Showing posts with label Resepi Masakan Ikan. Show all posts
Showing posts with label Resepi Masakan Ikan. Show all posts

Saturday, January 25, 2025

RESEPI GULAI TENGGIRI


 Resipi gulai tenggiri

=================


==Bahan-bahan==


1/2 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

1 inci halia

3 tbsp cili kisar

3 tangkai daun kari

1 tbsp biji sawi

Rempah kasar

5 tbsp rempah kari ikan

5 keping ikan tenggiri

Bendi

Terung

Tomato

2 asam keping

Air secukup nya

Santan rm2

Gula

Garam


== Cara-cara ==


Panaskan kuali bersama sedikit minyak, kemudian masukkan daun kari dan biji sawi. Tumis seketika


Kemudian masukkan rempah kasar, bawang besar, bawang putih dan halia yang dihiris. Tumis hingga layu.


Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.

Setelah itu, masukkan pula rempah kari ikan dan sedikit air. Tumis hingga pecah minyak.


Kemudian masukkan sedikit air, dan terung. Biar seketika. Masukkan pula bendi dan juga ikan tenggiri


Masukkan santan dan tomato. Perasakan. Gulai ikan tenggiri sedia dihidang bersama nasi panas dan ikan masin. Selamat mencuba


Kredit : seminit resepi

Friday, January 24, 2025

RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA



RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA


Bahan2nya:

==========


Ikan Siakap

Bawang putih

Bawang besar

Halia

Nenas

Lobak merah

Cili besar ➡️Kalau nak pedas tambah ciliapi😁

Sos Ikan


Tumis bahan-bahan tersebut sehingga naik bau dan masukkan garam secukup rasa serta sos ikan.


Letak asam keping dan gula secukupnya.


Angkat dan tuangkan ke atas ikan yang telah di goreng.


Psst~~ ini cara Kak Has ada orang lain cara masaknya 😁✌


➡️#menuKakHas


Kredit:tq kpd empunye resepi

RESEPI BILIS BUJANG GARING


RESEPI BILIS BUJANG GARING

Ikan bilis goreng garing
Gula 1-2 sudu
Sos tiram 1-2 sudu
Kicap

Bahan tumbuk kasar :
Cili padi
Cili merah besar
Bawang besar

Bahan hiris nipis:
Cili padi
Bawang besar

CARA MEMBUATNYA

Tumis bahan yg ditumbuk dgn minyak goreng ikan bilis...
goreng sampai naik bau 

masukkan sos tiram, kicap dan gula..goreng agak dah masak 

masukkan bahan yg hiris nipis..lps tu tutup api...dah agak sejuk baru 

masukkan ikan bilis.. gaul² sebati..siap! Senang dan sedap.
.
.
Kredit Resepi -Ku Asmidar

Friday, January 17, 2025

IKAN KUKUS SAMBAL PICIT

 


IKAN KUKUS SAMBAL PICIT 🤤🐟🌶️


Bahan-bahan :

2 ekor ikan kembung 

Sawi (sayur sesuai selera)

2 buah terong ungu 


Bahan sambal picit :

1 sdm asam Jawa (larutkan) dengan 50 ml air 

30 buah cabe rawit 

2 keping terasi bakar 

1 sdt garam

1 sdt gula

2 buah jeruk kunci/kasturi (ambil air perasannya)


Cara membuat :

1. Bakar terong, kukus sawi pahit dan ikan kembung sampai matang.

2. Masukan semua bahan sambal picit ke dalam piring kemudian picit2 dengan tangan sampai cabai pecah/hancur dan semua bahan sambal tercampur rata.

3. Sajikan sambal picit dengan terong bakar, sawi rebus dan ikan kembung kukus yang sudah di buang durinya, sajikan di dalam piring.


Semoga bermanfaat & selamat mencoba !!!


