Showing posts with label Cookies. Show all posts
Showing posts with label Cookies. Show all posts

Tuesday, February 11, 2025

RESEPI MAKMUR PANDAN


 RESEPI MAKMUR PANDAN


BAHAN-BAHAN :


400gm ghee

800gm tepung gandum

Paste pandan

Coktat putih

Gula halus

Susu tepung Nespray


CARA MEMBUATNYA :


Ghee dicairkan dan dibiarkan sejuk. Tepung dipanaskan dlm kuali. Biarkan sejuk. Gaulkan keduanya sehingga membentuk doh.


Masukkan paste pandan dan gaul sehingga warna sekata.


Bulatkan doh, masukkan coklat cip putih atau coklat dalam doh.


Bakar 150°c dalan 15 hingga 20 minit atau masak.


Biarkan sejuk. Gabungkan gula halus dan susu Nespray (saya guna lebih susu drp gula)


Gaulkan biskut yg telah masak tadi dalam gula + susu.. Senang je, sesaja nak share.


Kredit : Empunya Resepi


Selamat Mencuba 👍

Tuesday, January 28, 2025

RESEPI KEK LAPIS BATEK PELANGI


 RESEPI KEK LAPIS BATEK PELANGI


loyang 8.5


Bahan-Bahan


500gm Pure Butter


60gm gula castor


1sbm ovelette


400gm cream cheese


350gm susu pekat manis


10 biji telur gred AA


250gm horlick


100gm nestum cerelac


270gm tepung Hong Kong/pau


100gm ice crean vanilla (less sweet)


2sdm lemon juice


1 buku cheddar cheese


pewarna putih, kuning, pink,turqouse, purple Cara Mengadun


butter+ gula+ ovelette+ susu pekat+ cream cheese pukul hingga putih kembang gebu.


masukkan telur satu satu.sebatikan


masukkan horlick, nestum cerelac, tpg HK dan ice cream vanila powder.sebatikan..


last masukkan lemon juice 2sdm.


bahagikan adunan utk warna putih 6 lapisan asingkan 960gm tiap lapis 160gm selebihnya bahagi 4 warna lagi putih pink, putih kuning, putih purple, putih turqoise.4 warna tadi masukkan ke@dalam piping bag.


lapiskan adunan putih 3 lapisan dan bakar sampai masak jgn sampai kuning kemudian parut cheddar cheese tiap lapisan putih. lapis lagi 2 lapisan..


★ untuk adunan bwarna celorengkan piping bag berselang seli. sampai habis.balas@lawan tiap lapisan warna (ikut gambar) baru lapisan putih lagi 3 lapisan.


#reseplapissarawak

#reseplapislebaran

Monday, December 16, 2024

RESEPI PANKCAKE COMFIRM JADI ALA MCD


 RESEPI PANKCAKE COMFIRM JADI ALA MCD


Bahan-bahan:


1 cawan tepung gandum

2 sudu baking powder

1 cawan susu segar

3 sudu gula

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil esen vanilla

1 biji telur

2 sudu butter


Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan dalam bekas dan pukul sebati. Paling mudah masukkan dalam blender je.

2. Panaskan kuali non-stick dengan api yang perlahan. Sendukkan adunan tadi ke dalam kuali non-stick dan biar sampai dia berlubang-lubang sepenuhnya dan balikkan. Siap!

Boleh dapat dalam 6-7 keping pancake.


