Showing posts with label Resepi Sambal. Show all posts
Showing posts with label Resepi Sambal. Show all posts

Friday, January 24, 2025

RESEPI SAMBAL HIJAU TELUR


RESEPI SAMBAL HIJAU TELUR


. BAHAN-BAHAN :


- 15-20 biji cili padi hijau. Ada cili besar boleh campur, nak pedas boleh tambah.

- 4 biji bawang merah

- 3 ulas bawang putih

- 2 biji telur

- secubit garam

- gula sedikit sahaja jika suka


CARA PENYEDIAAN :


- Tumbuk semua bawang merah, bawang putih dan cili sehingga lumat kasar. Tak perlu lumat sangat nanti tidak sedap.


- Panaskan minyak dan tumis hingga sedikit garing. Boleh masukkan gula dan garam dengan secukup rasa.


- Pecahkan telur. Masak sehingga telur masak ikut citarasa. Boleh pilih nak telur masak penuh atau kuningnya masih cair.


- Jika nak berkuah, boleh tambal sedikit air. (Resipi asal tidak tambah air).


- Bila semua rasa sudah sempurna dan telur sudah masak mengikut selera, padamkan api dan sedia untuk dinikmati.


Sumber : Cheyah Saripuddin

Friday, January 17, 2025

IKAN KUKUS SAMBAL PICIT

 


IKAN KUKUS SAMBAL PICIT 🤤🐟🌶️


Bahan-bahan :

2 ekor ikan kembung 

Sawi (sayur sesuai selera)

2 buah terong ungu 


Bahan sambal picit :

1 sdm asam Jawa (larutkan) dengan 50 ml air 

30 buah cabe rawit 

2 keping terasi bakar 

1 sdt garam

1 sdt gula

2 buah jeruk kunci/kasturi (ambil air perasannya)


Cara membuat :

1. Bakar terong, kukus sawi pahit dan ikan kembung sampai matang.

2. Masukan semua bahan sambal picit ke dalam piring kemudian picit2 dengan tangan sampai cabai pecah/hancur dan semua bahan sambal tercampur rata.

3. Sajikan sambal picit dengan terong bakar, sawi rebus dan ikan kembung kukus yang sudah di buang durinya, sajikan di dalam piring.


Semoga bermanfaat & selamat mencoba !!!


Tuesday, June 16, 2020

RESEPI SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU

 

RESEPI SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU


BAHAN - BAHAN

1 ikat pucuk ubi*
5 helai daun kunyit *
20 helai daun kaduk*
1 ikat pegaga(saya tambah) *
Petai ambik isi saja
Ikan bilis
5 batang serai *
Setengah kilo santan pekat
1 cawan tempoyak 
garam


BAHAN KISAR

1/2 cawan cili api
2 inci kunyit hidup


CARA -  CARA MEMBUATNYA

1. Hiris halus bahan bertanda *

2. Kisar cili padi dan kunyit hidup... masukkan terus dalam kuali

3. Masuk santan dan tempoyak. Dah mendidih masukkan bahan-bahan yang dihiris tadi

4. Masukkan ikan bilis dan petai. Masak sampai pekat.

5. Rasakan dengan garam.

6. Siap



Kredit Resepi : 
Zaimah Zakaria


Thursday, May 16, 2019

RESEPI DAGING SAMBAL TEMPOYAK GORENG

 

RESEPI DAGING SAMBAL TEMPOYAK GORENG


BAHAN - BAHAN

Daging setengah kilo
2 Ulas Bawang putih 2
5 ulas Bawang merah
cili api ditumbuk kasar * Ikut kepedasan
1 senduk 
minyak masak secukup nya utk menumis.

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Tumis bahan2 tumbuk sehingga wangi..

2. masukkan Tempoyak tumis sampai naik minyak..

3. masukkan daging..

4. masukkan air utk lembut kan daging..

5. goreng sampai empuk dan pecah minyak..

6. masukkan Kacang botol..

7. garam gula secukup rasa tekak sendiri..

