Showing posts with label Resepi Minum Petang. Show all posts
Showing posts with label Resepi Minum Petang. Show all posts

Sunday, July 4, 2021

RESEPI POPIA CARBONARA

RESEPI POPIA CARBONARA


BAHAN -  BAHAN

2 biji bawang putih
3 biji bawang merah
1 paket isi ketam
1 tin cendawan
1 cawan ayam
1/2 lobak merah
1 botol sos Prego carbonara atau 2 tin sos Prego,
 (yang ini lebih sedap berbanding dalam botol)
Garam
Gula
Perasa
1 sudu besar minyak masak


CARA - CARA MEMBUATNYA

1.Semua bahan dipotong dadu.

2.Tumis bawang putih, bawang merah bersama minyak masak je.

3. Masukkan isi ayam, sos Prego, isi ketam, cendawan, dan lobak merah.

4. Perasakan dengan garam, gula, dan perasa. Masak hingga pekat. Sejukkan dalam peti ais, kemudian baru boleh menggulung.

5. Ambil sehelai kulit popia, letakkan inti tapi jangan letak banyak sangat supaya kulit popia akan menjadi cantik.

6. Kemudian gulungkan. Gam menggunakan bancuhan tepung gandum dan sedikit air di hujung popia.

7. Goreng dalam minyak panas pada api perlahan. Popia akan cantik apabila digoreng. 

8. Siap.


Kredit resepi:
 Ida Zaida


Wednesday, June 2, 2021

RESEPI PISANG GORENG RANGUP

 RESEPI PISANG GORENG RANGUP

BAHAN - BAHAN

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung jangung
1 biji telor
1 sudu  kecil garam halus
1 sudu kecil yis 
Sedikit pewarna kuning
2 cawan air

**
Biar 5 atau 10 minit baru celop Dan goring
Selamat  mencuba..


Kredit Resepi : 
Siti Asiah Ssmail

Sunday, January 17, 2021

RESEPI KUIH CAKOI

RESEPI KUIH CAKOI


BAHAN - BAHAN
(15-20 ketul): 

400g tepung gandum
1 cawan air
1 sudu besar majerin
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat/susu tepung
1 biji kuning telur – tak letak pon boleh
2 sudu kecil yis
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
minyak masak


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk kecuali tepung dan minyak. Kacau sebati.

2. Masukkan tepung sikit demi sikit sambil uli. Jika dah tuang semua tepung masih lagi lembik adunan tersebut, boleh la tambah2 sikit tepung sampai menjadi doh. Alter2 lah sikit ye.

3. Uli sehingga doh tak melekat pada mangkuk.

4.  Rehatkan selama 30 minit untuk naikkan sikit doh tersebut.


PENYEDIAAN

Ambil doh tadi dan buat step seperti di bawah untuk dijadikan cakoi :

1. Canai doh memanjang bentuk segi empat tepat.

2. Potong doh lebih kurang 1-1.5 inci.

3. Cantumkan dua doh yg dipotong tadi,

4. Ambil lidi dan tekan sikit bahagian yg dicantum tu untuk menampakkan lagi seperti cakoi. Pastikan lidi dicelup air sebelum berbuat sedemikian.

5. Sediakan minyak untuk menggoreng. Bila dah panas, ambil doh cakoi tadi. Sebelum dimasukkan kedalam kuali, tarik doh tadi memanjang. Gunakan api yg kecil sikit ye. Takut dalam tak masak pulak. Buat sehingga habis.

6. Boleh dicicah dengan sos kegemaran


Kredit Resepi 
Lorita Florence

Thursday, October 22, 2020

RESEPI SIRA UBI KAYU

RESEPI SIRA UBI KAYU

Nisan @ Gula melaka 
2 @ 3 Sudu  besar gula
1 sudu besar tepung ubi  *dibancuh dengan air
sedikit garam..

