🌸RESEPI KEK NOT
--------------------------------------------
Bahan- bahan:
-----------------------
6 biji telor ayam gred A
16oz mentega 454g
1 gelas gula 200g
2 gelas tepong gendom 300g
1/4 gelas tepong gendom (untuk melumor buah-buahan)75g
2 sudu kecik esen vanila
4 tahil lengak (di aruk kekuningan) 150g
1/2 kati gajus (di aruk sekejap) 250g
1/2 kati kacang hong kong 250g
1/2 kati buah badam (di hiris) 250g
1/2 kati buah kurma (dihiris) 250g
1/2 kati kismis kuning 250g
1/2 kati manisan kuning (di hiris) 250g
1/2 kati manisan limau (kulitnya sahaja)250g
1 bungkus manisan keranji (masam manis)
1 bungkus ceri merah (di hiris)
1 bungkus ceri hijau (di hiris)
4 keping buah kasmak (di hiris)
1 kotak buah red date bidara (di hiris)
Cara-Cara:
-----------------
Alas loyang 10"10" dgn kertas minyak.
Pukol mentega bersama gula hingga kembang. Kemudian masokkan telor satu persatu hingga habis. Pukol lagi hingga rata. Masokkan esen. Lepas itu, masokkan 2 gelas tepong. Kuar lagi.Bila sebati, barulah masokkan kacang-kacang. Kuar rata. akhir sekali, masukkan buah-buahan yg telah di lumor dengan 1/4 tepong ke dalan adunan.. ini bagi mengelakkan buah mendap di permukaan kek. Masokkan adunan ke dalam loyang. Kukus sehingga masak.
kukus selama 4 jam
Selamat mencoba.
#resepkeksarawak
#kuekukus
No comments:
Post a Comment