Showing posts with label Resepi Ala Chinese. Show all posts
Showing posts with label Resepi Ala Chinese. Show all posts

Sunday, June 27, 2021

RESEPI CHEE CHEONG FAN UDANG


 RESEPI CHEE CHEONG FAN UDANG

BAHAN - BAHAN

1 Cawan Tepung Beras
1/2 Cawan Tepung Jagung
1/2 Sudu Kecil Garam
3 Cawan Air


BAHAN - BAHAN KUAHNYA

1 Cawan Air
3 Sudu Besar Kicap Cair
1 1/2 Sudu Besar Gula


BAHAN PERHIASAN

Bijan,
Daun Bawang,
Bawang Goreng,
Sambal Udang


CARA CARA MEMBUATNYA

1. Campur semua bahan utama dan kacau sehingga sebati dan sediakan untuk dikukus.

2. Sediakan tray dan sapukan sedikit minyak  untuk mengelakkan melekat ketika mengukus.

3. Letakkan Tray dalam pengukus dan pastikan kedudukan tray seimbang supaya adunan tepung akan merata semasa proses mengukus nanti.

3. Panaskan pengukus.

4. Bila pengukus telah panas. Letakkan sedikit adunan tepung ke dalam tray dan ratakan. **buat senipis mungkin.

5. Boleh letakkan udang - udang kecil ke atas adunan yang telah diratakan. dan tutup pengukus.

6. Kukus selama kira - kira 1 Minit 30 saat dan pastikan udang telah masak.

6. Angkat tray dan buang air lebihan jika ada.

7. Cedok dan gulungkann secara perlahan termasuk udang tadi dan potong mengikut saiz yang anda suka.

8. Masukkan kuah yang secukupnya.

9. Hiaskan dengan sedikit bijan, potongan daun bawang, sedikit bawang goreng,
 dan untuk menambah rasa boleh letakkan sambal udang.

10. Sedia untuk dinikmati.


Kredit Resepi
Li Yow & Siti.


Wednesday, June 2, 2021

RESEPI MEE KARI CHINESE STYLE

RESEPI MEE KARI CHINESE STYLE

BAHAN - BAHAN

1 bungkus mee - celur
2 biji bwg besar - kisar
3 ulas bwg putih - kisar
2 biji bawang merah - kisar
2 batang serai - diketuk
2 bungkus kecil serbuk kari daging sya guna rempah cap O sedap.
1 mangkuk kecil cili kisar
l/2 ekor ayam (potong kecil)
1 mangkuk besar santan fresh
Tauhu kering
Fish cake / Fish Ball

HIASAN

Telur rebus
Taugeh - celur
Sawi - celur
Sambal 
Limau Nipis.
Kacang Panjang celur


CARA - CARA MEMBUATNYA


CARA MEMBUAT SAMBAL

1. Segengam cili kering kemudian Rebus sekejap, 

2. bila dah masak @ kembang, blend bersama 1 biji bwg besar 

3. kemudian tumis sampai pecah minyak, 

4. taruh garam dan secubit gula.


CARA MENYEDIAKAN KUAH

1. Panaskan periuk taruh minyak dan goreng serai sebentar...

2. kemudian Masukkan bahan kisar Masak hingga wangi, 

3. bila dah wangi agak keperangan, Masukkan rempah kari yang telah di campur 1 mangkuk kecil cili kisar, 

4. Masak sampai terbit minyak.

5. Kemudian masukkan ayam dan kacau sebati sehingga ayam separuh masak 

6. Pastu masukkan santan. (sukatan santan agak² jer, ikut selera nak kuah pekat atau cair),
 taruh santan pekat fresh lebih kurang 1 mangkuk besar dan asam keping..

7. Biar kuah mendidih.. Perasakan garam dan gula utk seimbangkan rasa., kalau nak, boleh tambah ajinomoto masukan sekali... 

8. Tambahkan tauhu kering, fish cake dan fish ball. 

9. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap ke dalam tauhu kering .

10. Okey dah siap...bismillah! 



Kredit Resepi : 
#Cikpuanjulieta
#Masakkankasihbonda


Friday, May 25, 2018

RESEPI KUEY TEOW GORENG BASAH


RESEPI KUEY TEOW GORENG BASAH

BAHAN BAHAN

1 Bungkus Kueytiaw
Udang/ Kerang / Ayam
1 Biji Telur
2 biji bawang merah (dihiris)
4 ulas bawang putih (diketuk)
2 biji cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis
2 Cawan Air
Segenggam Taugeh
Sedikit hirisan daun kucai
Garam / pati ayam.