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Rebus ubi kayu 
**Air aras ubi.
**Letak garam sikit 

2. Bila dah agak - agak empuk masukkan nisan @ gula melaka, daun pandan 

3. Bila dah bertukar warna, besarkan sikit api biar betul-betul menggelegak.

4. Masukkan bancuhan tepung ubi dan kacau.

5. Kecilkan semula api biar merenih. 

6. Masukkan gula, biarkan merenih lama sampai pekat 

**Kalau nak warna yang gelap sedikit boleh masukkan sedikit kicap manis



Kredit Resepi :
Tengku Huzanika

Tuesday, June 9, 2020

RESEPI ROTI GORENG SOSEJ CHEESE LELEH

ROTI GORENG SOSEJ CHEESE LELEH 

BAHAN - BAHAN

 1 bungkus roti Gardenia
Sosej
Cheese
2 biji telur atau lebih jika nak buat banyak


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Sediakan 2 keping roti.

2. Letakkan cheese dahulu di atas roti

3. Letakkan sosej yang dipotong kecil di atas cheese. Sosej nak potong memanjang pun boleh juga.

4. Tekapkan lagi sekeping roti diatas cheese dan sosej yang telah disusun tadi

5. Pecahkan 2 biji telur di dalam mangkuk atau pinggan dan kacau.

6. Celupkan roti pada telur tadi sehingga sama rata.

7. Panaskan kuali dan goreng.

8. Siap!


Sunday, May 10, 2020

RESEPI APAM LENGGANG


RESEPI APAM LENGGANG


BAHAN - BAHAN

1 1/2  cawan tepung beras
1/2  cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis
7-8 sudu besar gula
1 cawan air
1 cawan santan pekat
1 biji telur


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Campurkan semua bahan kecuali santan..Gaul rata dan perap selama 2-3 jam

2. Masukkan santan dan gaul lagi

3. Panaskan kuali dan griskan minyak pd kuali...ambil 1 senduk adunan dan lenggangkan seperti membuat kuih ketayap

4. Kalo pakai non stick pan tak perlu gris minyak

5. Masak dengan api perlahan...bila dah kekuningan bolehlah digulung atau dilipat dua...

6. Siap. Sedap makan panas - panas.



Wednesday, September 11, 2019

RESEPI CUCUR UDANG RANGUP


RESEPI CUCUR UDANG RANGUP

BAHAN - BAHAN

3 cawan tepung gandum
1 sudu teh instant yis
2 cawan air suam panas
1 biji telur
1 sudu teh garam halus
Sedikit serbuk dkunyit
Segenggam taugeh
10 helai daun kucai di potong memanjang
Carot di sagat
1 biji cili merah di hiris nipis.

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Ayak tepung dan campur semua bahan dan gaul sebati.perap 1/2 jam.

2.Panaskan senduk yg hendak di gunakan, 

3. letak adunan dalam senduk dan letak udang seekor.a

4. Agak dah tak melekat di senduk keluarkan..

5. Goreng hingga garing...

6.Toskan minyak.


RESEPI SOS CECAH 

5 batang lada merah
6-7 biji cili padi
2 biji bawang putih
1/2 cawan sos cili
4 cawan air
air asam jawa
Garam gula secukup rasa..


BAHAN - BAHANNYA

1. Blender semua bahan dan masak hingga mendidih.

2.Bancuh tepung jagung dgn air sikit ikut kepekatan yg anda suka..

3. Kacau sebati 

4. Tutup api.





Kredit resepi : 
Izzat Mustaffa


Thursday, July 11, 2019

RESEPI UBI KAYU REBUS


 RESEPI UBI KAYU REBUS

BAHAN - BAHAN 

500 gm ubi kayu
Air secukupnya
Garam secukup rasa

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Buang kulit ubi kayu dan rebus bersama sedikit garam hingga lembut. 

