Thursday, May 31, 2018

RESEPI MEE RACUN


RESEPI MEE RACUN

BAHAN - BAHAN

600g mee kuning 
1/2kg tulang kambing gearbox yang telah direbus 
20 tangkai cili kering (dikisar) 
5 biji bawang merah (dikisar) 
3 biji bawang putih(dikisar) 
Minyak masak 
5 sudu sos tomato 
5 sudu sos cili 
1 sudu serbuk lada sulah 
1 sudu serbuk lada hitam 
1 sudu gula 
1 biji telur dadar (digulung dipotong kasar) 
1 biji kentang (dipotong wedges dan digoreng) 
50gm sayur sawi 
50gm kubis panjang (dihiris) 
Garam


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.

2. Masukkan sos cili, sos tomato, lada sulah dan lada hitam. 

3. Masukkan air rebusan tulang tadi. 

4. Masukkan telur dadar, kentang dan sayur 

5. Masukkan garam dan gula secukup rasa 

6. Masukkan mee dan gaul rata 

7. Boleh hias dengan taburan daun bawang

8. Siap!


Kredit resepi
 iCookAsia, 
Resepi try MASAK


RESEPI RENDANG UDANG GALAH


RESEPI RENDANG UDANG GALAH

BAHAN - BAHAN

1 kg udang galah(sederhana besar)
50 gram serbuk kunyit
100 gram bawang merah
30 gram bawang putih (dikisar)
50 gram buah keras (dikisar)
2 batang serai (dikisar)
30 gram halia (dikisar)
20 gram lengkuas (dikisar)
20 gram kunyit hidup (dikisar)
10 gram cili giling
2 biji santan pekat
50 ml air asam jawa
3 helai daun kunyit (dihiris halus)
Minyak secukupnya


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Bersihkan udang dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit. 

2. Salai di atas bara api sehingga udang masak. Ketepikan.

3. Kemudian, tumis bahan-bahan kisar bersama dengan cili giling. Biarkan sehingga terbit minyak dan masukkan santan pekat dan air asam jawa.

4. Reneh sehingga kuah menjadi pekat. 

5. Masukkan udang yang telah disalai tadi bersama garam secukup rasa. Kacau sehingga rata.

6. Akhir sekali, taburkan hirisan daun kunyit dan hidangkan.


Kredit Resepi :
 Cik Cikputeh Puteh


RESEPI SAMBAL TEMPOYAK PETAI IKAN BILIS


RESEPI SAMBAL TEMPOYAK PETAI IKAN BILIS

BAHAN - BAHAN 

Ikan bilis (ikut berapa banyak nak buat)
Cili padi
Petai 
Bawang merah
Tempoyak
Garam & perasa

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Ikan bilis, bawang merah, cili api ditumbuk separa lumat.

2. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk

3. Bila Tumisan agak garing , masukkan petai (buang kulit)

4  Masukkan tempoyak 

5. Kacaukan. Masuk garam atau perasa.Sekiranya terlalu pekat.Masukkan sedikit air.



Kredit Resipi 
Fini via Resepi Bonda



RESEPI KUIH BADAK BERENDAM


RESEPI KUIH BADAK BERENDAM

BAHAN - BAHAN

BAHAN DOH

3 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan air jus pandan 
(air + 4-5 helai daun pandan..blender..tapiskan)
Sedikit pewarna hijau.

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Tuang air jus pandan perlahan - lahan ke dalam tepung pulut. Gaulkan sebati. uli - ulikan jadikan doh.