Tuesday, May 12, 2020

RESEPI KUAH STIM ALA THAI


RESEPI KUAH STIM ALA THAI


BAHAN - BAHAN

1 kiub bilis atau ayam
1 sudu sos tiram
3 sudu sos ikan
5 sudu gula putih/perang
7 ulas bawang putih ditumbuk halus
2 biji jus limau nipis
2 tangkai daun ketumbar digunting
10-20 cili padi digunting
1/2 cawan air panas

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Sediakan kuali n panaskan air

2. Gaul semua bahan di atas dalam mangkuk berasingan.

3. Tumpahkan samarata ke atas semua bahagian ikan.

4. Stim dalam 10-15 minit

**Resepi ni tak perlukan garam.

kredit Resepi :
 Nadiah Halim MAHN


Friday, February 7, 2020

RESEPI MASAK LEMAK CILI API NENAS IKAN MASIN


RESEPI MASAK LEMAK CILI API NENAS IKAN MASIN


BAHAN - BAHAN

3 ekor ikan masin sepat- di potong 2 
1/4 biji nenas – dipotong nipis
1 batang serai – dibelah dua ataupun dititik
6-8 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
1 cawan santan+1 cawan air
1 keping asam gelugor
sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk
garam


CARA - CARA MEMASAKNYA

1. Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga hancur, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.

2.Selepas itu masukkan 1 cawan santan, dan 1 cawan air, gunakan api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan nenas dan asam gelugor, setelah nenas agak layu, masukkan pula ikan masin sepat, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam.

3. Masak sehinga kuah pecah minyak dan tutup api, 

4. Sedia untuk dihidangkan panas-panas, selamat mencuba.

Nota: 
Kalau nak tukar ikan masin dan nanas kepada ayam dan nangka muda pun boleh, cara masak nya tetap sama. 



Kredit Resepi,

Page FB
Resepi masakan malayu 😍


Friday, December 27, 2019

RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI


RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI

BAHAN - BAHAN


BAHAN A

5 ulas bawang merah
3-4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1/2 tbsp belacan
Segenggam cili kering rebus
Daun kesom segenggam

BAHAN B

Ikan pari
Asam jawa
Daun kesom
Bunga kantan
Bendi
Serai
Lada hitam
Garam


CARA MEMASAKNYA
.
1. Kisar bahan A dan tumis sehingga pecah minyak.

Tips: Kisar bersama daun kesom tanpa batang untuk lebih sedap.
.
2. Setelah pecah minyak, masukkan bahan B.
.
3. Setelah ikan pari masak. Sedia dihidang.



Kredit Resepi:
 Seminit Resepi

Tuesday, November 26, 2019

RESEPI SARDIN MASAK TERUNG ASAM


RESEPI SARDIN MASAK TERUNG ASAM


BAHAN - BAHAN

 1 biji terung Asam
1 tin kecil Sardin brand smiling fish pedas
1 batang serai
Halia Dan bawang Putin


CARA - CARA MEMASAKNYA

1. Panaskan kuali. Tuang sesudu kecil minyak masak. 

2. Tumiskan serai,halia Dan bawang Putih hingga naik bau.

3. Masukkan terung asam ( dipotong sesaiz jejari). Goreng Dan Gaul terung dengan tumis sehingga garing sedikit. 

4. Tuang secawan air Dan masak hingga mendidih. 

6. Masukkan isian tin sardin tunggu hingga pekat. Tambah secukup rasa sedikit.

7. Sedia untuk dihidang.



Original resepi Dari chef  Priscillaent 


Wednesday, July 4, 2018

RESEPI KERABU BILIS


RESEPI KERABU BILIS

BAHAN - BAHAN

Ikan bilis - digoreng
1 biji lemon atau 6 biji limau kasturi - ambil jusnya
3 sudu besar sos ikan
Garam dan gula secukupnya


BAHAN HIRIS

1 biji bawang kuning
5 helai daun limau purut
5 batang kacang panjang
1 batang bunga kantan
6 biji cili padi
3 batang serai


CARA - CARA MEMBUATNYA

Satukan jus lemon, sos ikan, garam dan gula secukup rasa.

