Monday, February 22, 2016

RESEPI NASI AYAM PENYET ENAK DAN SEDAP


PENGENALAN DAN ASAL - USUL NASI AYAM PENYET

Menu Nasi Ayam penyet semakin hari semakin mendapat tempat restoran - restoran dan kedai - kedai makan disetiap pelusuk negeri.Makanan yang berasal dari Jawa timur Indonesia ini kian mendapat sambutan di kebanyakan tempat yang terkenal dengan keenakan sambal dan ayamnya yang mengandungi rahsia rempah yang sangat sedap.

Satu Nasi Ayam Penyet kebiasaannya dihidangkan dengan Nasi,Ayam ( goreng atau panggang ) Sambal,tempe dan pelbagai jenis ulaman.

Istilah Penyet itu berasal dari bahasa jawa yang membawa maksud lumat.Jika di amati kesemua bahannya ditumbuk lumat termasuk termasuk dengan ayamnya sekali bagi melembutkan isi ayam dan mudah untuk dinikmati.

Hidangan ini juga dikatakan bermula di Surabaya iaitu ibukota Jiwa Timur dan antara Menu ayam penyet yang sangat popular adalah Ayam Penyet Suroboyo.

Sehingga kini Menu Nasi ayam penyet berjaya menembusi pasaran seantero nusantara yang menjadi pilihan orang ramai.Menu ini juga terkenal dengan kepedasan sambalnya.

Seterusnya juga, saya mencari maklumat tentang masakan nasi ayam penyet ini sehingga saya menemukan satu resepi mudah,enak dan sedap dari satu sumber.resepi - resepi nya adalah seperti berikut.



                             RESEPI NASI AYAM PENYET


RESEPI  UNTUK AYAM PENYET
BAHAN - BAHAN 

1 ekor ayam
       *dipotong ikut kesesuaian.
       *direbus sehingga empuk bersama dengan seketul kiub pati ayam
       *Setelah empuk,angkat dan toskan.
       * Air rebusan ayam digunakan untuk memasak nasi dan membuat sup ayam.

1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
3 sudu besar ketumbar
       *sangai atau di goreng dalam kuali tanpa minyak hingga harum


1 sudu besar serbuk kari ayam atau daging 
1 sudu besar kunyit serbuk
1/2 sudu besar serbuk lada putih
3 ulas bawang putih
1 cm halia
sedikit air untuk mengisar
1 sudu teh garam
Minyak untuk mengoreng
1/2 cawan tepung beras
1 biji telur


CARA - CARA MEMERAP AYAM

Sangai dahulu jintan manis, jintan putih dan ketumbar hingga naik harum.

Masukkan bahan yang di sangai bersama serbuk kari, serbuk kunyit, serbuk lada putih, halia, bawang putih dan garam. 

Tambahkan sedikit air dan kisar hingga halus. 

Bila dah halus, lumurkan bahan pada ayam yang direbus tadi

Perap ayam ini sekurangnya 3 hingga 4 jam dan untuk hasil yang lebih enak 
perapkan ayam semalaman sebelum di goreng. 

  * Lebihan bahan perapan boleh dilumurkan ke dalam tempe,tauhu dan perapkan sekali bersama ayam dalam bekas yang berlainan. 


CARA - CARA MEMASAK AYAM

Ayam yang telah diperap bersama dengan tempe dan tauhu dicampurkan dengan tepung beras dan telur.

Tambahkan sedikit garam atau kurang mengikut citarasa.

Celupkan ayam serta tempe dan tauhu ke dalam tepung beras dan telur.

Goreng dalam minyak yang penuh / terendam.

Hampas dalam bahan perapan juga digoreng sekali untuk dihidangkan bersama ayam nanti.

*sebelum menggoreng ayam anda dicadangkan untuk menggoreng tauhu dan tempe terlebih dahulu.


RESEPI UNTUK NASI

BAHAN - BAHAN

3 cawan beras *dicuci dan toskan
3 ulas bawang putih* dihiris
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji pelaga
sedikit butter
secubit garam
6 cawan air rebusan ayam ~ sukatan air ni bergantung pada beras yang anda gunakan.
1 helai daun pandan di simpul


CARA - CARA MEMBUATNYA

Cairkan butter

Tumiskan bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga , bunga lawang dan daun pandan Sehingga harum

Masukkan beras dan masak sebentar 3 hingga 5 minit

Kemudian baru masukkan air rebusan ayam

Tambahlan sedikit garam atau kiub pati ayam mengikut citarasa

Masak nasi seperti biasa sehingga masak.

  

RESEPI UNTUK SUP AYAM

BAHAN - BAHAN
Baki air rebusan ayam
1 bungkus sup bunjut
1 batang serai ~ di titik
1 inc halia ~ dihiris
daun sup dan daun bawang ~ di hiris
Bawang goreng ~ untuk hiasan

 CARA - CARA MEMBUATNYA

Baki air rebusan ayam tadi separuh kita buat masak nasi dan separuh lagi kita buat sup
Panaskan semula atas dapur .Tambahkan serai, halia dan sup bunjut
Masak hingga didih .Tambahkan garam / kiub pati ayam mengikut citarasa

Taburkan daun sup dan daun bawang

*Cadangan untuk menabur bawang goreng dan sedikit lada ke dalam sup.


RESEPI SAMBAL AYAM PENYET

BAHAN - BAHAN

10 tangkai cili padi
10 tangkai cili merah
          * bilangan cili boleh dikurangkan mengikut kepedasan masing - masing

10 biji bawang merah dibelah 4
3 biji bawang putih *dihiris
5 biji tomato ~ dibelah 4
5 cm belacan bakar
2 sudu makan ikan bilis
3 sudu besar gula merah atau secukupnya
sedikit minyak untuk menumis
Limau nipis atau limau kasturi


CARA - CARA MEMBUATNYA

Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan

Dengan minyak yang sama gorengkan pula cili merah, cili padi, bawang merah dan tomato sehingga sedikit layu
Sejukkan bahan - bahan tadi kemudian masukan kesemua bahan goreng tadi bersama belacan bakar dalam mesin kisar dan kisar sehingga lumat.

Panaskan semula baki minyak untuk mengoreng tadi.Tumiskan bahan yang kita dah kisar tadi hingga harum
Tambahkan garam dan gula merah mengikut citarasa
Siap untuk dihidangkan.

* Perahkan limau semasa dihidangkan.



NOTA TAMBAHAN

* Ayam penyet juga boleh dipanggang selain dari digoreng.Ayam yang telah diperap dipanggang dengan sambal yang telah dibuat untuk memastikan isi ayam sebati dengan sambal. 

*Kebiasannya ayam adalah bahan yang terakhir disiapkan untuk hidangan bagi memastikan ayam masih panas semasa dihidangkan.

*Ayam yang telah masak dilenyek atau dipenyek - penyek dengan sambal sebelum dihidangkan.sambal yang selebihnya diperahkan limau untuk dihidang bersama ulam - ulaman

*Anda boleh menambahkan sayuran ulaman lain seperti sayur kobis dan pucuk ubi serta pelbagai ulaman mengikut selera anda.

*Sesetengah tempat merebus sayur terlebih dahulu sebelum dihidangkan bersama ayam dan nasi.

*Tempe dan tauhu yang telah diperap digoreng sebelum dihidangkan

 *Hidangkan Nasi,Ayam penyet dan Sup dan Sambal yang panas - panas untuk keenakannya.





SELAMAT MENCUBA 
DAN
SE;AMAT MENJAMU SELERA



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

 .




No comments:

Post a Comment