Wednesday, June 22, 2016

RESIPI RENDANG DAGING CILI HIJAU


RESIPI RENDANG DAGING CILI HIJAU

 
BAHAN - BAHAN

1 kg daging batang pinang
250 ml santan
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula melaka
2 keping asam gelugor
2 btng serai-di ketuk
2 helai daun kunyit- buang urat dan hiris halus
1/2 cwn minyak utk menumis
sedikit air jika perlu

Bahan Kisar
4 batang serai-hiris halus
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
30 biji cili padi hijau
5 tangkai cili hijau
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih

 
CARA - CARA MEMASAKNYA

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar hingga naik bau. 
 Masukkan serai yg di ketuk.
Kemudian masukkan daging dan kacau hingga rata.
 Masukkan sedikit air dan biarkan daging sedikit empuk. Guna api sederhana je masa ni.
Selepas itu masukkan santan, kerisik,asam gelugor,gula melaka dan garam secukup rasa.
Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masaklah hingga pekat. Masukkan daun kunyit.
Bila cukup kering, bolehlah diangkat.
Sedia untuk dihidangkan. 
Sedap di makan bersama nasi impit dan pulut kuning.

**Kalau guna daging biasa, mestilah direbus dahulu hingga empuk, kemudian toskan airnya dan bolehlah di masak seperti biasa.




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


 

No comments:

Post a Comment