2. Bulatkan doh (besar ikut suka) kesemuanya.

3. Kemudian leperkan doh. Isikan inti kelapa atau inti ikut suka.bulatkan semula

4. Rebus macam kita buat kuih buah melaka/onde-onde. Angkat dan jirus sekejap bawah air paip.Toskan airnya.


BAHAN - INTI

1 biji kelapa parut putih
1/2 cawan gula merah
1 ketul gula melaka
1 1/2 cawan air
3 helai daun pandan
Secubit garam
1 sudu besar tepung gandum

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Masak gula merah, gula melaka , air hingga larut..tapiskan

2. Air gula tadi masak bersama kelapa parut putih.

3. Agak-agak nak kering. letak tepung gandum.gaul sebati


BAHAN  DADIH

5 cawan santan sederhana pekat
8 sudu makan tepung beras
8 sudu tepung gandum
2 helai daun pandan..simpulkan
Sedikit garam

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Sebatikan bahan diatas (akak blender)..

2. Masak hingga naik wap.sentiasa dikacau-kacau agar tidak berketul

3. Kacau sampai sedikit likat yang secukupnya.


CARA - CARA MENYEDIAKAN

1. Tuang dadih dalam bekas yang sesuai. Masukkan doh yang direbus tadi.

2. Sedia untuk dihidang




Kredit Resepi : 
Zura Zul via mahn

RESEPI BURASAK


RESEPI BURASAK

BAHAN - BAHAN
Bahan-bahan (untuk 10 orang)

Beras Wangi 1kg,
Kelapa 1 biji diparut dan ambil santannya,
garam secukup rasa.
Daun pucuk pisang berukuran A4 beberapa keping utk bungkus.
Daun pisang tua panjang lebih kurang 3 jengkal.


CARA - CARA MEMBUATNYA

1.Beras dibasuh 2 hingga 3 kali. Panaskan santan hingga mendidih. Setelah mendidih 
   api dikecilkan.

2. Masukkan garam secukup rasa. Bila santan sudah berubah warna, padamkan api. 

3. Tuang santan panas ke dalam beras sambil gaulkan, masak seperti nasi lemak.

4. Biarkan beras lembab sedikit, tapi agak merata. 

5. Lipat nasi macam lipat kuih lepat pisang, urut-urut atas bungkusan leper dan padat. 
 ** Jangn terlalu nipis atau terlalu tebal.

.

RESEPI KEK OREN


RESEPI KEK OREN


BAHAN - BAHAN

170 gm butter
115 gm gula halus@gula kastor
3 biji telur gred A
160 gm tpg gandum
1sudu kecil baking powder
kulit oren(1 biji diparut)
8 sudu besar jus oren(diperah) ATAU
4 sudu besar jus sunquick


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Ayak tpg gandum bersama b. powder(ketepikan)

2. Putar gula bersama butter smp kembang

3. Masukkan telur satu persatu

4. Masukkan tepung sikit demi sedikit

5. Last sekali masukkan jus oren bersama parutan kulit oren kacau2 rata(guna spatula)

6. Panaskan oven 160@170 bakar selama 1jam (guna api atas bwh)



Kredit Resepi :
Zaimah Zakaria (


RESEPI KEK LAPIS KUSINERO CINTA


RESEPI KEK LAPIS KUSINERO CINTA

BAHAN-BAHAN

16OZ mentega
360gm tepung hongkong (boleh juga guna tepung biasa)
12 biji telur (gred B)
3/4 susu manis
1 gelas gula halus
1 tin srikaya (tin besar)
2 sudu teh vanila
1 peket kecik Oreo(dibuang krim dan ditumbuk@dblend sedang halus)
1 gelas nestum (ori)
7 sudu makan Horlick
1 ketul cheese tartura
Pewarna pink Dan oren


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Pukul telur dan gula hingga kembang.

2. Mentega dan susu manis dipukul sebati kemudian masukkan srikaya dan vanila. Gaul rata 

3. Masukkan ke dalam bahan telur tadi dan gaul rata sekali lagi

4. Last masukkan tepung hongkong.

5. Bahagikan kepada 3:

Plain - cheese tartura + Oreo
Oren - horlick
Pink - Nestum (Nak kisar pun boleh tak nak pun boleh) 

6. Kukus berlapis-lapis mengikut turutan kaler yang anda suka

Tips:
Pastikan pengukus dipanaskan terlebih dahulu sebelum mengukus.
Lapisan pertama dikukus pada 5-7 mnit jika menggunakn periuk kukus.
Lapisan terakhir dikukus selama 30 minit atau sehingga masak.