Masukkan ikan bilis dan bahan-bahan yang dihiris. 

Kacau rata. 

Siappppppp.



Kredit Resepi : 
Ibu resepi


Wednesday, June 13, 2018

RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI


RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI

BAHAN - BAHAN

1 kilo ikan pari


BAHAN KISAR

10 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 ruas jari kunyit idop
1 ruas jari halia
2 ruas jari belacan
1/2 sudu kecil lada itam 
1/2 sudu teh jintan manis serbuk
1/2 sudu teh jintan putih serbuk
1 sudu kecil halba
1 Cawan air


BAHAN HIRIS

3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
50 biji cili kering dikisar dgn secawan air
segenggam asam jawa perah ambil airnya.
Daun kesom segenggam 
Bunga kantan 2 btg
Daun limo purut 5-6 helai.
Bendi
Tomato
Terung pepel jika suka
Garam
Gula.


CARA - CARA MEMASAKNYA

1. Masuk minyak dalam periuk tumis bahan hiris, halba kemudian masukkan bahan kisar,daun limo n serai. Biar wangi baru masukkan cili kering kisar. Masak anggaran 20 minit sehingga cili garing,jgn hangit,api perlahan.

2. Tambah air asam jawa secukupnya,(air secukupnya dari perahan asam jawa) masak sampai mendidih,

3. Masuk ikan, garam dan gula secukupnya.

4. Masuk bendi.

5. Masuk daun kesom.. Masak sampai mendidih dan ikan masak elok.

6. Akhir masuk tomato, suka masuk tomato di akhir masak supaya tomato tak berapa lembek..



Monday, May 21, 2018

RESEPI SERUNDING IKAN


RESEPI SERUNDING IKAN

BAHAN - BAHAN

10kg ikan 
(Rebus n ambik isi)
1kg serai
1kg bawang besar
100gm cili kering
1kg gula
Segenggam garam
(Ikut citarasa)
Santan 1kotak kecik
Perasa 


CARA- CARA MEMBUATNYA

1. Tumbuk halus isi ikan yg dah siap rebus td..

2. Blend bawang,cili kering dan serai serta gunakan air sedikit

3. Masukkan Santan,gula,garam dan perasa..

4. Satukan semua bahan dlm kuali besar..

*kalau nak buat sikit boleh kurangkan bahan di atas

5. Masak sampai kering..

6. Gunakan ikan selayang@sardin besar n kembung.

7. Selamat mencuba..

Wednesday, February 14, 2018

RESEPI SUP IKAN MERAH SEDAP

RESEPI SUP IKAN MERAH SEDAP

BAHAN-BAHAN

1 kg ikan merah
4 cawan air
minyak utk menumis
Daun sup/daun bawang dan bawang goreng-utk taburan
Bahan tumbuk
1 sudu besar lada sulah/putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
Bahan Tumis
1 btng kayu manis, 1 kntm bnga lawang, 2 biji buah pelaga
1 ulas bwng putih-hiris
2 biji bwng merah-hiris

CARA-CARA MEMASAKNYA

1.Ikan di siang,ptng 2, cuci dan toskan.

2.Tumbuk lada putih hingga lumat dan tumbuk bhn2 yg lain sehingga lumat.

3.Panaskan minyak dan tumiskan bhn2 tumis.

4.Masukkan bahan2 tumbuk tadi dan tumis sehingga naik bau.

5.Masukkan air, biarkan mendidih.

6.masukkan ikan dan kacau rata.

7.Tambah air lagi jika perlu. Masukkan garam dan perasakan.

8.Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan angkat.

9.Letak dlm mangkuk dan taburkan bwng goreng dan daun sup/bawang. Sedia utk di hidangkan.

10.Siap!