8. Done


Kredit resepi: 
Sue Rosayu Ahmad




RESEPI DAGING SAMBAL TEMPOYAK GORENG

Friday, October 19, 2018

RESEPI SAMBAL AYAM PENYET MARVELOUS


BAHAN - BAHAN

Bawang Merah x 5 biji
Bawang putih x 2 biji
Cili merah & hijau x 7 @ 8 tangkai
Cili padi merah x 15  tangkai (boleh extra kalau nak extra pedas)
Belacan x 1 1/2 inci
Tomato x 3 biji
Ikan bilis x 1 genggam
Gula pasir x 2 sudu (boleh extra kalau nak manis)
Gula melaka x 1 inci
Garam secukup rasa
** boleh peras limau nipis untuk sedikit rasa masam


CARA - CARA MEMBUATNYA

1.Panas kuali..masukkan sedikit minyak..
(Masukkan semua bahan-bahan..)

2. Agak-agak bahan dah layu boleh angkat dan sejukkan..

3. Goreng ikan bilis.. agak-agak dah garing angkat & sejukkan

4. Bila semua bahan dah sejuk boleh tumbuk or blend kalau malas.

5. Lepas tu tumiskan semua sekali lagi..agak-agak dah kering boleh angkat..

*** Sambal ni boleh simpan lama...so boleh buat banyak-banyak simpan stok.


Kredit Resepi :
Rohaiza abd manan

Thursday, June 28, 2018

RESEPI SAMBAL AYAM PENYET


RESEPI SAMBAL AYAM PENYET

BAHAN - BAHAN

Tomato
Bawang besar
Bawang putih
Halia(sikit)
Cili merah
Cili padi merah & hijau
Gula keret 1biji
Belacan bakar


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Tumis semua bahan-bahan sampai betul- betul layu semua bahan -bahan tadi.

2. Setelah siap tumis semua, keluarkan bahan tumis tadi dan blend kasar.
*jangan blend halus sebab tak cantik.

3. Panaskan balik minyak kemudian tumiskan bahan yang dah dikisar tadi.

4. Tambah sedikit air supaya sambal tak terlalu garing.

5. Tambahkan garam,gula & aji secukup rasa..


Kredit Resepi : 
Mohd Azlie via mahn

.

Thursday, May 31, 2018

RESEPI SAMBAL TEMPOYAK PETAI IKAN BILIS


RESEPI SAMBAL TEMPOYAK PETAI IKAN BILIS

BAHAN - BAHAN 

Ikan bilis (ikut berapa banyak nak buat)
Cili padi
Petai 
Bawang merah
Tempoyak
Garam & perasa

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Ikan bilis, bawang merah, cili api ditumbuk separa lumat.

2. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk

3. Bila Tumisan agak garing , masukkan petai (buang kulit)

4  Masukkan tempoyak 

5. Kacaukan. Masuk garam atau perasa.Sekiranya terlalu pekat.Masukkan sedikit air.



Kredit Resipi 
Fini via Resepi Bonda



RESEPI SAMBAL IKAN BILIS LAUK NASI LEMAK


RESEPI SAMBAL IKAN BILIS LAUK NASI LEMAK

BAHAN - BAHAN

250 gram ikan bilis
1 kg minyak masak - guna separuh dan ditambah sedikit sedikit
160 gram cili kering - rebus dan kisar
1-2 keping gula Melaka
Gula secukupnya
Garam
2 keping asam keping - atau secukup rasa
1 kiub pati ikan bilis
Sedikit aji no moto - jika suka
2 helai daun pandan
2 biji bawang besar Holland - hiris

BAHAN KISAR

1 kg bawang merah
100 gram/15 ulas bawang putih


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan minyak yang agak banyak sesuai dengan bahan yang hendak ditumis. 
Tips: mesti tumis sampai bawang yang dikisar hingga betul betul masak. 

