Showing posts with label Kuih Raya. Show all posts
Showing posts with label Kuih Raya. Show all posts

Tuesday, February 2, 2021

RESEPI KUIH TART DAUN

RESEPI KUIH TART DAUN


BAHAN - BAHAN

1 ketul mentega farm cows ( sejuk dr chiller)
 20 gm gula ising
1 sdb minyak sapi
 1 sdt esen vanilla
 1 biji kuning telur ( dr peti sejuk) 
 2 sdb tepung jagung 
 Tepung gandum secukupnya ( tuang sikit2 sehingga doh tidak terlalu lekat di tgn) 
2 biji kuning telur dan sedikit pewarna kuning 


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Keluarkan farm cows dr peti dan potong-potong supaya cepat lembut tetapi bukan sampai cair ya 

2. Kacau/gaul dengan wisk atau senduk bila masukkan minyak sapi hingga sebati 

3. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Dan kacau lagi .

4. Masukkan gula ising dan tepung jagung 

5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.. Sehingga doh tidak melekat di tangan 

6. Timbang inti jem nenas 5gm..  Dan doh pastry pula 8gm.. Penyekkan doh dan letak inti ditengah - tengah dan tutup dengan doh pastry ( mcm buat kuih koci tu ya) 

8. Gunakan penyepit kuih bangkit. Dan flower lifter untuk ambil inti ( jem nenas)  supaya jari tidak melekit - melekit

9. Dah siap susun sapukan dengan kuning telur + setitis pewarna kuning dan bakar dgn suhu 120°c ( soner oven)  atau 150°c api atas bawah..

Tips
1.tidak digalakan menggunakan butter yg cair sbb ini akn menghasilkan tart yg berminyak selepas dibakar .
2. Doh pastry boleh disimpan di dlm chiller/peti sejuk sekiranya tidak habis atau nk sambung semula diwaktu yg lain . Simpan didlm bekas yg bertutup.  Biarkan di suhu bilik bila nk gunakan semula. 
3. Tidak menggunakan tepung kastard supaya tidak terlalu lembut dan shape daun tu tidak berubah atau kembang selepas dibakar.

Kredit Resepi : 
Auni Azalia 


Wednesday, September 11, 2019

RESEPI KUIH SEMPERIT SUSU


RESEPI KUIH SEMPERIT SUSU


BAHAN - BAHAN

500g Tepung Jagung
250ml Susu Pekat Manis
250g Mentega
Hiasan (optional)
Cip coklat/gula manik/ceri /pewarna (jika suka)


CARA - CARA MEMBUATNYA

1)Panaskan ketuhar pada suhu 160 darjah celcius (bergantung pada jenis ketuhar).

2. Sebatikan mentega dan susu pekat manis dalam mangkuk adunan.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau sehingga menjadi satu adunan.

4. Tekan doh menggunakan acuan semperit .

5. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 15 minit. 
(Suhu dan masa bergantung pada jenis ketuhar)



Kredit resepi:
 Ridyantiey watiey 

Monday, August 26, 2019

RESEPI TART DAUN


RESEPI TART DAUN

BAHAN - BAHAN

 1 ketul mentega farm cows ( sejuk dr chiller)
20 gram gula ising
 1 sudu besar minyak sapi
 1sudu teh esen vanilla
1 biji kuning telur ( dr peti sejuk) 
 2 sudu besar tepung jagung 
Tepung gandum secukupnya ( tuang sikit2 sehingga doh tidak terlalu lekat di tgn) 
2 biji kuning telur dan sedikit pewarna kuning 


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Keluarkan farm cows dr peti dan potong2 supaya cepat lembut tetapi bukan sampai cair ya 

2. Kacau/gaul dgn wisk atau senduk bila masukkan minyak sapi hingga sebati 

3. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Dan kacau lagi .

4. Masukkan gula ising dan tepung jagung 

5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.. Sehingga doh tidak melekat di tgn 

6. Timbang inti jem nenas 5gm..  Dan doh pastry pula 8gm.. Penyekkan doh dan letak inti di tgh2 dan tutup dgn doh pastry ( mcm buat kuih koci tu ya) 

7. Cara nk membentuk daun tu sila rujuk gambar dibawah.  

8. Gunakan penyepit kuih bangkit. Dan flower lifter untuk ambil inti ( jem nenas)  supaya jari tidak melekit2 

9. Dah siap susun sapukan dgn kuning telur + setitis pewarna kuning dan bakar dgn suhu 120°c ( soner oven)  atau 150°c api atas bawah..