Tuesday, December 26, 2017

RESEPI SIAKAP STIM LIMAU

RESEPI SIAKAP STIM LIMAU


BAHAN - BAHAN

 2 sudu cuka 
 1 sdk garam
Halia (dihiris) 
10-15 Cili padi (cincang kasar) 
Akar ketumbar (dicincang halus) 3 akar
Bawang putih (dicincang halus) 3 sudu besar
1 sudu teh gula
 2 sudu sos ikan
3-4 sudu air limau

CARA-CARA MEMASAKNYA

1. Cuci ikan dgn cuka dan garam. Untuk menghilangkan bau hanyir pd ikan kukus dgn halia 
(kukus selama 20 minit)

2. Buat sos dengan gula, sos ikan, jus limau, bawang putih, cili, akar ketumbar (gaul sebati)

3. Hias dengan bawang putih, limau, daun ketumbar.

Siap!


Kredit Resipi :

Sagacious Sally


Tuesday, November 28, 2017

RESEPI SARDIN POWER

RESEPI SARDIN POWER

BAHAN-BAHAN

1 tin sardin
Bawang besar potong dadu
Bawang putih hiris
Halia hiris panjang
Lada padi sebiji sebiji
Limau kasturi

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Panas kan minyak,
2. Masukkan sardin.
3. Masukkan bahan hiris ngan lada padi.
4. Perah limau kasturi.
5. Letak garam sikit.
6. Siap.

kredit: Habibah Badar Bajrai

Friday, November 3, 2017

RESEPI SIAKAP STIM LIMAU

RESEPI SIAKAP STIM LIMAU

BAHAN-BAHAN

1. 2 sudu cuka
2. 1 sdk garam
3. Halia (dihiris)
4. 10-15 Cili padi (cincang kasar)
5. Akar ketumbar (dicincang halus) 3 akar
6. Bawang putih (dicincang halus) 3 sudu besar
7. 1 sudu teh gula
8. 2 sudu sos ikan
9. 3-4 sudu air limau

CARA-CARA MEMASAKNYA

1. Cuci ikan dgn cuka dan garam. Untuk menghilangkan bau hanyir pd ikan kukus dgn halia
(kukus selama 20 minit)

2. Buat sos dengan gula, sos ikan, jus limau, bawang putih, cili, akar ketumbar (gaul sebati)

3. Hias dengan bawang putih, limau, daun ketumbar.

Siap!

Credit : Sagacious Sally

Tuesday, September 20, 2016

RESEPI IKAN PARI ASAM PEDAS JOHOR .


RESEPI IKAN PARI ASAM PEDAS JOHOR
.
BAHAN - BAHAN
.
● 1/2 kg ikan pari
● 10-15 biji cili kering (dikisar)
● 2 ulas bawang merah (dikisar)
● 2 ulas bawang putih (dikisar)
● sedikit belacan (dikisar)
● 1 batang serai (dititik)
● 1 btg bunga kantan
● sedikit daun kesum
● 1 sudu lada hitam (ditumbuk )
● 1 sudu jintan manis (ditumbuk)
● 1 mangkuk air asam jawa
● garam, gula & perasa
● minyak untuk menumis
.
 
CARA - CARA MEMASAKNYA .
1. Cili kering hendaklah direndam dalam air panas selama 10-15 minit, kemudian dibersihkan dan dikisar.
.
2. Kemudian kisar pula Bawang merah, bawang putih dan belacan. Panas minyak dan tumis Bawang merah yang dikisar bersama bawang putih dan belacan kacau sehingga bawang kekuningan.
.
3. Masukkan cili yang telah dikisar. Kacau sebentar masukkan serai, lada hitam dan jintan manis, biarkan sehingga pecah minyak.
.
4. Setelah pecah minyak bolehlah dimasukkan air asam jawa. Biarkan sehingga mendidih kemudian boleh la dimasukkan ikan pari, bunga kantan dan daun kesum.
.
5. Akhir sekali perasakan dengan garam, sedikit gula dan serbuk perasa mengikut selera masing-masing.
.
6. Biarkan sebentar sehingga kuah agak pekat. Masak sehingga ikan masak.
.




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my