RESEPI MASAK LEMAK CILI API NENAS IKAN MASIN
BAHAN - BAHAN
3 ekor ikan masin sepat- di potong 2
1/4 biji nenas – dipotong nipis
1 batang serai – dibelah dua ataupun dititik
6-8 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
1 cawan santan+1 cawan air
1 keping asam gelugor
sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk
garam
CARA - CARA MEMASAKNYA
1. Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga hancur, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.
2.Selepas itu masukkan 1 cawan santan, dan 1 cawan air, gunakan api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan nenas dan asam gelugor, setelah nenas agak layu, masukkan pula ikan masin sepat, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam.
3. Masak sehinga kuah pecah minyak dan tutup api,
4. Sedia untuk dihidangkan panas-panas, selamat mencuba.
Nota:
Kalau nak tukar ikan masin dan nanas kepada ayam dan nangka muda pun boleh, cara masak nya tetap sama.
Kredit Resepi,
Page FB
Resepi masakan malayu 😍
No comments:
Post a Comment