Sunday, July 4, 2021

11:23 PM

RESEPI POPIA CARBONARA


BAHAN -  BAHAN

2 biji bawang putih
3 biji bawang merah
1 paket isi ketam
1 tin cendawan
1 cawan ayam
1/2 lobak merah
1 botol sos Prego carbonara atau 2 tin sos Prego,
 (yang ini lebih sedap berbanding dalam botol)
Garam
Gula
Perasa
1 sudu besar minyak masak


CARA - CARA MEMBUATNYA

1.Semua bahan dipotong dadu.

2.Tumis bawang putih, bawang merah bersama minyak masak je.

3. Masukkan isi ayam, sos Prego, isi ketam, cendawan, dan lobak merah.

4. Perasakan dengan garam, gula, dan perasa. Masak hingga pekat. Sejukkan dalam peti ais, kemudian baru boleh menggulung.

5. Ambil sehelai kulit popia, letakkan inti tapi jangan letak banyak sangat supaya kulit popia akan menjadi cantik.

6. Kemudian gulungkan. Gam menggunakan bancuhan tepung gandum dan sedikit air di hujung popia.

7. Goreng dalam minyak panas pada api perlahan. Popia akan cantik apabila digoreng. 

8. Siap.


Kredit resepi:
 Ida Zaida


0 comments:

Post a Comment

RECOMMENDED FOR YOU