Tuesday, February 23, 2016

RESEPI SOTO KANGKONG BY KERJADARIRUMAH


RESEPI SOTO KANGKONG BY KERJADARIRUMAH


BAHAN-BAHAN:

200gm sotong  | direbus dan tos
1 ikat kangkung | dicelur
Kacang goreng secukupnya | disangai dan ditumbuk kasar
Bijan secukupnya | disangai


BAHAN SOS:

4 sudu makan cili kisar
1 keping gula kabung
(gula merah / gula apong juga boleh digunakan)
Gula secukup rasa
2 sudu makan kuah rojak
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan tepung jagung | dibancuh dengan air
¼ sudu makan cuka
250ml air


CARA MEMASAK:

1. Untuk membuat sos, didihkan gula kabung bersama air sehingga larut. Tapis dan masukkan ke dalam periuk.

2. Kemudian masukkan kesemua bahan kecuali bancuhan tepung jagung. Kacau rata dan biarkan mendidih.

3. Setelah itu masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sos. Tutup api dan ketepikan.

4. Satukan sotong yang telah dipotong kecil bersama kangkung di dalam bekas.

5. Akhir sekali, tuangkan sos dan taburkan kacang tumbuk dan bijan.

6. Sedia dimakan.





SELAMAT MENCUBA
www.azlanrumadi.blogspot.my


No comments:

Post a Comment