RESEPI CHOCOLATE BROWNIES KEDUT
BAHAN - BAHAN
400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko
CARA - CARA MEMBUATNYA
Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil.
Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.
Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.
Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak.
Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.
Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika
dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan.
Kemudian gaul rata.
Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.
Panaskan Oven selama 15 minit awal dengan
suhu 160 C
Bakar adunan dalam ketuhar selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar
masing-masing.
Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit
Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
No comments:
Post a Comment