RESEPI SAMBAL IKAN BILIS LAUK NASI LEMAK


RESEPI SAMBAL IKAN BILIS LAUK NASI LEMAK

BAHAN - BAHAN

250 gram ikan bilis
1 kg minyak masak - guna separuh dan ditambah sedikit sedikit
160 gram cili kering - rebus dan kisar
1-2 keping gula Melaka
Gula secukupnya
Garam
2 keping asam keping - atau secukup rasa
1 kiub pati ikan bilis
Sedikit aji no moto - jika suka
2 helai daun pandan
2 biji bawang besar Holland - hiris

BAHAN KISAR

1 kg bawang merah
100 gram/15 ulas bawang putih


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan minyak yang agak banyak sesuai dengan bahan yang hendak ditumis. 
Tips: mesti tumis sampai bawang yang dikisar hingga betul betul masak. 

2. Bila bawang masak, ia akan memberi bau wangi. 

3. Masukkan ikan bilis sekali dengan bawang supaya ianya perisa dan sebati.

4. Boleh masukkan asam keping ketika ini, supaya rasanya lebih sebati dan lagi power. 

5. Masukkan daun pandan.



Kredit Resepi 
: Azie Kitchen

RESEPI NASI AYAM PALING SEDAP


RESEPI NASI AYAM PALING SEDAP


AYAM GORENG

BAHAN - BAHAN

1 ekor ayam
2 inci halia
4 ulas bawang putih
5-6 ulas bawang merah

BAHAN PERAP

1 sudu besar sos tiram
1-2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis
1-2 sudu besar madu
1 sudu besar minyak bijan

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit. Ini cuma anggaran. Kalau belum cukup kerana saiz ayam besar, boleh tambah.

2. Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Lumur rata dan gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam.

3. Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam. Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak. Setelah ayam masak angkat dan gantung untuk toskan minyak. Potong ayam dan hidang.

Nota:
Potong Ayam setelah digoreng atau dipanggang . Potong 2 atau potong 4 sahaja. 



NASI AYAM

BAHAN - BAHAN

2 sudu besar mentega - tak guna
Ketulan lemak ayam - panaskan dan ambil minyak ayam - saya tambah
5 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
2 inci halia - tumbuk
2 helai daun pandan
1 helai daun salam (bay leave)
1/4 cawan susu full cream
1/2 - 1 kiub serbuk pati ayam
1 sudu kecil garam
Secubit gula
Rempah penumis - 3 bunga lawang, 4 buah pelaga, 2 kulit kayu manis


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Basuh beras wangi, tos dan masukkan ke dalam rice cooker. 

2. Di dalam kuali masukkan mentega (saya guna minyak ayam), tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam. 

3. Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk pati ayam dan secubit gula. 

4. Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa. Sukatan air ikut sukatan untuk jenis beras masing masing.

5. Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.


SAMBAL CILI

BAHAN - BAHAN

5 tangkai cili padi merah siam - saya guna cili merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia - saya tambah
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil garam atau secukup rasa 
1 sudu kecil gula atau secukup rasa
1/2 cawan air rebusan ayam - saya tambah
Sos tomota - opsyenal saya tambah

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Blend cili padi merah siam dengan halia dan bawang putih. 

2. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. 

3. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.  


KUAH SUP

BAHAN - BAHAN

Jeruk kubis
Garam
Serbuk pati ayam
Daun bawang - tabur
Bawang putih goreng - tabur

** Separuh air rebusan ayam dimasak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan serbuk pati ayam.
**Tabur potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.


SAMBAL KICAP


**Air kicap lebihan perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih.  
Sesuaikan rasa garam dan gula.
 Angkat.

