Monday, February 22, 2016

RESEPI LAKSA SARAWAK


RESEPI LAKSA SARAWAK


RESIPI PES LAKSA SARAWAK
  
BAHAN - BAHAN
 ( anggaran 200 gm )

8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
10-12 tangkai cili kering*
1 inci lengkuas*
1 sk ketumbar
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
3 biji buah keras*
2-3 batang serai*
1 inci belacan bakar*
1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
sedikit garam
sedikit minyak utk menumis
 

CARA - CARA MEMBUATNYA

Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.

Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan 
dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan baha-bahan bertanda *.

Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. 

Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.

Simpan di dalam bekas yang bertutup.
Masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.


RESIPI SAMBAL UDANG KERING

BAHAN - BAHAN

6 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
sedikit belacan bakar (dikisar)
segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya
sedikit air asam jawa
garam dan gula

 
CARA - CARA MEMBUATNYA

Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak.

Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa.

 Kacau hingga pekat.

 
RESIPI LAKSA SARAWAK

BAHAN - BAHAN

6-8 orang makan

200 g pes atau perencah laksa

isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
1/2 kilo udang basah
1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
2 batang serai (diketuk)
200-250 ml santan pekat
garam dan gula secukup rasa
taugeh (dicelur)
sedikit daun ketumbar (diracik)
limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
 

CARA - CARA MEMBUATNYA

Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. 

Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai.  
Rebus hingga udang masak.
 Kemudian toskan udang. 

Air rebusan tadi jangan dibuang.
 Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. 

Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.

Masukkan mihun ke dalam mangkuk,
letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur.

 Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. 
Hidangkan panas-panas.
Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering.
 


SELAMAT MENCUBA

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


No comments:

Post a Comment