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Tumiskan 2 biji bawang merah (dihiris), 4 ulas bawang putih (diketuk) dan 2 biji cili

2. Apabila tumisan sudah garing sikit, masukkan 2 sudu cili boh,Tumiskan Seketika.

3.  Kemudian masukkan 2 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar sos cili dan 3 sudu besar kicap manis

4. Masukkan udang dan kerang ( nak letak ayam/daging pun boleh)

5. Masukkan 2 cawan air

6. Masak sehingga mendidih, kemudian masukkan 1 biji telur (dipukul sedikit dengan garfu)

7. Masukkan 1 bungkus kuey teow,Segenggam taugeh dan Sedikit hirisan daun kucai

8. Perasakan dengan garam & serbuk/kiub pati ayam secukup rasa

9. Kacau rata, siap!


Kredit Resepi 
Raffieyusoff via ibu resepi


Monday, May 21, 2018

RESEPI DIMSUM



RESEPI DIMSUM

BAHAN - BAHAN

Isi ayam
Isi udang
Cendawan shitake
Lobak merah
Tepung jagung
Telor
Minyak bijan

 *Isi ayam dan udang boleh hancurkan menggunakan food processor. 
kalau takde, boleh tumbuk atau cincang je sampai hancur.


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Isi ayam dan udang yang telah dihancurkan.
Tepung jagung 2 sudu besar.
Lobak merah yang telah disagat.
Cendawan shitake yang telah dicincang halus.
Sebiji telor
Sedikit minyak bijan
Sedikit garam
Gaul semua bahan hingga sebati

p/s : ada orang suka letak daun bawang.tapi saya tak letak.nanti anak tak suke
(Bahan yang telah digaul sebati)

2. Letakkan inti di tengah pastry.
Basahkan keliling pastry dengan air.tujuan untuk lekatkan pastry

3. Siap satu dimsum 

4. Untuk dimsum kukus.Kukus dalam 3@4 minit Sampai pastry tu jadi warna jernih.

5. Untuk dimsum goreng Goreng api perlahan sampai garing.

6.Untuk dimsum goreng cicah dengan sos thai. Sedapppp


Kredit Resepi :
Salimah Olie



Friday, December 15, 2017

RESEPI CHAR KUE TEOW MUDAH DAN SEDAP

RESEPI CHAR KUE TEOW MUDAH DAN SEDAP

BAHAN2:

200 g kue teow - satu mangkuk kecik
2 sudu makan cili kisar - suka pedas blh tambah
Kerang
Udang
Sotong
taugeh dan kucai
2 biji telur (admin suka telor lebih)
4 sudu besar paste char kuey teow

CARA-CARA MEMASAKNYA

1. Tumis cili kisar hingga garing. Masukkan 5 sudu besar paste

2. Masukkan kerang, udang dan sotong.

3. Kemudian masukkkan 1/2 cawan air. Bila kuah mendidih barulah masukkan kuey teow, kucai dan taugeh.

4. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah di angkat. Jgn sampai kering

Selamat mencuba

Credit : Marr Tanti #mahn

Tuesday, November 14, 2017

RESEPI KUEY TEOW KUNGFU

RESEPI KUEY TEOW KUNGFU

BAHAN A:

500 gm kuey teow
5 biji telur [ dipukul]
sedikit tepung jagung
minyak untuk goreng kuey teow

BAHAN B:

100 gm udang basah [buangkan kulit]
150 gm ayam [dihiris]
1 biji panjang fish cake [potong nipis]
3 ulas bawang putih [dicincang]
100 gm brokoli [dipotong]
100 gm bunga kobis [dipotong]
100 gm carrot [potong kecil dan panjang]
5 tangkai baby corn
3 sudu besar minyak utk menumis
2 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 cawan air rebusan ayam- saya guna 1 kiub ayam dan bancuh bersama 1 cwn air
2 s/b sos tiram
1 s/b lada sulah
garam dan sedikit gula

CARA-CARA MEMBUATNYA.

1.Panaskan minyak dan goreng telur dan mee dalam kuantiti sikit [satu portion untuk 1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan.

2. Saya pukul telur dan gaul bersama kuey teow dan taburkan sedikit tepung jagung.(BAHAN A)

3.Panaskan minyak dan goreng kuey teow sehingga agak garing, terbalikkan dan angkat...ketepikan.

4.Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.

5.Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.

6.Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.

7.Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.

8.Tuang kuah ke atas mee dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.

Wednesday, November 1, 2017

RESIPI BOTOK PETAI CINA

RESIPI BOTOK PETAI CINA

Bawang putih,
Bawang merah,
Sedikit belacan,
Ketumbar 1 sudu teh
Kemiri 5 biji (nk lebihkan lagi sedap),
Cili padi (ikut suke kalau nk pedas lebihkan)
Daun limau purut (5 lembar)

*Blend kesemuanya

Petai cina
Udang,
Ikan bilis jepun,
Tauhu,
Kelapa muda parut,

*Gaul kesemuanya perasakan dgn garam secukup rasa

*Bungkus ikut suke~ kukus selama 30minit dah siap

Selamat Mencuba