Kredit Resepi : 
 Azie Kitchen
Resepi masakan malayu

RESEPI BISKUT FLORENTINE


RESEPI BISKUT FLORENTINE 

BAHAN - BAHAN

500gm tepung florentine 
500gm almond slice-bakar kejap 5m
200gm biji labu hijau-bakar kejap 5m
100gm kuaci putih-bakar kejap 5m
40gm bijan hitam / putih  - bakar kejap 5 minit

**Suhu bakar kekacang dlm 150c -160c


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Campur semua dan gaul rata.

2. Masuk dalam bekas cup cake lebih mudah nk keluarkan.

3) Bakar suhu 150c ..guna api atas bawah selama 15m @ hingga perang .

4) Dah siap bakar tunggu agak sejuk,baru keluarkan.

5) Bila dah agak sejuk kita akan dengar bunyi kriuk - kriuk dan  masa itu dah boleh keluarkan, Jgn masa panas kerana biskut akan pecah.



Kredit Resepi :
Jamiah Tulisman
Page FB Resepi viral terbaik


RESEPI KERABU MANGGA


RESEPI KERABU MANGGA


BAHAN -BAHAN

Mangga 1/2 biji 
1 biji bwng besar 
1 biji lada merah besar
5/6 biji cili api hijau 
2 btg bunga kantan 
Sedikit karot buat Cantik2 je.(hiris halus2)
2 sudu kcg tanah kisar 
2 sudu udang kering kisar 
Sedkit garam dan gula 


CARA - CARA MEMBUATNYA

Masukan dalam satu bekas. 

Gaul sebati kesemuanya secukup rasa.



Kredit Resepi :
 Hajah Zainab Bt Mawan via mahn


RESEPI SAMBAL DAGING DENDENG BERHANTU


RESEPI SAMBAL DAGING DENDENG BERHANTU


BAHAN - BAHAN

(A)
Daging lembu - 1/2kg
Kicap lemak manis

(B)
Halia - Besar ibu jari je (hiris)
Bawang besar - 1 biji (half hiris nipis, half guna untuk blend dengan cili kering)
Bawang kecil - 5-6 biji (half tumbuk, half guna untuk blend dengan cili)
Cili kering - 7-8 biji (Saya guna yang pedas tu amik sikit je.)
Cili boh - 3 sudu besar
Sos cili - 3-4 sudu besar
Gula dan Garam secukup rasa
Asam jawa - 1 sudu kecil (Saya guna pes je)


CARA - CARA MEMBUATNYA

PENYEDIAAN DAGING

1. Rebus daging sampai lembut.
2. Hiris daging senipis boleh.
3. Tumbuk daging dengan batu lesung biar nipis lagi asal jangan sampai hancur.
4. Lumur daging dengan kicap sekata.
5. Goreng daging dalam minyak yang dah dipanaskan sampai garing.
Daging tadi memang akan jadi hitam legam rangup. Sedaaaappp! 😜


CARA MEMASAKNYA

1. Blend cili kerig dengan half bawang besar dan half jumlah bawang merah kecil.
2. Tumbuk half bawang kecil lagi skali ngan halia.
3. Guna minyak gorengan daging tadi je, tapi buang lah sket minyak tu untuk cukup cukup je buat tumis bahan sambal. Kang banyak sangat minyak berenang pulak daging uolls dalam minyak tu.
4. Masukkan bahan menumis, bawang ngan cili kering yang dah blend, bawang ngan halia yang dah tumbuk, cili boh, sos cili dan asam jawa.
5. Tumis sampai kering.
6. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
7. Dah nak kering sambal baru masukkan daging tadi. Gaul sampai sambal kering lagi.



Sumber Resepi :
 FB fatin nabila AH.



RESEPI AYAM GORENG PEDAS ALA KOREA


RESEPI AYAM GORENG PEDAS ALA KOREA

BAHAN A

1 ekor ayam - di potong
1/2 cawan tepung kentang - boleh ganti ngan tepung jagung
1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 biji telur
1 sudu besar bijan (sangai tanpa minyak)


BAHAN SOS

1 sudu besar minyak
4 ulas bawang putih
1/4 cawan hot pepper paste (sy pakai cili kisar jer)
1/3 cawan corn syrup
1/3 cawan sos tomato
1 sudu besar cuka


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Ayam digaul bersama garam dan lada hitam, perap selama 30 minit.