2. Bila bawang masak, ia akan memberi bau wangi. 

3. Masukkan ikan bilis sekali dengan bawang supaya ianya perisa dan sebati.

4. Boleh masukkan asam keping ketika ini, supaya rasanya lebih sebati dan lagi power. 

5. Masukkan daun pandan.



Kredit Resepi 
: Azie Kitchen

Wednesday, March 21, 2018

RESEPI SAMBAL TUMBUK BILIS

RESEPI SAMBAL TUMBUK BILIS

BAHAN-BAHAN

Bawang merah 2 luas
Bawang putih 2 ulas
Cili padi (ikut suka)
Cili merah 2-3 tangkai
Sedikit belacan
Tomato sebiji
Limau nipis
Ikan bilis(goreng)
Garam

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Potong kasar bahan2 dan goreng sampai layu.

2.Tumbuk kesemuanya.

3.Masukkan perahan limau nipis.

4.SIAP!

Kredit Resepi :
Diba dibb via mahn

Monday, March 19, 2018

RESEPI SAMBAL BELACAN TERANGKAT

RESEPI SAMBAL BELACAN TERANGKAT

*1 gengam cili kmpung
*1 lada besar
*4 cili merah
*belacan
2 bji limau
Air asam jawa (bancuh dgn air msak)
Gula
Sdikit minyak

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan sedikit mnyak.Masukkan semua bahan bertanda *.tutup.Goreng sampai agak-agak layu sikit. Angkat.

2.Masukkan dalam lesung batu. Tumbuk kasar.

3.Masukkn air asam jawa dan gula.

4.Perahkan limau.Kalau suka masukkan skali kulit limau tu.Potong kecik-kecik sikit kulit limau tu...

5.Pastu gaul guna sudu.Siap.

Kredit Resepi :Dewiey Suhana

Sunday, March 18, 2018

RESEPI SAMBAL AYAM PENYET

RESEPI SAMBAL AYAM PENYET

BAHAN-BAHAN

Tomato
Bawang besar
Bawang putih
Halia(sikit)
Cili merah
Cili padi merah & hijau
Gula keret 1biji
Belacan bakar

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Tumis semua bahan-bahan sampai betul-betul layu smua bahan-bahan tadi.

2.Dah siap tumis semua, keluakan bahan tumis tadi dan blend kasar.

** Jangan blend halus sebab tak cantik.

3. Panaskan balik minyak. Masukkan bahan blend tadi dan tumis balik balik.

4. Tambah sedikit air supaya sambal tak terlalu garing

3. Tambahkan garam,gula & aji secukup rasa.

Kredit Resepi:
FB Mohd Azlie

Friday, March 16, 2018

RESEPI SAMBAL SOTONG SUMBAT TELUR

RESEPI SAMBAL SOTONG SUMBAT TELUR

BAHAN INTI SUMBAT

2 biji telur ayam
carrot (dicincang)
sosej (dicincang)
secubit garam
minyak untuk menggoreng
1 sudu besar mayonis

CARA-CARA MEMBUATNYA

campurkan semua bahan dan goreng hancur

BAHAN SAMBAL

3 ekor sotong
2 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih (ditumbok / dihiris)
3 sudu besar cili kisar
1 sudu rempah kari
1 biji bawang merah (dipotong bulat2)
2 sudu sos cili
minyak untuk menumis
3 batang pencongkel gigi/lidi
sedikit air asam jawa
garam & gula secukup rasa

CARA CARA MEMBUATNYA

1. sotong tadi disumbat dengan telur yang telah dimasak dan ditutup semula dengan kepala sotong dan dicucuk dengan pencongkel gigi / lidi

2. kemudian tumiskan bawang yang telah ditumbok tadi sehingga naik bau

3. Masukan cili kisar dan biarkan sehingga pecah minyak

4. Masukan serbuk kari dan sos cili

5. kemudian masukan sotong yang telah disumbat dengan telur dan biar sampai mendidih

