Thursday, November 9, 2017

2:00 PM

RESEPI CHEESY WEDGES ALA KFC

BAHAN-BAHAN

4 biji kentang – Kalau tak nak kupas kulit pun tak mengapa. Tapi, pastikan ianya dibasuh bersih ya.
Mixed herbs
Lada sulah
Garam
Tepung jagung (boleh juga guna tepung goreng serbaguna Bestari)
cheezy-wedges-3

CARA-CARA

1. Potong Kentang

Pertama sekali, potongkan kentang dalam bentuk wedges.

2. Kukus

Kemudian, kukuskan kentang supaya agak-agak lembut. Lebih kurang dalam 5-7 minit.

3. Gaulkan Mixed Herbs

Selepas dikukus, keluarkan dan letak dalam mangkuk. Tabur mixed herbs, lada sulah dan garam. Ini jenama yang saya gunakan. Nak gunakan jenama lain pun boleh.

Gaulkan biar sebati.

4. Taburkan Tepung Jagung

Seterusnya, taburkan pula tepung jagung. Gaul sebati.

5. Goreng

Goreng tenggelam dalam minyak hingga kekuningan dan garing. Apabila siap, bolehlah dihidang bersama sos cili atau sos cheesy.

Di bawah ini adalah cara membuat sos cheesy homemade.

CARA BUAT SOS CHEESY HOMEMADE

Berikut adalah bahan dan cara membuat sos cheesy homemade yang boleh anda cuba.

BAHAN-BAHAN

3-4 sudu makan mentega / marjerin
250ml susu segar / susu cair
1 sudu makan tepung gandum yang diayak
1 kiub pati ayam
6 keping keju biasa
sedikit serbuk lada hitam & lada putih
sedikit pewarna kuning (optional)

CARA-CARA

1. Panaskan Bahan

Mula-mula, cairkan mentega. Kemudian masukkan susu dan tepung gandum. Kacau sehingga tepung sebati.

2. Masukkan Kepingan Keju

Masukkan pula kepingan keju, kiub pati ayam dan serbuk lada. Kacau sebati hingga masak.

Pewarna kuning boleh ditambah untuk menaikkan warnanya.

3. Siap

Pastikan sos tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Agak-agak dah sesuai, boleh tutup apinya dan terus dihidang bersama kentang wedges tadi. Tambah mayonis pun sedap.

* Kalau nak lagi mudah, gunakan terus serbuk cheese segera. Cuma ambil 3 sudu besar serbuk ini dan bancuh dengan air panas. Kacau-kacau hingga ia menjadi sos.

selamat mencuba!

0 comments:

Post a Comment

RECOMMENDED FOR YOU