2. Kemudian masukkan bahan2 lain dari Bahan A dan gaul rata bersama ayam hingga ayam bersalut rata

3. Panaskan minyak, dan goreng ayam secara deep fried selama 10 minit.

4. Keluarkan ayam, rehatkan selama 10 minit, dan kemudian, goreng sekali lagi selama 10 minit. (sy goreng sekali jer)

5. Dalam bekas yang lain, bolehlah sediakan sos.

6. Masukkan 1 sudu besar minyak, tumis bersama bawang putih yang dicincang.

7. Kemudian masukkan hot pepper paste, madu, sos tomato dan cuka.

8. Biarkan sehingga sos agak pekat dan sebati.

9. Masukkan ayam yang digoreng tadi kedalam kuali sos dan gaul rata.

10. Taburkan bijan dan sedia untuk dihidangkan.



Wednesday, May 30, 2018

RESEPI KUIH LAPIS MELAYU PALING SEDAP


RESEPI KUIH LAPIS MELAYU PALING SEDAP

BAHAN - BAHAN

2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan  tepung jagung
1 cawan gula pasir
4 cawan santan (1 cwn santan pekat campurkan bersama 3 cwn air)
1/4 sudu teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.

2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.

3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 1200ml bater) bahagi kepada 600 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.

4. Masukkan loyang yang telah di sapu sedikit minyak ke dalam kukusan. Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. 

5.Setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan merah. Kukus lagi. 

6. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah dan tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.

 7. Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis.




Kredit Resepi: 
Page FB Jom Masak.



RESEPI NASI KERABU SAMBAL TUMIS


RESEPI NASI KERABU SAMBAL TUMIS


KUAH SAMBAL TUMIS

BAHAN - BAHAN

10 cili kering
3 ulas bwg merah
1 biji bwg besar
1/2 labu bwg putih
1/2 inci halia
200 gm santan pekat
3 batang serai - ketuk
2 keping asam keping
1 1/2 sb gula
2 sk garam bukit halus
2 sb budu
Minyak masak - agak banyak

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Kisar cili, bawang bawang dan halia.

2. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. 

3. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.

4. Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. 

5. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. 

6. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api.

Nota:
Kuah biar pekat dan masin sedikit.


SAMBAL IKAN

BAHAN - BAHAN

1 biji kelapa parut
 *goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
7 ekor ikan sardin - 
*rebus, ambil isi & tumbuk
5 ulas bawang merah
5 batang serai
2 1/2 sb gula
2 1/2 sk garam

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. 

2. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

3. Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata. 

4. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.

Nota:
Kena manis sikit baru sedap. Saya suka makan sambal kelapa ini dengan nasi impit. Atau ditabur atas nasi dagang.

SAMBAL CILI

BAHAN - BAHAN

1/2 kg cili - basuh
Garam
Gula
Belacan
Asam jawa
Limau nipis/cuka

**Kisar kesemuanya.

ULAM - ULAMAN

Kubis
Timun
Kacang panjang
Daun kesum
Bunga kantan

**Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan.

NASI 

5 1/2 pot beras
Air secukupnya
Pewarna kuning 
(atau guna 7 kuntum bunga telang utk nasi kerabu berwarna biru)
2 helai daun pandan

**Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.

BAHAN - BAHAN LAIN

Keropok goreng
Telur masin
Bawang putih jeruk




Kredit Resepi : 
Page FBSeminit Resepi


RESEPI KEK BUAH MOIST


RESEPI KEK BUAH MOIST 
(Kukus 4-5jam)

BAHAN - BAHAN 

250g butter 
320g gula pasir
60ml air panas
500g mix fruits
3 biji telur gred A
350g tepung gandum
*1 sudu kecil cream of tartar
*2 sudu kecil soda bicarbonat
*1 sudu kecil serbuk buah pala/nutmeg 
*1 sudu kecil esen vanila 
*1 sudu kecil sunquick


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. 

