Sunday, July 4, 2021

RESEPI KEK COKLAT KUKUS SUKATAN CAWAN

RESEPI KEK COKLAT KUKUS SUKATAN CAWAN

BAHAN - BAHAN

1 cawan tepung gandum
1 cawan minyak
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
2 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
1 sudu essence vanila


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Campur minyak, serbuk koko dan tepung gandum dan kacau sampai sebati menggunakan guna whisk atau senduk. 

2. Kemudian masuk kan Baking soda dan juga baking powder. Kacau lagi.

3. Seterusnya masuk kan susu cair dan juga essence vanila dan teruskan kacau supaya sebati.

4. Selepas sebati dan adunan tidak berketul, masuk kan pula telur, susu pekat dan juga gula dan kacau lagi sehingga betul-betul sebati. 

4. Dengan menggunakan bekas plastik dadih yang bersaiz kecil dan untuk satu adunan kek kukus ni boleh dapat dalam 17 bekas.

5. Tuang adunan hanya separuh atau suku sahaja kalau nak letak topping. Kek ni akan kembang dengan jayanya.

6. Tutup bekas plastik dengan penutup dia masa kukus dalam pengukus.

7. Kukus kek dalam anggaran 20 minit. 

Siap.

Kredit Resepi :
 Rodiah amir


No comments:

Post a Comment