Showing posts with label Resepi Masakan Korea. Show all posts
Showing posts with label Resepi Masakan Korea. Show all posts

Tuesday, September 4, 2018

RESEPI BULGOGI @ KOREAN GRILLED BEEF


RESEPI  BULGOGI @ KOREAN GRILLED BEEF

BAHAN - BAHAN

500g daging (potong bkeping nipis)
5 ulas bawang putih (parut)
1 1/2 inci halia (parut)
1 biji bawang holland/kuning/bombay(hiris)
1sk cuka
3sb gula
4sb kicap manis
1sb sos lada hitam
1sk soya sauce
1sb minyak bijan
1sk cili flakes/serbuk cili/serbuk lada hitam
sedikit garam

BAHAN HIASAN

daun bawang(hiris pjg dlm 2cm)
bijan (sangai)

CARA - CARA MEMBUATNYA

1.Campur semua bahan dalam mangkuk kecuali daging dan bahan hiasan.kacau rata

2. Masukkan daging.kacau sampai semua daging bersalut

3. Perap 3 jam

4. Guna nonstick fry pan. Grill/bakar letak sekeping sekeping.masukkan skali bawang yg dihiris masa bakar.

5. Angkat dan hidangkan.

6. Tabur daun bawang dan bijan. Siap.

KAEDAH PILIHAN

1. Pakai nonstick fry pan.

2. Masukkan semua bahan daging dan 1/2 sos perap tu dalam fry pan.msak sampai daging msak..

3. tabur daun bawang dan bijan


Kredit Resepi:
Nurul Suhada Mazlin


Tuesday, June 12, 2018

RESEPI KIMCHI KOREA


RESEPI KIMCHI KOREA

BAHAN - BAHAN

Sebatang lobak merah
1/2 batang lobak putih
Seikat daun bawang
**bahan di atas potong dalam 2 cm 

Kobis cina
**rendam dlm air garam 2jam, basuh 3x n toskan

Sepeket serbuk cili.
2 sudu gula 
5 sudu sos ikan 
Bahan blend
Selabu bawamg putih 
Bawang besar
Halia 
1/2 biji buah lai


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Sediakan besen besar supaya senang nak gaulkan bahan-bahan

2. Masukkan bahan yang diblender bersama sepeket serbuk cili (Boleh ikut kepedasanmasing - masing ), 2 sudu besar gula dan 5 sudu besar sos ikan. Gaul sebati.

3. Tak perlu tambah garam sebab sos ikan dah masin dan kobis pon dah direndam dengan 1/4 cawan garam selama 2 jam.

4. Bila dah sebati masukkan lobak Merah, lobak putih dan daun bawang yang dah dipotong dalam 2 cm. Gaul lagi bg sebati.

5. Akhir sekali baru masukkan kobis yang telah ditoskan.gaul lagi bagi sebati dan jadilh kimchi.

6. Simpan dlm bekas bertutup tp Jgn penuh sgt. Sbb kimchi akan keluarkan gas bila diperam nnti terpelanting penutup plak.

7. Kalau nak cepat masam bolehlah peramkan kimchi dlm suhu bilik 2/3 hari.lepas tu boleh masukkan dlm peti ais utk tahan lama. Atau nk simpan terus dlm peti ais pon boleh.

8.Kimchi juga sedap dimakan dgn Maggi kari,buat nasi goreng dan stew kimchi.



Kredit Resipi: 
Hasni Hazair Hasni 


RESEPI CRUNCHY FRIED CHICKEN @ AYAM GORENG RANGUP ALA KOREA


RESEPI CRUNCHY FRIED CHICKEN @ AYAM GORENG RANGUP ALA KOREA

BAHAN PERAP
** Perap selama 5 minit

Plain Yogurt
Lada hitam secubit
Bawang putih cincang


**Goreng ayam menggunakan tepung gandum/tepung ubi kentang(best rangup!)
**Pastikan salut dengan rata ayam tu.
**Goreng ayam 2 kali untuk texture yang lebih rangup.


