RESEPI PUDING ROTI KUKUS BERKUAH SOS KASTARD
PUDING ROTI KUKUS
BAHAN- BAHAN
5 keping roti gardenia ( roti lain pun boleh la )
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
1 tin susu cair
2 sudu butter
Kismis ( beli je 1 kotak kecil )
CARA- CARANYA :
1.Masukkan telur, gula, esen vanila ke dalam satu bekas, mixer sampai sekata / kembang (nak guna blender pun boleh)
2.Masukkan susu cair, kacau sekata.
3.Ambil roti, sapukan butter depan dan belakang (kalau nak carik-carikkan pun boleh ya!) susun dalam loyang.
4.Tuang ke semua adunan ke atas roti dalam loyang, dan tabur kismis.
5.Kukus selama 20-25 minit.
SOS KASTARD
BAHAN-BAHAN
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
1 tin susu cair
1 sudu kecik esen vanila.
CARA-CARA MEMBUATNYA
1.Masukkan semua bahan di atas, masak atas api perlahan, kacau sampai masak.
pastikan di kacau untuk mengelakkan ianya berketul.
Credit to Fb Page
Resepi masakan malayu
No comments:
Post a Comment