Belah yang licin sepatutnyer kulit di bahagian luar.. 


CARA MENYEDIAKAN SPRING ROLL

1. Sediakan kertas beras yang telah direndam tadi

2. Telakkan bahan - bahan yang telah anda sediakan di atas satu - persatu.

3. Balutkan perlahan - lahan kertas beras tadi seperti balutan popia biasa

4. Siap untuk dinikmati.


Monday, June 4, 2018

RESEPI MIANG KHAM


RESEPI MIANG KHAM 

BAHAN - BAHAN

Daun Kaduk
Kacang
Kelapa
** Isi kelapa dihiris halus dan digoreng tanpa minyak (sangai)
Halia
Limau nipis/kasturi
Bawang besar
Cili padi
Udang kering


BAHAN - KUAH

Air - 2 cawan
Gula melaka - 5 keping
Gula putih - 2 sudu
Belacan - besar ibu jari
Serai - 2 batang atau daun pandan


CARA SEDIAKAN

1. Panaskan air, 

2. Masukkan gula melaka, gula putih, belacan.

3. Kacau dengan api perlahan

4. Akhir sekali masukkan serai atau daun pandan untuk wangikan kuah.


CARA MAKAN

1.Gulungkan daun kaduk, 

2. Masukkan semua bahan 

3. Letakkan kuah balut dan 

4. Makan



Kredit Resepi : 
NurulHuda Awang Yaacob‎ via Masak Apa Hari Ni 

Wednesday, March 21, 2018

RESEPI TERUNG BERLADO

RESEPI TERUNG BERLADO

BAHAN A

6 batang terung (potong kecil)
Garam

BAHAN B (tumbuk kasar):

4 cili merah (tambah jika suka banyak)
1 labu bawang besar (saiz sederhana)
1 ulas bawang putih
2 sdb udang kering

BAHAN C:

Gula
Garam
1 biji limau kasturi (kalau suka masam letak 2 biji)

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Gaul terung dengan garam. Goreng sebentar. Asalkan dah lembut, ok la tu. Jangan lama sangat nanti warna terung tak cantik. Angkat. Masukkan ke dalam bekas.

2. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang ditumbuk.

3. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Gaul.

4. Perah limau. Kacau. Masukkan sedikit air jika suka berkuah. Jangan banyak sangat. Anggaran 1/4 cawan tu ok la. Kacau lagi. Rasa. Jika ok, tutup api.

5. Tuang sambal berlado tadi ke atas terung yang sudah digoreng. Siap.

Kredit Resepi :
Fb Noy Yullan

Tuesday, November 21, 2017

RESEPI NASI ARAB POWER

RESEPI NASI ARAB POWER

BAHAN NASI

2 1/2 cawan beras basmathi ~ cuci dan rendam 1/2 jam
4 cawan air rebusan ayam ~ sukatan air ikut beras masing2
garam secukup rasa
2 sb minyak sapi
pewarna kuning dan oren
Bahan yg disangai dan dikisar kering:
1/2 sm jintan manis
1/2 sm jintan putih
1/2 sm bunga cengkih
1/2 sm lada hitam
1/2 sm biji ketumbar
1/2 sm buah pelaga

BAHAN TUMIS

1 biji bawang besar ~ dihiris halus
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
buah pelaga
kayu manis
bunga lawang

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis. Tumis hingga kekuningan.

2. Masukkan bahan yg dikisar, gaul sebati.

3. Masukkan beras yg telah ditoskan, goreng sekejap hingga sebati.

4. Masukkan dalam rice cooker, masuk air rebusan ayam, garam dan masak seperti biasa.

5. Bila dah kering, letak pewarna di atas nasi, jangan dikacau, nanti nasi hancur.

6. Bila nak dihidangkan, baru gaul nasi, biar bercampur warna.

RESEPI AYAM

1 ekor ayam ~ saya belah 4, dikelar2 bahagian dada kemudian direbus untuk mendapatkan stok ayam.
2.garam dan gula secukupnya

BAHAN KISAR

3 inci halia
2 biji kunyit hidup
1 sm jintan manis
1 sm jintan putih
2 sm ketumbar
1 sm buah pelaga
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Gaul rata bahan dikisar pada ayam. Masukkan garam dan gula. Perap selama 2 - 3 jam ~ lagi lama lagi bagus.

2. Panggang atau bakar ayam hingga masak.

RESEPI SALAD

1 - 2 biji tomato *
1 batang mentimun*
1 batang lobak merah*
1 biji bawang besar* ~ * didadu
lada hijau dihiris
garam, gula dan cuka secukupnya

( campur semua bahan, perasakan masin, manis dan masam secukupnya)

RESEPI AIR ASAM

3 biji cili merah
5 biji cili api
1 b
1 biji buah tomato
1 biji bawang besar
sedikit belacan
garam dan gula
jus limau nipis @ air asam jawa
sedikit air masak ~ untuk mesin bahan

(campur semua bahan, mesin hingga halus dan hidangkan)

Credit to: Naimah Md Ludin (resepi)

Monday, June 27, 2016

RESEPI SERUNDING HALIA


RESEPI SERUNDING HALIA

BAHAN - BAHAN

Halia (diparut menggunakan pemarut)
Minyak masak (secukupnya)
Ikan Bilis ( secukupnya)
Perasa (Ajinomoto & Garam)- secukup rasa


CARA - CARA MEMBUATNYA
Bersihkan halia terlebih dahulu dan buangkan kulitnya. Kemudian parut halia tersebut menggunakan pemarut buah-buahan yang ada ataupun tumbuk dengan lesung batu sehingga lumat. Letakkan di pinggan yang berasingan.
 
