Friday, June 8, 2018

RESEPI KEK BUAH KUKUS


RESEPI KEK BUAH KUKUS

BAHAN - BAHAN

500g mix fruit
3 biji telur 
1sk esen vanilla 
1sk pes oren/sunquick

BAHAN CARAMEL

300gm gula pasir
50ml air panas
250g butter

BAHAN TEPUNG

350g tepung gandum
1sk baking powder 
1sk soda bikarbonat
1sk krim of tatar
(ayak semua bahan di atas) 


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Cairkan gula dan masukkan air panas utk jadikan caramel atau gula hangus. 

2. Kemudian masukkan butter. Terus kacau sampai cair dgn api kecil sahaja. 

3. Bila bahan-bahan caramel dah cair dan gula larut, dengan api kecil masukkan buah-buahan campuran tadi. 

4. Kacau sebati & masukkan tepung  sedikit demi sediki & kacau lagi hingga sebati kemudian matikan api. 

5. Telur,Vanilla dan oren/ Sunquick diblend atau pukul semua bahan hingga telur kembang berbuih kemudian masukkan dalam adunan caramel dan bahan tepung tadi. 

6. Tak perlu tunggu adunan tu sejuk. Kacau sebati. 

7. Panaskan kukus dan kukus 2 jam pertama dgn api sederhana dan 2 jam akhir dgn api kecil. 




Kredit Resepi :
Ammar Affendy #mahn


No comments:

Post a Comment