2. Setelah masak, hidangkan bersama kelapa parut atau sambal tumis bilis.


RESEPI UBI KAYU REBUS

Wednesday, July 4, 2018

RESEPI ROTI PURI BELON


RESEPI ROTI PURI BELON

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis
3 sudu besar minyak masak
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
3/4 air panas


CARA - CARA MEMBUATNYA

1 Tepung gandum, yis, garam, gula, minyak masak gaulkan kesemua bahan tersebut.

2. Masukkan air panas..gaul rata..uli sampai adunan tidak lekat ditangan..kemudian bulat2kan..perap selama 15minit..

3. Setelah adunan kembang..lenyekkan dengan penggelek..

4. Panaskan minyak..goreng sampai agak kekuningan..



Kredit Resepi :
Mazwani Mohamed

RESEPI ROTI SOSEJ CHEESE MELELEH


RESEPI ROTI SOSEJ CHEESE MELELEH

BAHAN - BAHAN

1 buku roti
1 paket sosej
1 paket cheese
3 biji telur ayam
Minyak masak


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Rebuskan semua sosej dalam 1minit. Supaya masa goreng nanti, sosej cepat masak.

2. Leperkan roti dengan pencanai. Korang kena pastikan roti ni betoi-betoi leper taw. Takut karang serap banyak sangat minyak masa goreng.

3. Letakkan cheese dan sosej kat roti yang korang leperkan tadi. Gulungkan dan gamkan dengan telur yang dah dicampur garam. Nak lagi umphh tambah lada putih ciked.

4. Celupkan roti sosej cheese dalam telur dan salut nestum keliling roti. Lagi banyak nestum, lagi sedap dan rangup.

5. Panaskan minyak dan goreng sampai kekuningan.

6. Bolehlah angkat dan toskan.



Sumber Resepi :
#ResepiCikOlie


Thursday, June 28, 2018

RESEPI ROTI JALA PALING SEDAP


RESEPI ROTI JALA PALING SEDAP

BAHAN - BAHAN

3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar 
**saya guna air dicampur sedikit santan
Sedikit pewarna kuning

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. 

2. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. 
Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

3. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

4. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah ayam masak kuzi. 

5. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak.


Kredit Resepi :
Azie Kitchen
Page FB Aneka Resepi Masakan

RESEPI TAU FU FA


RESEPI TAU FU FA


BAHAN - BAHAN

250 gram Kacang soya - rendam selama 4 jam atau lebih
1 liter air
1 sudu teh gypsum powder
1 sudu besar tepung jagung dan 1/4 cawan air panas

BAHAN AIR GULA

Rebusan air gula dan daun pandan.
 Terbaik kalau gula melaka.


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Kisar kacang soya bersama air. Perah air soya guna penapis teh tarik atau penapis yg sesuai.

2. Masak perahan soya sehingga mendidih dan biar lama sikit.

3. Bancuh tepung jagung,air dan gypsum powder. Letakkan dalam bekas.

4. Tuangkan rebusan air kacang soya tadi ke dalam bekas berisi gypsum powder. Biarkan disitu sampai sejuk. Ingat jangan sesekali cuba kacau pati soya tu dengan bancuhan gypsum powder. Biarkan dan jangan diusik-usik, takut2 nanti cair dan tak jadi.

5. Bila dah sejuk boleh pindahkan dalam peti ais. 

6. Boleh dimakan dengan air gula.



Wednesday, June 13, 2018

RESEPI BEBOLA KRISTAL KELEDEK VIRAL


RESEPI BEBOLA KRISTAL KELEDEK VIRAL


BAHAN - BAHAN

500 gram keledek oren yg direbus atau kukus
125 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Sedikit.majerin untuk garingkan dan kulit doh licin...
sedikit garam


SALUTAN

gula castor secukupnya


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Lenyek keledek waktu panas - panas dan tambahkan garam.

2. Biarkan sejuk kemudian campurkan tepung dan baking powder yg telah di ayak.uli
hingga jadi doh yang tak melekat di tangan.

3. Ambil sedikit majerin dan uli sebati.

4. Kemudian bulat - bulatkan sebesar guli hingga habis dan goreng dalam minyak yang banyak....hingga kuning keemasan.

5. Salut gula castor putih waktu panas-panas

6. Sedia dihidangkan.




Kredit Resepi : 
JJ Pau Mawar



Monday, June 11, 2018

RESEPI DONUT CHEESE


RESIPI DONAT CHEESE

BAHAN - BAHAN 

4 cwn tpung gandum
3 sudu besar merjerin
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar gula 
1/2 cwn air suam 
1/2 cwn air
1 peket mauripan
Sedikit garam
Cheese slice


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Ambil setengah cawan air suam larutkan gula , yis segera dan kacau sehingga sebati . Biarkan sampai yis mengembang dalam 20 minit .

