Monday, February 22, 2016

4:18 PM


RESEPI CHEESY WEDGES ALA KFC BY RESIPIBONDA


BAHAN - BAHAN POTATO WEDGES

Kentang
Garam
Pati Ayam
Tepung gandum
Serbuk Lada Hitam

BAHAN - BAHAN SOS CHEESY

3-4 sudu makan butter
250ml susu cair (boleh juga guna susu segar)
1 sudu makan tepung gandum
suku kiub pati ayam
6 keping chesse
sedikit serbuk lada hitam dan lada putih
pewarna kuning

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Rendam kentang dalam air panas selama 2 minit. Potong kentang berbentuk wedges seperti potongan kentang KFC.

2. Rebuskan kentang di dalam periuk. Sila campur garam dan pati ayam secukup rasa. Rebus sehingga empuk.

3. Keluarkan kentang dari rebusan. Untuk memastikan kentang sudah boleh dikeluarkan, gunakan garfu dan cucuk pada kentang. Kalau suku garfu dah termasuk dalam kentang, maknanya sudah boleh dikeluarkan. Tapi pastikan jangan terlalu lama supaya kentang tidak lembik.

4. Angkat dan toskan kentang yang telah direbus tadi. Biarkan sejuk seketika. Kemudian, salutkan kentang dengan tepung gandum dan lada hitam (gaulkan bersama) - tepung untuk goreng ayam pun boleh

5. Panaskan minyak dalam kuali. Minyak mestilah boleh menenggelamkan kentang-kentang itu nanti. Goreng wedges tadi dalam kuali sehingga warna agak keperangan dan angkat.

6. Sementara itu, buatkan sos cheesy pula. Panaskan butter hingga cair, masukkan susu, tepung gandum, dan kacau sentiasa sehingga tepung sebati.

7.Masukkan pula kepingan chesse, kiub pati ayam dan serbuk lada. Boleh masukkan sedikit pewarna jika anda mahu. Kacau sebati hingga masak.

8. Hidangkan potato wedges tadi dengan sos cheesy bersama dengan mayonis.


SELAMAT MENCUBA 

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


0 comments:

Post a Comment

RECOMMENDED FOR YOU