RESEPI SPICY SALTED EGG CORNFLAKES
Bahan2:
1 kotak cornflakes 500g
1 paket serbuk salted egg ( 150g )
10 sudu butter ( buttercup pun boleh )
Daun kari ( 5 - 6 tangkai ) nak lebih pn boleh
5 - 6 biji cili padi merah ( nak pedas lg boleh lebihkan lagi )
3 -4 sudu gula
Cara2:
- cairkan butter. Sy pakai suku butter je. Jangan sikit sangat. Nanti tak boleh salut cornflakes.
- masukkan daun kari sehingga garing
- masukkan cili padi
- masukkan gula
- masukkan serbuk salted egg
- last sekali masukkan cornflakes dan gaul rata
- lepas dah rata, bakar kejap dalam oven/air fryer. Sy pakai air fryer 7 minit, suhu 180c.
- bagi sejuk kejap then dah boleh masuk dalam bekas. Boleh lah buat kudap2 tengok tv.
.
Kredit : Dalila Amli
No comments:
Post a Comment