Monday, October 30, 2017

RESEPI CHURROS SEDAP LAZAT

RESEPI CHURROS SEDAP LAZAT

BAHAN-BAHAN ( 2-3 org )

• 1 cawan air
• 1 sudu makan gula
• 1 1/4 cawan tepung gandum ( boleh campurkan serbuk cinnamon sekiranya suka )
• 1 biji telur – size L
• 1/2 sudu kecil garam
• 1 sudu makan butter

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.  Didihkan air, garam, butter dan juga gula. Kecilkan api.

2. Masukkan tepung. Kacau cepat2 agar tepung tidak berketul kemudian angkat dari api (adunan akan melekat-lekat)

3. Terus masukkan telur dan kacau sebati.

4.Bulatkan adunan kepada doh kecil-kecil dan masukkan ke dalam acuan  (boleh gunakan nozzle bentuk bintang dan masukkan ke dalam piping bag)

5. Tekan acuan dan biarkan doh keluar sepanjang 2-3 inci kemudian potong dengan menggunakan gunting.

6. Panaskan api dan goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.

7.  Taburkan gula+cinnamon  atau terus saja celup ke dalam coklat cair. Nyumm !!

Mudah saja kan !! Selamat Mencuba.

Sumber Fb
Resepi Memikat Suami

No comments:

Post a Comment