RESEPI NASI AYAM PALING SEDAP
AYAM GORENG
BAHAN - BAHAN
1 ekor ayam
2 inci halia
4 ulas bawang putih
5-6 ulas bawang merah
BAHAN PERAP
1 sudu besar sos tiram
1-2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis
1-2 sudu besar madu
1 sudu besar minyak bijan
CARA - CARA MEMBUATNYA
1. Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit. Ini cuma anggaran. Kalau belum cukup kerana saiz ayam besar, boleh tambah.
2. Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Lumur rata dan gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam.
3. Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam. Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak. Setelah ayam masak angkat dan gantung untuk toskan minyak. Potong ayam dan hidang.
Nota:
Potong Ayam setelah digoreng atau dipanggang . Potong 2 atau potong 4 sahaja.
NASI AYAM
BAHAN - BAHAN
2 sudu besar mentega - tak guna
Ketulan lemak ayam - panaskan dan ambil minyak ayam - saya tambah
5 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
2 inci halia - tumbuk
2 helai daun pandan
1 helai daun salam (bay leave)
1/4 cawan susu full cream
1/2 - 1 kiub serbuk pati ayam
1 sudu kecil garam
Secubit gula
Rempah penumis - 3 bunga lawang, 4 buah pelaga, 2 kulit kayu manis
CARA - CARA MEMBUATNYA
1. Basuh beras wangi, tos dan masukkan ke dalam rice cooker.
2. Di dalam kuali masukkan mentega (saya guna minyak ayam), tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam.
3. Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk pati ayam dan secubit gula.
4. Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa. Sukatan air ikut sukatan untuk jenis beras masing masing.
5. Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.
SAMBAL CILI
BAHAN - BAHAN
5 tangkai cili padi merah siam - saya guna cili merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia - saya tambah
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1 sudu kecil gula atau secukup rasa
1/2 cawan air rebusan ayam - saya tambah
Sos tomota - opsyenal saya tambah
CARA - CARA MEMBUATNYA
1. Blend cili padi merah siam dengan halia dan bawang putih.
2. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa.
3. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.
KUAH SUP
BAHAN - BAHAN
Jeruk kubis
Garam
Serbuk pati ayam
Daun bawang - tabur
Bawang putih goreng - tabur
** Separuh air rebusan ayam dimasak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan serbuk pati ayam.
**Tabur potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.
SAMBAL KICAP
**Air kicap lebihan perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih.
Sesuaikan rasa garam dan gula.
Angkat.
Kredit Resepi :
Azie Kitchen
Resepi masakan malayu
No comments:
Post a Comment