Thursday, June 7, 2018

8:38 AM

RESEPI KEK KISMIS BERMALAM


BAHAN - BAHAN

450gram mentega
10biji telur 
1/2 tin gula halus
1tin susu pekat manis
1/2-kg kismis hitam
1/2kg kismis campuran
2kotak red date
100gram ceri merah
100gram ceri hijau
3tin 1/2 tepung hongkong @tepung gandum
1sudu teh baking powder
1sudu besar esen vanilla


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Pukul gula&mentega sampai kembang.

2. Masukan telur satu persatu.pukul sebati.

3. Masukan susu pekat& esen vanilla .pukul lagi sampai sebati.

4. Masukan ceri merah,ceri hijau,kismis hitam,kismis campuran & red date. Gaul sebati guna senduk. **Bagi mengelakan buah mendap atau turun,kena letak buah dulu sebelum letak tepung.

5. Baru masukkan tepung &baking powder, gaul sebati guna senduk sahaja.

6. Masukan kedalam loyang 10x10'. Tutup dgn aluminium foil.

7. Perap semalaman pada suhu bilik. Baru kukus selama 4 jam.

8. Bagi mendapatkan keratan kek yang kemas & cantik, sejukkan dulu kek didalam peti sejuk semalaman. In shaa Allah,kek jadi cantik ,kemas&cantik bila dipotong.

9. Sukatan bahan menggunakan tin susu pekat saiz rendah (339gram) ,guna tin tersebut untuk sukat bahan bahan.

10. Red Date biasanya susah dicari di kedai mahupun di bakery. Kalau tak letak pun takpe. 




Kredit Resepi :
Eiyjarnazieanangah

0 comments:

Post a Comment

RECOMMENDED FOR YOU