6. masukan gula, garam dan air asam jawa sesedap rasa

7. masukan bawang besar yang telah dipotong bulat2

8. bila dah masak boleh la hidangkan

Kredit Resepi :
Viral Oh Viral

Wednesday, March 14, 2018

RESEPI SAMBAL BELACAN BELIMBING

RESEPI SAMBAL BELACAN BELIMBING

BAHAN-BAHAN

5 Biji belimbing
Secubit ikan bilis
1ulas bawang besar
19 biji cili api
1 atau 2 Biji cili merah
Belacan
Garam secukop rase(time blend @ tumbuk baru letak)

CARA MEMBUATNYA

1. Goreng semua nya sampai layu atau bertukar warne

2.Kemudian boleh di blender ikut citarase masing-masing  ataupun kalau nak kasar-kasar blend sekejap saja atau kalau rajin tumbuk.

Kredit resepi:
Fb Amurosodah Abdullah

Thursday, March 1, 2018

RESEPI SAMBAL HITAM PAHANG

RESEPI SAMBAL HITAM PAHANG

BAHAN-BAHAN

½ cawan belimbing buluh rebus
½  cawan cili padi
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek
6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa
garam & gula secukup rasa
1 cawan minyak masak

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Masukkan Belimbing ke dalam periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api yang kecil.

2.Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut.  Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit. 

3.Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap. 

PESANAN: jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja.  Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.

4.  Tumbuk cili padi sehingga halus.  Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis)  Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat.  Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.

5.  Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi.  Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga). 

6.Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu).  Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang.  Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut. 

7. Sambal ini boleh disimpan lama & boleh buat banyak2 untuk simpan stok.   Boleh dihidang dengan apa saja juadah yang rasa sesuai dihati anda.

Kredit
FB Memasak dalam 30Minit.

Sunday, February 25, 2018

RESEPI SAMBAL SOTONG

RESEPI SAMBAL SOTONG

BAHAN-BAHAN

Sotong dibersihkan
Bawang besar dipotong bulat

BAHAN TUMIS

Bawang merah di blend
Bawang putih diblend
Cili kisar
Asam jawa
Garam
Gula
Secukup rasa

Sedikit kicap manis utk mencantikkan sambal

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Tumis bahan kisar,

2. Masukkan cili kisar,tumis hingga garing,masukkan pes asam jawa,garam gula secukup rasa,

3. Masukkan bawang yg dipotong bulat,masukkan sedikit kicap manis ,

4. Last masukkan sotong..

Kredit Resepi : ig Rosehayatie

Tuesday, February 20, 2018

RESEPI SAMBAL BALACAN IKAN BILIS LIMAU KASTURI

RESEPI SAMBAL BALACAN IKAN BILIS LIMAU KASTURI

BAHAN-BAHAN

Cili padi
Bawang Merah
Bawang Putih
ikan Bilis Kering
Belacan

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Cili Padi, Bawang Merah, Bawang Putih, Ikan Bilis, Belacan TUMBUK sekali

2. Lepas tu PERAH Limau Kasturi.

3. Tambahkan Kicap Lemak Manis 'Cap Kipas Udang'

4.Gaulkan smua

#SelamatMencuba #Mudah

kredit : #NerinaElliStyle

Sunday, November 26, 2017

RESEPI PAU SAMBAL GEBU DAN LEMBUT

RESEPI PAU SAMBAL GEBU DAN LEMBUT

BAHAN ADUNAN DOH

400 g Tepung gandum ( 4 cawan tepung)
1/2 peket Yis mauripan yang telah dikembangkan dengan air suam
2 sudu gula pasir
1 sudu majerin
2 sudu susu tepung
Sedikit garam
Sedikit air untuk mencanai doh

CARA MEMBUAT DOH PAU

1.Sediakan setengah paket yis mauripan dengan air suam dan satu sudu kecil gula pasir.Kacau hingga larut dan biarkan hingga berbuih.

2.Masukkan tepung ke dalam mangkuk,buat lubang,masukkan semua bahan-bahan dan uli hingga lembut.