2. Tepung gandum tadi ramas dgn marjerin , susu dan garam sampai sebati .

3. Bila yis dah mengembang . Masukkan yis tersebut ke dalam tepung tadi diselang seli dgn setengah cawan air sehingga menjadi doh yg tidak melekat di tgn.

4. Rehatkan doh dalam 30 minit , tutup doh tersebut dgn kain basah .

5. Selepas 30 minit, doh tersebut dah naik. Tumbuk doh tersebut untuk mengeluarkan angin.

6. Boleh canaikan doh tersebut, jgn tebal sangat & terlalu nipis sangat(untuk cheese saya buat dgn menekapkan menggunakan cawan minuman plastik). Kalau donut biasa saya gunakan acuan donut.

7. Sebelum menggoreng donut tersebut . Rehatkan donut itu selama 30 minit supaya ia mengembang dgn cantik .


Thursday, May 31, 2018

RESEPI BURASAK


RESEPI BURASAK

BAHAN - BAHAN
Bahan-bahan (untuk 10 orang)

Beras Wangi 1kg,
Kelapa 1 biji diparut dan ambil santannya,
garam secukup rasa.
Daun pucuk pisang berukuran A4 beberapa keping utk bungkus.
Daun pisang tua panjang lebih kurang 3 jengkal.


CARA - CARA MEMBUATNYA

1.Beras dibasuh 2 hingga 3 kali. Panaskan santan hingga mendidih. Setelah mendidih 
   api dikecilkan.

2. Masukkan garam secukup rasa. Bila santan sudah berubah warna, padamkan api. 

3. Tuang santan panas ke dalam beras sambil gaulkan, masak seperti nasi lemak.

4. Biarkan beras lembab sedikit, tapi agak merata. 

5. Lipat nasi macam lipat kuih lepat pisang, urut-urut atas bungkusan leper dan padat. 
 ** Jangn terlalu nipis atau terlalu tebal.

.

Wednesday, April 25, 2018

RESEPI BUBUR PULUT HITAM SEDAP


RESEPI BUBUR PULUT HITAM


BAHAN - BAHAN

1 1/2 cawan pulut hitam
6 cawan air, untuk merebus pulut
1/2 biji kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair)

2 helai daun pandan, carikkan dan simpul
3/4 cawan gula putih
1/2 ketul gula melaka
garam secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung


CARA - CARA MEMBUATNYA

CARA - CARA MEMASAK BUBUR HITAM

1. Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut. 

2.Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.

3.Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih.

4. Kemudian masukkan pula 1 cawan santan pekat. 

5.Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri.


CARA - CARA UNTUK KUAH SANTAN

1. Masak baki 1 cawan santan tadi di atas api yang kecil sehingga mendidih. Perlu selalu kacau supaya santan tidak berketul.

2.Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam santan. 

3.Kemudian masukkan garam secukup rasa.

Tips:

Rendam pulut hitam semalaman. Ini supaya dapat menjimatkan masa merebus. Kalau tak cukup masa, memadai rendam selama 3-4 jam, tetapi pulut perlu direbus agak lama untuk kembang dan lembut.

Kredit Resepi 
Che' Nom


Friday, April 20, 2018

RESEPI POPIA CARBONARA TERSEDAP

 

RESEPI POPIA CARBONARA TERSEDAP

BAHAN UNTUK INTI

Isi ayam (dipotong kecil / cincang )
Crab Stick (hiris bulat)
Cendawan butang (dicincang) 
Capsicum(dipotong dadu kecil) 
Sayuran (Carrot/Baby Corn/Sengkuang) 
Black pepper
Tepung gandum
Susu ( Full Cream/ Cair )
Cheese slice 3 keping
Chicken Stock
Bawang merah*
Bawang putih*
Halia* 
(* bahan ni dicincang halus) 

Sedikit Minyak
Butter
Garam n perasa jika perlu

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. panaskan minyak n butter. letak minyak sikit sbb takut butter hangus

2. kemudian tumis halia, bawang putih n merah

3. bila bwg dh layu sikit, masukkn isi aym dan cendawan. msk sekejap. msukkan juga chicken stock

4.kemudian letak tepung dlm 3 sudu. (tujuan pakai tepung utk pekatkan kuah.