2. Masukkan butter kacau sehingga cair, kemudian masukkan mix fruits. Kacau sebati dan sampai mix fruits meletup kecil, biarkan mendidih dan padamkan api, masukkan sunquick tadi. Kacau sebati. Kemudian sejukkan seketika bancuhan tadi.

3. Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati. Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga. 

4. Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil. 

5. Kukus selama 4-5 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. Lagi lama kukus, lagi tahan lama kek buah moist. Potong kek bila betul2 sejuk. 

**Lagi lama tempoh penyimpanan kek, lagi sedap rasanya 
**Tempoh ketahanan kek hampir 1 bulan dalam fridge . 2 minggu suhu bilik.


Kredit resepi :
Syara fina 

Like & Share

RESEPI CORNFLAKE COKLAT


RESEPI CORNFLAKE COKLAT

BAHAN - BAHAN

100 gm cornflakes
50 gm kepingan badam
70 gm kismis
100 gm coklat masakan (cairkan jangan di tambah air)
mangkuk kertas


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Satukan cornflakes , kepingan badam & kismis di dalam satu bekas 

2. Masukkan coklat masakan yang telah di cairkan ke dalam cornflakes , kepingan badam & kismis tadi dan gaul rata 

3. Kalau coklat terlebih , masukkan lagi cornflakes , kepingan badam & kismis ..... biar ngam2 je dengam coklat.

4. Sudukan sedikit kedalam mangkuk kertas 

5. Biarkan sehingga coklat kering .

6. Simpan di dalam bekas kedap udara



Credit Resepi: 
Page FB Seminit Resepi


Monday, May 28, 2018

RESEPI DONUT GEMOK-GEMOK TANPA ULI


RESEPI DONUT GEMOK-GEMOK  TANPA ULI

BAHAN - BAHAN

1 paket yis kering
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam 
2 sudu gula

*campurkan bahan ni dan biarkan kembang

4 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Ramaskan bahan-bahan ni hingga membentuk seperti serbuk roti.

2. Kemudian campurkan yis tadi dan gaulkan sehingga rata.

3. Biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas di tutup.

4. Lepas satu jam, tumbuk - tumbukkan doh tadi tuk keluarkan angin. 

5. Kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terapkan acuan anda.

* Taburkan sedikit tepung supaya doh yang telah diacuankan tidak melekat.

6. Biarkan selama 30 minit.Setelah itu barulah ianya boleh digorengkan.


Kredit Resepi
Page FB Resepi Masakan Malayu.





RESIPI KUIH PUTERI AYU RAUDHAH


RESIPI KUIH PUTERI AYU RAUDHAH 



BAHAN BUTTER

2 biji telur gred A
150 gm gula halus 
1 sudu kecil ovalette
100 ml pati santan
60 ml jus pandan(kisar 5 helai Daun pandan dgn air,tapis)
180 gm tepung gandum
3 sudu kecil tepung ubi kayu
Beberapa titis pewarna hijau

CARA MEMBUATNYA

1. Putar telur, ovalette dan telur menggunakan mixer sehingga kembang dan gebu.

2. Masukkan santan,jus pandan dan tepung secara berselang seli,putar dgn kelajuan yang pelahan.

3.tambah pewarna hijau( ikut citarasa ) . Gaulkan sehingga sebati.


BAHAN TOPPING:-

2 cawan kelapa parut putih
3 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil garam

** Satukan , gaul sebati semua bahan dan ketepikan.


CARA PENYEDIAAN

1 Panaskan periuk kukusan. Sediakan acuan puteri ayu dan sapu dgn minyak.

2 Ambil 1 sudu besar bahan topping kemudian tekan dan padatkan dalam acuan. ulang hingga habis.

3.Kemudian Tuangkan bahan butter sehingga penuh acuan

4. Kukus Selama 20 minit, Sejukan dan keluarkan dari acuan.

5. Siap.


Sumber Resipi :
 @surianti_kitchen
@rosehayatie_


Friday, May 25, 2018

RESEPI COKELAT RICE BUBBLE IN JAR


RESEPI COKELAT RICE BUBBLE IN JAR 

BAHAN - BAHAN

200MG Chocolate compound
2 Cup Bubble Rice
1 cup butter or minyak masak
Air Panas ( mencairkan cokelat )
Jar atau balang Kaca

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Potongkan Cokelat kompoun dalam potongan yang kecil dan masukkan dalam satu bekas.

