RESEPI KEK BUAH KUKUS MOIST
BAHAN GULA HANGUS
750g gula pasir
1/2 cwn air sejuk
500g butter
BAHAN UNTUK DI AYAK
600g tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil cream of tartar
1/2 sudu kecil serbuk buah pala
BAHAN - BAHAN LAIN
7 biji telur gred B
500g buah campuran
2 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil esen ros
1 sudu kecil oren sunquick
CARA - CARA MEMBUATNYA
1. Untuk buat karamel masukkan gula ke dalam kuali dan biar dia cair. Api kecil yer sbb takut hangus. Bila dah cair masukkan air sejuk dan kacau cepat cepat.
2. Masukkan butter. Dah cair masukkan buah campuran. Biar hingga mendidih. Jgn dikacau terlalu kerap. Tutup api dan biarkan sejuk sedikit.
3. Masukkan bahan2 yang diayak sedikit demi sedikit. Kacau rata jer.
4. Pukul telur bersama esen dan jus sunquick. Masukkan dalam adunan. Kacau bagi sebati. Jgn kacau lama2 takut buah mendap.
5. Bolehlah dikukus. Balut bekas dengan aluminium foil dan balut penutup dengan kain. Takut masuk air. Air kukusan kena panaskan dulu. Dah mendidih baru kukus. Saya kukus selama 4 1/2 jam. Nak kukus 2 1/2 jam boleh 6 jam pun boleh. Makin lama dikukus makin moist.
Kredit Resepi:
Edayu Kamaruzaman
No comments:
Post a Comment