Ikan bilis jika ianya bersaiz besar belahkan bahagian badannya menjadi dua. Buang isi perut ikan bilis tersebut dan basuh.Tumbuk ikan bilis dengan lesung batu.Letakkan di pinggan yang berasingan juga.

Panaskan minyak masak, masukkan halia yang telah diparut. Goreng sehingga ranggup.Kemudian angkatkan halia yang telah digoreng tadi dan letakkan di atas pinggan yang dilapik menggunakan tisu untuk membuang sedikit minyak yang ada pada halia goreng tersebut.
 
Kemudian gorengkan ikan bilis sehingga garing. Angkat ikan bilis tersebut dan gaulkan bersama halia yang telah digoreng tadi. Letakkan sedikit ajinomoto dan garam secukup rasa.

Anda  boleh hidangkan serunding untuk hidangan atau simpan ke dalam bekas untuk kegunaan pada masa yang akan datang .
 
**Serunding halia boleh bertahan lama dan sangat baik untuk kesihatan bagi menghilangkan angin di badan dan melancarkan peredaran darah.
 



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


Monday, February 22, 2016

RESIPI KOREAN KIMCHI YANG MUDAH,SEDAP DAN HALAL




RESIPI KOREAN KIMCHI YANG MUDAH,SEDAP DAN HALAL

BAHAN - BAHAN

1 Saiz  sederhana (2 paun) Kobis Napa atau hakusai 
1/4 cawan garam (secukupnya )
 Air secukupnya
1 sudu besar bawang putih parut (5-6 ulas)
 1 sudu teh halia parut / 1/2 inci halia 
1 sudu teh gula 
2-3 sudu besar stok ikan / Sos ikan
1-5 sudu Korea kepingan lada merah (gochugaru) *juga boleh menggunakan serbuk cili biasa
8 auns lobak Korea atau daikon, dikupas dan potong seperti batang mancis
4 Daun Bawang, dipotong dan potong kepada kepingan 1 inci

CARA - CARA MEMBUATNYA 

1.Potong kubis
Potong kubis memanjang kepada keluarkan bahagian teras yang keras.
Potong melintang dalam saiz 2 inci lebar.

 2.
Kobis masin

 Letakkan kubis dan garam di dalam mangkuk besar. Dengan menggunakan tangan,urut garam ke dalam kubis sehingga ia mula melembut sedikit, kemudian masukkan air untuk menampung kubis. Tutup bekas dengan pinggan dan letakkan pemberat di atasnya,Biarkan selama 1 hingga 2 jam atau pun 4 jam

 3.
Bilas dan keringkan kubis: 

Bilas kubis dengan air sejuk sebanyak 3 kali dan keringkan dengan penapis selama 15 hingga 20 minit.

 4.
Membuat Pes:

 Sementara itu,campurkan bawang putih, halia, gula, dan sos ikan (atau 3 sudu air) di dalam mangkuk kecil dan kacau untuk membentuk pes . Campurkan gochugaru / serbuk cili mengikut kepedasan masing masing ( saya suka 3 1/2 sudu )

  5.
Menggabungkan sayur-sayuran dan pes:

 Perlahan-lahan perah air yang tertinggal dari kubis dan letakkan ke dalam mangkuk bersama-sama dengan lobak, daun bawang, dan pes perasa.

  6
Kacau sehingga sebati:

 Dengan menggunakan tangan, perlahan-lahan sebatikan pes ke dalam sayur-sayuran sehingga pes benar - benar meresap ke dalam sayuran.

 7
.Pek kimchi ke dalam balang:

Letakkan kimchi ke dalam balang, tekan sedikit kimchi sehingga air garam keluar untuk meliputi sayur-sayuran. Biarkan sekurang-kurangnya 1 inci ruang tutupan. Seal balang dengan tudung.

 8.
Biarkan ia menapai / menjadi jeruk: 

Biarkan kimchi anda pada suhu bilik selama 1-5 hari. Anda boleh melihat buih di dalam balang dan air garam boleh meresap keluar dari tudung.

 9.
Memeriksa setiap hari dan menyejukkan apabila siap

Periksa kimchi sekali sehari, Tekan sayur-sayuran dengan jari yang bersih atau sudu untuk memastikan ianya ditenggelami air garam. (Ini juga mengeluarkan gas yang dihasilkan semasa penapaian.) 

Anda boleh merasa sedikit Kimchi pada ketika ini.Apabila kimchi yang rasanya cukup masak untuk citarasa anda, pindaghkan balang ke dalam  peti sejuk atau anda boleh memakannya merta,
 

Untuk mendapat hasil yang terbaik biarkan selama seminggu dua.

 NOTA
i
Garam: Gunakan garam yang bebas daripada iodin yang boleh menghalang penapaian. 

ii.Air: air yang berklorin boleh menghalang penapaian, jadi gunakan, suling, atau air yang ditapis untuk hasil yang terbaik
 iii.
Sos ikan boleh digantikan dengan sos tiram dan belacan ( ikut citarasa ) . Menggunakan kira-kira 2 sudu besar sos ikan, masin belacan, atau gabungan kedua-dua. Untuk kimchi vegetarian,gunakan 3/4 sudu teh serbuk rumpai laut dicampur dengan 3 sudu besar air, atau hanya 3 sudu besar air.







SELAMAT MENCUBA

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my