Sunday, June 19, 2016

3:04 PM

RESEPI SERUNDING DAGING

BAHAN - BAHAN

1kg daging | direbus hingga empuk dan disiat
1 liter santan
20 biji cili kering | dikisar
2 biji bawang besar | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
3 cm lengkuas | dikisar
2.5 cm halia | dikisar
5 batang serai | dikisar
100gm serbuk ketumbar
100gm serbuk jintan manis
Jus asam jawa secukupnya
50gm kerisik
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
 
CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Rebus daging sehingga empuk, kemudian disiat halus.

2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar bersama serbuk jintan manis dan ketumbar sehingga pecah minyak.

3. Selepas itu masukkan santan dan daging. Kacau di atas api perlahan sehingga rata.

4. Bila sudah agak pekat, masukkan kerisik, gula dan garam secukup rasa. Gaul hingga sebati sehingga kering.

5. Angkat dan sedia dihidangkan.




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

 

0 comments:

Post a Comment

RECOMMENDED FOR YOU