Friday, June 8, 2018

9:04 AM

RESEPI BISKUT MAMA CAREY

BAHAN BISKUT

200 gm mentega
100 gm gula Kastor
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen Vanilla

BAHAN DI AYAK

260 gm tepung red rose atau tepung gandum
50 gm tepung jagung
50 gm susu tepung


CARA MEMBUATNYA

1. Pukul mentega dan gula hingga sebati.

2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan terus memukul. 

3. Masukkan bahan yang telah di ayak sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan

4. Masukkan doh dalam beg plastik kedap udara dan simpan dalam peti ais selama 15 minit

5. Panaskan oven pada suhu 150 C

6. Sediakan loyang pembakar dan oleskan dengan sedikit butter ~ ketepikan

7. Keluarkan doh dari peti ais dan canai di atas 2 lapik plastik supaya ia tidak melekat-lekat

8. Terap dengan acuan pilihan

9. Susun di atas dulang pembakar

10. Bakar dalam oven dengan suhu 150 C selama 10 minit ~ setengah masak

11. Kemudian biarkan ia sejuk. 


ISING 

BAHAN

1 biji putih telur
1 sudu besar tepung jagung
90 gm gula icing


CARA MEMBUATNYA

1. Pukul putih telur hingga kembang

2. Masukkan gula icing dan tepung jagung dan terus pukul dengan speed laju hingga adunan likat

3. Masukkan adunan dalam piping bag.


KEMASAN AKHIR

1. Paipkan icing atas biskut tadi

2.. Untuk lorekan atas biskut ~ celupkan lidi kecil di dalam coklat emulco dan lorekkan dengan corak pilihan

3.. Atau boleh juga taburkan manik gula untuk hiasan

4.. Bakar semula biskut dalam oven pada suhu 150C selama 10 minit lagi

5.. Sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara


Tips
**untuk dapatkan icing yang putih, biskut yang di bakar pertama sebelum kita letak icing tu bakar sampai masak atau 3/4 masak
**Lepas letak icing bakar sekejap aje.. sampai icing keras sahaja lepas tu dah boleh angkat.. sebab kalau lama dalam oven takut icing kuning.
** Pastikan suhu oven terjaga.



Kredit Resepi : 
Wa Fatiwa via mahn



0 comments:

Post a Comment

RECOMMENDED FOR YOU