Tips
1.tidak digalakan menggunakan butter yg cair sbb ini akn menghasilkan tart yg berminyak selepas dibakar .
2. Doh pastry boleh disimpan di dlm chiller/peti sejuk sekiranya tidak habis atau nk sambung semula diwaktu yg lain . Simpan didlm bekas yg bertutup.  Biarkan di suhu bilik bila nk gunakan semula. 
3. Tidak menggunakan tepung kastard supaya tidak terlalu lembut dan shape daun tu tidak berubah atau kembang selepas dibakar.


Kredit Resepi : 
Auni Azalia 


RESEPI TART NENAS GULUNG


RESEPI TART NENAS GULUNG

BAHAN - BAHAN

250g butter
2 kuning telur
3 sudu besar gula castor
1st esen vanila
3 cawan tepung
3 sudu besar tepung jagung
Jem nenas secukupnya
(1 kg jem nenas cukup untuk buat 2 adunan di atas, bergantung kepada kebesaran gentelan)
1 kuning telur, 1 sb susu dan setitik pewarna kuning telur - dikacau sebati untuk sapuan


CARA MEMBUATNYA

1. Pukul butter dan gula hingga berkrim.

2. Masukkan kuning telur, pukul sebati.

3. Masukkan esen vanila, pukul sebati.

4. Masukkan campuran tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg lembut. Gaul menggunakan tangan dan sehingga doh tidak melekat di mangkuk. Mungkin tepung tak perlu dihabiskan kerana kuantiti tepung sebenar bergantung juga kpd jenis butter yg digunakan. Doh tak boleh terlalu keras sebab bila nak picit dalam acuan semperit atau nastar atau sewaktu nak gulung, doh akan pecah.

5. Menggunakan acuan semperit atau nastar, picitkan doh ke atas papan alas dgn bahagian belang2 mengadap ke bawah. Letakkan jem nenas yg telah dibulat-bulatkan bujur sedikit di hujung doh.

6. Gulung secara kemas ie tidak longgar. Jika menggunakan acuan nastar, doh adalah agak tebal, maka gulung hingga doh bertemu sahaja (tidak bertindan).

7. Sapukan kuning telur yg dicampur dgn sedikit susu dan pewarna kuning ke atas tart yg telah siap digulung.

8. Bakar selama lebihkurang 15 minit dgn suhu 170 celcius.


Thursday, August 15, 2019

RESEPI KUIH BAWANG VERSI SABAH


RESEPI KUIH BAWANG VERSI SABAH 

BAHAN - BAHAN

1 Kg Tepung
1 tin planta kecil (250gm)
5-6 biji bawang merah
udang kering (ikut citarasa masing2, lebih banyak lebih sedap)
daun sup
daun bawang
1 biji telur
Sedikit santan pekat
Garam dan ajinomoto secukup rasa.


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Bawang merah, daun sup, daun bawang, di cincang halus, ayak tepung, gaul tepung dengan ajinomoto hingga sebati dan masukkan bawang,daun sup dan daun bawang yg telah di cincang halus ke dalam tepung dan gaul rata.

2. Masukkan telur, planta dan sedikit santan. Gaul hingga betul2 sebati.

3. Adunannya biarlah seperti membuat kuih kering.

4.  Canai adunan sehingga nipis dan gulungkan. 

5. Selepas itu, dipotong nipis dan goreng dgn minyak yg banyak.

Kredit Resepi :
 nina hamid via mahn


Wednesday, January 2, 2019

RESEPI KUIH GUNTING


RESEPI KUIH GUNTING

BAHAN - BAHAN

375gm tepung
2 sudu besar gula aising
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk cili
2-3 tangkai daun kari-hiris halus
1 1/2 sudu teh garam
Lada sulah
90gm marjerin
130-140ml santan (tambah air jika tak cukup)


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Gaul semua bahan, 
2. Masukkan santan dan uli jadi doh.
2. Gunting dan goreng.



Kredit Resepi: 
iCookAsia


Wednesday, April 25, 2018

RESEPI CORNFLAKE MADU

 

RESEPI CORNFLAKE MADU

BAHAN - BAHAN

Sebuku buttercup 250g
3sudu besar gula pasir
7sudu besar madu
3sudu besar susu pekat
Chocolate rice/bijan/kacang tanah hiasan sprinkle
500g nestle cornflakes

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan butter,gula,madu dan susu.
2. Sampai berbuih dalam kuali. Rehatkan dulu biar suhu suam

3.Curah kedalam cornflakes dan gaul rata. 

4.Isikan dalam mangkuk kertas menggunakan sudu dan tabur hiasan.

5.Bakar selama 5 minit. 

6. Dah sejuk baru simpan dalam tupperware atau balang kedap udara.

Kredit Resepi: 
Irene Lee