3.Biarkan doh dalam 30 minit.Bila doh mengembang, tumbuk doh perlahan untuk buang angin.

4.Kemudian buat bentuk bulat saiz ikut kesukaan sendiri.

5. Biarkan doh sampai mengembang sehingga seganda.

BAHAN INTI PAU

100gram cili kering yang telah digunting,direbus.***
3 ulas bawang merah.***
2 ulas bawang putih ( saya letak, resepi asal tak letak)
1 sudu garam
5 sudu gula pasir
1 sudu asam jawa adabi
1 sudu udang kering*** ( saya tak letak, tapi ganti dengan ikan bilis)
minyak masak untuk menumis
1 ulas bawang besar potong dadu.( saya letak, resepi asal tak letak)

CARA MEMBUAT INTI

1.Blender bahan bertanda ***

2.Panaskan kuali, masukkan bahan kisar dan biarkan sampai naik minyak.

3.Masukkan gula,garam,asam jawa.
Masukkan bawang besar yang dipotong dadu.

4 Biarkan sehingga kering.tutup api.

CARA-CARA MENYEDIAKAN PAU

1.Goreng pau dengan minyak penuh supaya pau masak rata dengan gunakan api yang sederhana.

2 .Bila sudah kekuningan, angkat dan toskan minyak.

3..Bila sudah sejuk, boleh belah dua pau (jangan belah sampai habis) dan masukkan inti sambal tumis, timun dan hirisan telur rebus.

4.Siap untuk dihidang.

Sumber :
Fb Page Resepi masakan malayu

Wednesday, November 22, 2017

RESEPI SAMBAL TOTOK #RRTS

RESEPI SAMBAL TOTOK #RRTS

BAHAN-BAHAN

ikan bilis ikut suka bnyk
segenggam cili api
2bj bwang besar
2ulas bwang putih
sedikit belacan
garam
gula
jus limau nipis

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Ikan bilis digoreng dan asingkan.

2.Cili api,bawang besar,bawang putih,belacan di goreng hingga layu dan ketepikan.

3.Kemudian tumbuk bahan-bahan tadi sedang sedang hancur sekali dengan ikan bilis.

4.tambahan garam gula sesedap rasa dan perahan jus limau klu suka

Kredit : Jamil Rozali

Wednesday, June 22, 2016

RESEPI SAMBAL BELACAN GORENG


RESEPI SAMBAL BELACAN GORENG


BAHAN - BAHAN

2 Biji Tomato (buang biji)
4 Ulas Bawang putih
2 Biji Bawang besar
10 biji Cili api

15 Buji  Cili Merah Besar
2 Biji Limau nipis
15 Biji Limau kasturi
Belacan separuh peket
1 Sudu Garam
3 Sudu Gula
1 Sudu Ajinamoto
2 Sudu Minyak untuk menumis

Sedikit Air 


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Cuci dan toskan bahan - bahan.

2. Perah limau nipis dan limau kasturi

3. Tumiskan semuanya dengan belacan menggunakan api yang kecil

4. Masukkan garam,gula dan ajinomoto.

5. Masukkan air limau yang telah diperahkan tadi.

6. Masukkan sedikit air mengikut kepekatan dan kecairan yang dikehendaki ( masing - masing ). 

7. Masukkan dalam Blender dan Kisarkan sehingga lumat.


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



Tuesday, February 23, 2016

RESEPI SAMBAL BAWANG


RESEPI SAMBAL BAWANG

BAHAN - BAHAN

5 bawang merah
3 bawang putih
15 Cili * kalau nak pedas cili padi
2 buah tomato hijau / yang ranum
Minyak kelapa untuk menumis secukupnya ( saya pake agak banyak )
Garam dan gula putih secukupnya





CARA - CARA

  Cincang atau Tumbuk bawang merah, bawang putih dan Cili 

Kemudian tumis sampai naik bau,masak dan pekat.

 Tambahkan garam dan gula.

 Siap.

Simpan dalam botol kaca untuk tahan lama



SELAMAT MENCUBA

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com