Kredit: Khairul Abdullah

Monday, August 2, 2021

RESEPI BISKUT HATI

RESEPI BISKUT HATI


BAHAN - BAHAN

250 gm marjerin
250 gm gula icing
2 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung ubi
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
Serbuk koko


CARA - CARA  MEMBUATNYA

1. Putar marjerin dan gula hingga kembang

2.  Masukkan telur dan telur memutar dengan kelajuan perlahan

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga sebati

4. Bahagikan adunan kepada 2. Satu adunan di uli bersama serbuk koko dan satu adunan dibiarkan plain

5. Untuk mendapatkan bentuk hati yang bergeriji masukkan adunan dlm acuan (paip icing) dan potong.

6. Sedia di bakar dengan suhu 150C sehingga kekuningan.



Kredit Resepi :
 NQ

RESEPI KEK LOTUS BISCOFF

RESEPI KEK LOTUS BISCOFF


BAHAN - BAHAN


BAHAN CRUST

125 g biskut Lotus (dihancurkan)
45 g unsalted butter (dicairkan)

BAHAN KRIM KEJU

250 g krim keju
150 g krim putar tenusu
25 g gula kastor
1 sudu besar Biscoff spread


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Satukan mentega yang dicairkan dan biskut yang dihancurkan. Kacau sebati.

2.  Letakkan di dalam loyang bersaiz 6 inci. Rata dan padatkan. Sejukkan di dalam peti ais.

3. Sementara tu, keluarkan krim keju selama 15 minit supaya ianya lembut sedikit.

4. Kemudian, pukul krim keju hingga teksturnya berkrim. Masukkan Biscoff spread tadi.

5. Pukul krim putar bersama gula kastor sehingga adunan menjadi bertanduk / stiff peak. Jangan pukul terlalu lama.

6. Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan lagi di dalam peti ais.

7.  Cairkan Biscoff spread dan biar sehingga sejuk.

8. Setelah sejuk, tuang ke dalam loyang, dan sejukkan selama 3-4 jam.

9. Apabila betul-betul sejuk, boleh keluarkan dari loyang. Sedia untuk dihidang.




Kredit Resepi :
 Nani Mohd


Monday, June 11, 2018

RESEPI BROWNIES COOKIES


RESEPI BROWNIES COOKIES

BAHAN - BAHAN

185gm dark choc - Berlys
40gm buttercup 
95gm gula icing boleh kurang kalau tak suka manis
50gm tepung gandum
Telur 2 biji 'B - pastikan baru *penting 


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Cairkan coklat tadi kaedah double boil

2. Bila telah larut masukkan butter dan kacau keduanya hingga larut * Angkat dan biarkan suam seketika

3.Sementara coklat sejuk dengan pantas putar telur guna hand mixer sehingga nampak buih buih sedikit dan masukkan gula icing dan putar sebentar 

4. Campurkan adunan telur kedalam adunan coklat tadi (pastikan adunan coklat ianya berkeadaan suam yang nak hampir ke-sejuk)

5. Masukkan tepung dan kaup balik adunan coklat + telur itu.

6. Kaup balik dengan kasih sayang yea bukan di putar di godek ikut syok ..just lemah lembut sahaja..

7. Siap dan masuk kedalam piping bag.

8. Panaskan oven 

9. Atas parchment paper atau silicon mat pipe kan adunan coklat tadi sebesar duit 20sen lama 😊 hingga habis dan boleh la nak di hias dengan badam atau kekacang lain atau plain sahaja.

10. Bakar api atas bawah dengan suhu 190-200' ikut oven masing masing selama 15min/20min

11.  Untuk dapatkan cookies berkeadaan chewy just bakar dalam 10-15min kalau nak garing dalam  
       15-20 min.



Kredit Resepi :
Syida Hana


Wednesday, June 6, 2018

RESEPI GERMAN COOKIES @ DEUTSHE KEKSE


RESEPI GERMAN COOKIES @ DEUTSHE KEKSE

BAHAN - BAHAN

350 gram mentega 
375 gram tepung kentang/potato starch 
200 gram tepung gandum
100 gram gula aising, diayak
secubit garam


CARA MEMBUATNYA

1- Satukan tepung kentang dan tepung gandum, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. 

2. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap. bahagikan kepada 7 bahagian dan masukkan warna yg disukai

3. Ambil sedikit adunan, kemudian bulat-bulatkan dan susuh atas dulang pembakar. guna garfu dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.

4. Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 20 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.



Kredit Resepi
 : Azura Felula‎ via #mahn