Monday, November 20, 2017

10:37 AM

RESEPI KEK KUKUS PANDAN

BAHAN-BAHAN

1 cawan gula-
3 bji telur- }mix sampai gebuh & putih
1 sudu besar ovelatte -
1/2 cawan minyak masak }
1/2 cawan susu cair }jangan di lebihkan
Pewarna hijau separuh tutup
Perisa pandan 1 penutup besar }blh ditukar kepada perisa strawberry , vanilla dan warna
2 cawan tepung gandum
1 st baking powder

-PASTIKAN SUKATAN MINYAK & SUSU CAIR TIDAK LEBIH.

CARA-CARA:

1.Mixer gula,telur,ovelatte sampai gebuh &bewarna putih.

2.Masukkan minyak,susu cair,pewarna hijau & perisa pandan.

3.Mixer sampai sebati.

4.Masukkan tepung dan baking powder dan mixer sekejap tapi jangan lama.

5.Stop mixer dan kaup balik bahan tadi.

PERINGATAN:JANGAN LETAK SODA BIKARBONAT.
Kukus kek 30 minit dgn api sederhana & pastikan air mendidih sebelum mengukus.Tutup kepala pengukus dengan kain (balut)

CREAM CHEESE LELEH

1.Cream cheese Tatura 250 gram.
2.Susu cair suku cawan
3.Susu pekat manis setengah cawan.
(ikut manis sendiri)
4.Mixer semua sampai gebu.

-Selepas kek masak ,tunggu kek betul2 sejuk.Untuk layer , kek dengan cheese, keluarkan kek dari loyang letak dalam pinggan potong @ belah tengah dan letak cream cheese.Letak semula kek yg dipotong tadi dan letak cream cheese & ratakan.
-Parut cheddar cheese atas kek..

Kredit Resepi : ezzah nurafiqah

0 comments:

Post a Comment

RECOMMENDED FOR YOU