RESEPI HOMEMADE MARSHMALLOWS
BAHAN - BAHAN
21 gm halal gelatin
1/3 cawan air
2/3 cawan gula halus (boleh kurangkan kalau tak nak manis)
1/2 cawan corn syrup/glucose syrup
1 sudu kecil esen vanila
secubit garam
pewarna (optional)
BAHAN DI AYAK
1/4 cawan tepung jagung
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan gula halus
CARA - CARA MEMBUATNYA
Masukkan gelatin dalam air...biarkan selama 5 minit
Masukkan gula dan panaskan dengan api yang kecil sampai larut,
Apabila telah larut,Padamkan api,dan pindahkan dalam bekas lain
Masukkancorn/glucose syrup,esen vanila,garam dan pewarna
Pukul bahan-bahan tersebut dengan menggunakan speed yang paling laju selama 15 minit atau betul-betul likat...
Sediakan Loyang,sapukan sedikit minyak dan taburkan tepung jagung dan gula tadi di dalam loyang
Tuang bancuhan ke dalam loyang dan biarkan mengeras selama 2 jam atau lebih
Potong menggunakan pemotong pizza atau pisau basah
Potongan marshmallow disalutkan dengan lebihan tepung jagung dan gula tadi
Biarkan betul - betul kering sebelum di simpan.
SIAP
*sebagai rujukan tutorial saya kongsikan video berikut yang menunjukkan cara membuat
Homemade marshmallow.
Homemade marshmallow.
SELAMAT MENCUBA
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
No comments:
Post a Comment