5. kemudian masukkan susu. tambah air sikit dlm setengah cawan.

6. bila kuah dah agak pekat sikit,  masukkan sayur sayuran termasuk capsicum.

7.masak sekejap. letak black pepper,  garam n perasa.

8.sebelum tutup api baru sy masukkan crab stick.tujuan masukkn lambat sbb xnk die hancur sbb lama masak. 

akhir sekali gulung mcm biasa.. 

tips masa goreng: 
api jgn kecil sgt sbb kalau lama die akn kluar inti n bocor. minyak pun kotor. 

Kredit: noor liyana

Sumber Resepi
Page FB Malaysia Viral Recipe

Friday, March 16, 2018

RESEPI KUIH CEK MEK MOLEK

RESEPI KUIH CEK MEK MOLEK

BAHAN-BAHAN

1.Ubi keledek oren
2.Tepung gandum
3.Sedikit gula

Cara cara:

1. Rebus ubi keledek sampai empuk. Kemudian Lenyekkan.

2. Ubi keledek yang telah dilenyek diuli dan digaul bersama tepung gandum. Agak agak lah kelembutan adunannya. Kalau terlebih gandum, adunan menjadi keras.

3. Bentukkan kuih cek mek molek. Masukkan sesudu gula dan dibentuk membujur.

4. Goreng dalam minyak panas yang banyak dengan api perlahan agar gula hancur menjadi air gula semasa digoreng.

5. Angkat bila kekuningan. Klu admin, admin suka sira dengan gula. Korang terpulang la..

Siap!

Kredit Resepi
FB Viral Oh Viral

RESEPI LEPAT LIAT TOK MANEH 1960an

RESEPI LEPAT LIAT TOK MANEH 1960an

BAHAN - BAHAN

1. 1 Kg tepung pulut
2. 3 cawan Gula merah
3. 2 1/2 cawan gula pasir (terpulang kalau nk manis letak lebih)
4. 3 biji kelapa (perah amik santan )/ 5 cawan 
5. Sedikit garam
6. Daun pandan

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Campur gula merah, gula pasir,  santan , garam & daun pandan dan masak sehingga mendidih. Dah mendidih tutup api. Biarkan sejuk. Dah sejuk tapis.

2. Masukkan tepung dalam besen, kemudian masukkan bahan2 yg dimasak td (No 1). Kacau sampai hancur semua tepung tu.

3. Balut dalam daun pisang (daun pisang kena sapu minyak supaya x melekat) lepas tu kukus 15-20 minit.

Siap...

Selamat mencuba...

KREDIT :
Fb Resepi Viral

Thursday, March 8, 2018

RESEPI KUIH PENYARAM ATAU CUCUR JAWA

RESEPI KUIH PENYARAM ATAU CUCUR JAWA

BAHAN-BAHAN

1. Tepung gandum 1kg
2. Tepung beras 500gm
3. Gula 1kg
4. Air pandan
5. Santan 200ml
6. Air 350ml ( secukupnya )

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Gaul tepung gandum & beras letak air biar adunan jadi pekat likat.

2. Lepas tu tambah gula,santan & air pandan perlahan-lahan sehingga adunan sebati.

3.Adunan tak nak terlalu cair @ terlalu pekat..

4.Resepi  saya guna daun pandan. Jgn lupa blend dulu daun pandan & tapis ambik air pandan je.Nak letak pewarna hijau no problem.

Nak guna gula melaka pun boleh.

P/s kalau nak tepi kuih korang nampak cantik tambah la gula segenggam dua.

Selamat mencuba!

KREDIT
Fb Mrss Ct