Thursday, August 15, 2019

4:20 PM

RESEPI KUIH BAWANG VERSI SABAH 

BAHAN - BAHAN

1 Kg Tepung
1 tin planta kecil (250gm)
5-6 biji bawang merah
udang kering (ikut citarasa masing2, lebih banyak lebih sedap)
daun sup
daun bawang
1 biji telur
Sedikit santan pekat
Garam dan ajinomoto secukup rasa.


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Bawang merah, daun sup, daun bawang, di cincang halus, ayak tepung, gaul tepung dengan ajinomoto hingga sebati dan masukkan bawang,daun sup dan daun bawang yg telah di cincang halus ke dalam tepung dan gaul rata.

2. Masukkan telur, planta dan sedikit santan. Gaul hingga betul2 sebati.

3. Adunannya biarlah seperti membuat kuih kering.

4.  Canai adunan sehingga nipis dan gulungkan. 

5. Selepas itu, dipotong nipis dan goreng dgn minyak yg banyak.

Kredit Resepi :
 nina hamid via mahn


0 comments:

Post a Comment

RECOMMENDED FOR YOU