RESEPI MURTABAK DAGING HOMEMADE
BAHAN INTI MURTABAK :
3 Ubi kentang
Sebiji bawang holland (potong dadu)
4 ulas bawang putih cincang
Daging kisar 1 mangkuk kecil. Lagi banyak lagi sedap
2 sb rempah kurma
2 sb rempah kari daging
Garam
Gula
Telur
CARA MEMBUATNYA :
Rebus kentang sampai empuk. Masukkan bawang putih, rempah kurma dan rempah kari. Biarkan mendidih sekejap.
Selepas itu masukkan daging cincang, bagi masak elok semua baru masukkan bawang holland separuh dulu.
Perasakan dengan garam dan gula. Masak sampai pekat sikit dan sejukan. Tadi sis buat inti tengah hari, petang baru buat murtabak.
Dah sejuk, pecahkan 3 biji telur dalam mangkuk, kacau2 sikit.
Selepas itu campurkan dengan inti kita dah masak tadi.
Agak2 jangan terlalu banyak sebab kita nak inti basah2 dengan telur, baru cantik murtabak nanti.
Kemudian masukkan bawang holland yang dah potong lagi separuh tadi dan gaul sebati.
Ambil 1 keping kulit popia, letak dalam pinggan, sudukan inti, lipat kulit popia.
Masukkan dalam kuali yang dah dipanaskan dengan sedikit minyak. Masak sampai cantik.
BAHAN CUKA BAWANG :
1 bawang merah besar
1/6 cwn cuka
2 sb gula
1 sk garam
Sedikit pewarna merah
1/2 cwn air panas
Campur semua bahan, sebatikan rasa. Peram sejam, dah boleh makan dengan murtabak.
Kredit : Aina W. Husian
SELAMAT MENCUBA