Monday, June 11, 2018

RESEPI BROWNIES COOKIES


RESEPI BROWNIES COOKIES

BAHAN - BAHAN

185gm dark choc - Berlys
40gm buttercup 
95gm gula icing boleh kurang kalau tak suka manis
50gm tepung gandum
Telur 2 biji 'B - pastikan baru *penting 


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Cairkan coklat tadi kaedah double boil

2. Bila telah larut masukkan butter dan kacau keduanya hingga larut * Angkat dan biarkan suam seketika

3.Sementara coklat sejuk dengan pantas putar telur guna hand mixer sehingga nampak buih buih sedikit dan masukkan gula icing dan putar sebentar 

4. Campurkan adunan telur kedalam adunan coklat tadi (pastikan adunan coklat ianya berkeadaan suam yang nak hampir ke-sejuk)

5. Masukkan tepung dan kaup balik adunan coklat + telur itu.

6. Kaup balik dengan kasih sayang yea bukan di putar di godek ikut syok ..just lemah lembut sahaja..

7. Siap dan masuk kedalam piping bag.

8. Panaskan oven 

9. Atas parchment paper atau silicon mat pipe kan adunan coklat tadi sebesar duit 20sen lama 😊 hingga habis dan boleh la nak di hias dengan badam atau kekacang lain atau plain sahaja.

10. Bakar api atas bawah dengan suhu 190-200' ikut oven masing masing selama 15min/20min

11.  Untuk dapatkan cookies berkeadaan chewy just bakar dalam 10-15min kalau nak garing dalam  
       15-20 min.



Kredit Resepi :
Syida Hana


No comments:

Post a Comment