2. Dengan menggunakan kaedah "Double Boiling " .Setelah cokelat cair,masukkan minyak masak/ butter. Setelah itu sejukkan cokelat tadi.

3. Di dalam balang,masukkan bubble rice dan masukkan cokelat yang telah dicairkan tadi.


Tips:

Bubble rice yang dimasukkan dalam balang boleh diselang selikan dengan cokelat secara berlapis - lapis supaya cokelat akan lebih rata di dalam balang ketika menikmati nanti.

Selain menggunakan bubble rice, anda boleh menambahkan bahan lain mengikut selera dan kreativiti anda seperti memasukkan sebut oreo,chocolate cips, cokelat bar, marshmallow,coco cruch dan sebagaianya supaya ianya lebih menarik dan mengikut selera.



Kredit Resepi ,
http://www.blogopsi.com

RESEPI KUEY TEOW GORENG BASAH


RESEPI KUEY TEOW GORENG BASAH

BAHAN BAHAN

1 Bungkus Kueytiaw
Udang/ Kerang / Ayam
1 Biji Telur
2 biji bawang merah (dihiris)
4 ulas bawang putih (diketuk)
2 biji cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis
2 Cawan Air
Segenggam Taugeh
Sedikit hirisan daun kucai
Garam / pati ayam.


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Tumiskan 2 biji bawang merah (dihiris), 4 ulas bawang putih (diketuk) dan 2 biji cili

2. Apabila tumisan sudah garing sikit, masukkan 2 sudu cili boh,Tumiskan Seketika.

3.  Kemudian masukkan 2 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar sos cili dan 3 sudu besar kicap manis

4. Masukkan udang dan kerang ( nak letak ayam/daging pun boleh)

5. Masukkan 2 cawan air

6. Masak sehingga mendidih, kemudian masukkan 1 biji telur (dipukul sedikit dengan garfu)

7. Masukkan 1 bungkus kuey teow,Segenggam taugeh dan Sedikit hirisan daun kucai

8. Perasakan dengan garam & serbuk/kiub pati ayam secukup rasa

9. Kacau rata, siap!


Kredit Resepi 
Raffieyusoff via ibu resepi


RESEPI ASAM PEDAS DAGING TETEL


RESEPI ASAM PEDAS DAGING TETEL

BAHAN - BAHAN

1 kg daging tetel
15@20 tangkai cili kering*
Bawag merah kecik 4 biji *
Bawag putih 5 ulas*
Halia 1 inci*
Lengkuas 1 inci *
Kunyit hidup 1 inci *
Belacan 1 inci *
1 sudu kecil lada hitam *
1 sudu kecil jintan manis*
1 sudu kecil jintan putih*
1 mangkuk air asam jawa
Gula melaka( Secukupnya )
Garam secukupnya
Daun limau purut (buang tulang tengah)
3 batang serai ketuk


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Rendam dlm air panas cili kering, jintan & lada hitam 

2. Kisar bahan2 bertanda * sehingga halus

3.Panaskan minyak tumis bahan2 yg di kisar td smp garing

4. Masukkan daging tetel.. masak smp keluar air daging td

5. Masukkan air asam jawa, serai yg diketuk n daun limau purut

6. Rasakan dgn garam n gula melaka.. masak smp daging empuk

7. Boleh juga kalau nak rebus daging tetel dulu, air rebusan jgn dibuang blh masukkan dlm kuah nt


Kredit Resepi
: Zaimah Zakaria