Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

Monday, December 16, 2024

RESEPI PANKCAKE COMFIRM JADI ALA MCD


 RESEPI PANKCAKE COMFIRM JADI ALA MCD


Bahan-bahan:


1 cawan tepung gandum

2 sudu baking powder

1 cawan susu segar

3 sudu gula

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil esen vanilla

1 biji telur

2 sudu butter


Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan dalam bekas dan pukul sebati. Paling mudah masukkan dalam blender je.

2. Panaskan kuali non-stick dengan api yang perlahan. Sendukkan adunan tadi ke dalam kuali non-stick dan biar sampai dia berlubang-lubang sepenuhnya dan balikkan. Siap!

Boleh dapat dalam 6-7 keping pancake.


Kredit: Khairul Abdullah

Thursday, June 28, 2018

RESEPI BAKSO ASLI INDONESIA


RESEPI BAKSO ASLI INDONESIA

BAHAN - BAHAN

Mee Hoon 1 bungkus (400 gm) / soon
Taugeh
Kobis dihiris halus
Sayur Sawi
Tauhu goreng
Bawang goreng


KUAH BAKSO

3 biji bawang merah dihiris
* 3 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*1sudu kecil lada sulah biji
1 batang serai diketuk
1 sudu besar pati daging / pati ayam
sedikit serbuk lada sulah
garam dan perasa

CARA - CARA MEMBUATNYA

Tumbuk bahan bertanda *. 
Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. 
Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. 
Masukkan sekali serai.
Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.


BEBOLA DAGING

400 gm daging cincang
2 biji bawang merah diracik halus
2 biji bawang putih diracik halus
2 sudu besar telur (1/2 biji)
1 sudu kecil tepung ubi / tepung jagung
sedikit serbuk lada sulah dan garam

CARA MEMBUATNYA

Sementara menunggu kuah mendidih,
 gaul semua bahan utk membuat bebola daging.
Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. 
Siap membentukkan masukkan ke dalm kuah tadi,
biar mendidih. 
Kuah siap apabila bebola tadi timbul. 


CARA - CARA MENYEDIAKAN BAKSO

Rendam bee hoon dan celur,
 kemudian tapis.
 Hidang bee hoon,
taugeh dan bahan  - bahan yang lain 
Tuang kuah dgn bebola. 


tips:
**Boleh juga guna mee lain.
** Lazimnya Bakso dihidangkan dengan menyediakan sekali
Kicap Masin,
Kicap Pekat Manis,
Sambal Cili ( Cabe rawet )
dan juga Cuka/ Limau.
**Sesuaikan rasanya mengikut cutarasa masing masing.


Friday, May 20, 2016

RESEPI DAGING GORENG TUMBUK MASAK PADANG


RESEPI DAGING GORENG TUMBUK MASAK PADANG


BAHAN - BAHAN

600g daging
15 tangkai cili kering,
2 ulas bawang putih,
2 labu bawang besar
Sedikit belacan
Sedikit air asam jawa
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Ajinamoto (secukup rasa)
1/2 cawan kicap pekat manis
Minyak masak (secukupnya)
 

CARA - CARA MEMASAKNYA

1. Daging dipotong nipis dan diperap dengan kicap pekat selama 10 minit.

2. Cili kering, belacan, bawang besar dan bawang putih di kisar atau ditumbuk tapi jangan terlalu halus.

3. Daging yang telah diperap tadi digoreng dalam minyak yang panas sehingga garing.

4. Kemudian daging itu ditumbuk sekeping- sekeping supaya menjadi lembut.

5. Minyak bekas goreng daging tadi boleh digunakan untuk menumis.

6. Tumiskan bahan- bahan yang telah dikisar atau ditumbuk tadi sehingga pecah minyak dan naik bau. 

7.Kemudian masukkan air asam jawa, gula, garam dan serbuk perasa (ajinamoto). Masukkan pula, daging yang telah siap ditumbuk tadi. Masak dengan api yang sederhana.

8. Apabila semuanya sebati bolehlah diangkat dan dihidangkan.






AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

Monday, February 22, 2016

RESEPI SAMBAL CILI HIJAU MASAKAN PADANG


RESEPI SAMBAL CILI HIJAU MASAKAN PADANG

BAHAN - BAHAN

250 gram Cili hijau besar, buang tangkainya
50 gram Cili padi hijau *Sekiranya suka pedas
4 Ulas bawang merah
2 Ulas bawang putih
2 Biji tomato hijau
3 sendok teh minyak goreng, untuk menggoreng
½ Sudu teh air limau nipis
Gula pasir secukupnya
Garam secukupnya


CARA - CARA MEMBUATNYA
Potong Cili Hijau dan Cili Padi Hijau
Kukus Cili hijau dan Cili Padi hijau bersama dengan bawang merah, tomato hijau, dan bawang putih lebih kurang 5 ke 10 minit. Angkat
Jika bahan - bahan sudah lembut, tumbuk bahan yang dikukus secara kasar.
*Boleh menggunakan lesung dan tidak terlalu lumat.
Panaskan minyak goreng dan tumis semua bahan yang ditumbuk sehingga sebati dan berbau harum

Tambahkan gula, air limau nipis dan garam pada tumisan dan kacau rata
Setelah masak,hidangkan dengan nasi panas dan lauk yang lain.


Selamat Mencuba

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my