BAHAN SOS

2 sdu kicap cair
Setengah sudu cuka(jangan lebih nanti masam)
2 setengah sudu gula perang
1 Sudu madu
1 Sudu teh serbuk cili

**Untuk sos agak agak sedap masam manis ok.
**Lepastu gaul kan dengan ayam!

Last paling best! 
Cairkan mozarella cheese dengan susu sikit lepas tu letak atas ayam.



Pemilik Resepi: 
Wardah Humairah

Saturday, November 18, 2017

RESEPI BULGOGI @ KOREAN GRILLED BEEF

RESEPI BULGOGI @ KOREAN GRILLED BEEF

BAHAN-BAHAN

500g daging (potong bkeping nipis)
5 ulas bawang putih (parut)
1 1/2 inci halia (parut)
1 biji bawang holland/kuning/bombay(hiris)
1 sudu kecil cuka
3 sudu besar gula
4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos lada hitam
1 sudu kecil soya sauce
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu kecil cili flakes/serbuk cili/serbuk lada hitam
sedikit garam

BAHAN HIASAN

daun bawang(hiris panjang dalam 2 cm )
bijan (sangai)

CARA - CARA MEMBUATNYA

1)campur semua bahan dalam mangkuk kecuali daging dan bahan hiasan.kacau rata

2)masukkan daging.kacau sampai semua daging bersalut

3)perap 3 jam

4) guna nonstick fry pan.grill/bakar letak sekeping sekeping.masukkan skali bawang yg dihiris masa bakar.

siap!!angkat hidang..tabur daun bawang dan bijan

kaedah masak lain yg mudah n agak berkuah tapi rasanye same je.

pakai nonstick fry pan.just masukkan semua bahan daging dan 1/2 sos perap tu dlm fry pan.msak sampai dging masak..tabur daun bawang n bijan

sedap dimakan dengan nasi panas2.

Kredit resepi: Nurul Suhada Mazlin

Wednesday, September 7, 2016

RESEPI KOREAN JAJANGMYUN


RESEPI KOREAN JAJANGMYUN


BAHAN-BAHAN:

600g mie basah
100 g daging lembu
2 buah bawang bombai
1/2 buah Zukini
2 buah kentang
1 sudu besar gula pasir
4 sudu besar air sagu
2 gelas air
7 sudu besar minyak
6 sudu besar sos Jajangmyun yang disebut Chunjang


CARA MEMBUAT SOS JAJANGMYUN:

Sos jjajangmyun dibuat dari pes kacang soya hitam yang disebut chunjang yang ditambah dengan bawang merah cincang, Zukini dan daging merah atau makanan laut. 
 
Ketika memasak sos biasanya ditambah cornstarch (sejenis pati yang diperbuat daripada tepung jagung) agar sos jadi kental. 
 
Pes kacang soya (chunjang) dibuat dari kacang soya yang dipanggang (dibakar).
 
 Oleh kerana itu, jajang mengandung arti sos yang digoreng walau sebenarnya sos dimasak dengan cara direbus.

 
CARA MEMBUAT JAJANGMYUN:

Potong daging

Potong dadu bawang bombai, kentang, dan Zukini
Goreng sos Jajangmyeon dengan 6 sudu besar minyak

Panaskan kuali dengan 1 sudu besar minyak lalu goreng bawang bombai

Kemudian masukkan daging lembu, Zukini, dan kentang

Setelah bahan-bahan itu matang masukkan sos yang sudah digoreng

Aduk-aduk supaya sama rata lalu tuangkan air sagu

Setelah dididihkan selama 5 minit lagi matikan api.

Rebuslah mie lalu bilas dengan air.

Taruh mie dalam mangkuk besar dan tuangkan sos di atasnya.

Sajikan jajangmyun bersama dengan lobak masin kuning.



RESEPI KOREAN JAJANGMYUN




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my