Wednesday, June 6, 2018

RESEPI AYAM HALIA VERSI CINA


RESEPI AYAM HALIA VERSI CINA


BAHAN- BAHAN

500 gram ayam, potong kecil
4 ulas bawang putih, hiris nipis
2 cm halia, dihiris halus memanjang
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
1 biji cili merah, hiris nipis
1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
minyak masak, untuk goreng ayam
sedikit lada sulah atau lada hitam
sedikit garam dan kunyit
garam dan gula, secukup rasa


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.

2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi..

3. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).

4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.

5. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

6. Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.





RESEPI KUAH MEE REBUS JAWA


RESEPI KUAH MEE REBUS JAWA

BAHAN A

Bawang besar 2 ulas
Bawang putih 3 ulas
Serai 4 batang
Udang geragau 2 cawan

** Kesemua bahan di atas dikisar

Daging dihiris & direbus 
*simpan air rebusan
Cili boh
2 Sudu Rempah kari daging
Tepung jagung


CARA MEMBUATNYA

1. Panas kan minyak 

2. Tumis bahan A

3. Masuk kan daging

4. Masuk kan rempah kari daging

5. Masukkan Cili Boh

6. Masak hingga garing.

7. Masuk kan air rebusan daging

8. Masukan garam & gula secukup rasa

9. Masuk kan air tepung jagung bagi memekatkan kuah

10. Siap



Kredit Resepi :
Rosnidazawati Abd Aziz via mahn

RESEPI GERMAN COOKIES @ DEUTSHE KEKSE


RESEPI GERMAN COOKIES @ DEUTSHE KEKSE

BAHAN - BAHAN

350 gram mentega 
375 gram tepung kentang/potato starch 
200 gram tepung gandum
100 gram gula aising, diayak
secubit garam


CARA MEMBUATNYA

1- Satukan tepung kentang dan tepung gandum, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. 

2. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap. bahagikan kepada 7 bahagian dan masukkan warna yg disukai

3. Ambil sedikit adunan, kemudian bulat-bulatkan dan susuh atas dulang pembakar. guna garfu dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.

4. Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 20 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.



Kredit Resepi
 : Azura Felula‎ via #mahn



RESEPI KETAM TELUR MASIN


RESEPI KETAM TELUR MASIN

BAHAN - BAHANNYA

10 - 11 ketam saiz kecil (kalau besar mungkin 4 ekor dah cukup dan kerat 2 setiap 1 ekor)
Sedikit kunyit serbuk
1/4 camca teh garam
3 biji kuning telur masin yang telah direbus, lecek hancur
1/2 biji putih telur masin yang telah direbus, lecek hancur
3 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji cili padi hijau, hiris
4 biji cili padi merah, hiris
2 tangkai daun kari, dilurut
1/4 cawan susu sejat
1/4 camca teh serbuk lada hitam
3 camca besar mentega

CARA MEMBUATNYA 

1. Ketam dibuang kulit kerasnya, cuci bersih dan toskan. 

2. Kemudian gaul dengan serbuk kunyit dan garam hingga rata.

3. Panaskan minyak dan goreng terendam hingga garing, angkat dan toskan.

4. Keluarkan minyak dari kuali, tinggalkan sedikit, anggaran 1 camca teh. 

5. Masukkan mentega dan biar mentega cair. Tumis daun kari hingga harum, masukkan bawang putih dan cili padi merah/hijau tadi. Kacau rata dan masak hingga layu.

6. Masukkan kuning dan putih telur masin, serbuk lada hitam, kacau rata dan tuang susu sejat. Masak hingga berbuih dan masukkan ketam goreng, gaul rata dan kecilkan api. 

7. Masak hingga kering, rasa dan jika ok boleh matikan api. 

8. Hidangkan segera.


Tuesday, June 5, 2018

RESEPI VIETNAM SPRING ROLLS


RESEPI VIETNAM SPRING ROLLS

BAHAN - BAHAN

7 - 14 lembaran 22cm / 8.5 " kertas beras yg bulat
11 kecil udang di kupas bersih dah di celur
50g / 1.5 oz kering mihun/meehoon
7 helai daun salad 
14 helai daun pudina 
1 Cawan taugeh 

KUAH/SOS KACANG

1 sudu Besar mentega kacang,
2 sudu Besar hoisin sos - optional
1 1/2 sudu Besar cuka putih atau Jus Limau
1/3 cawan susu atau air 
1 labu Bawang putih - di cincang 
1/2 sudu Teh cili tumbuk


CARA - CARA MEMBUATNYA

KUAH/SOS KACANG

1. Campurkan semua bahan.kacau 

2. Kemudian masukkan ke dalam microwave 30 saat. 

3. Suai kan rasa kemudian ketepikan.


PENYEDIAAN BAHAN

1. Celur meehun mihun selama 2 minit, 

2. Belah udang kepada dua bahagian..

3. Buang teras salad supaya ia tidak pecah semasa membalut

4. Guna kan air suam untuk lembut kan kertas beras selama dua saat

5. Belah yang licin sepatutnyer kulit di bahagian luar.. 


CARA MENYEDIAKAN SPRING ROLL

1. Sediakan kertas beras yang telah direndam tadi

2. Telakkan bahan - bahan yang telah anda sediakan di atas satu - persatu.

3. Balutkan perlahan - lahan kertas beras tadi seperti balutan popia biasa

4. Siap untuk dinikmati.


Monday, June 4, 2018

RESEPI KUIH DANGAI


RESEPI KUIH DANGAI


BAHAN - BAHAN

1 mangkuk kelapa parut 
1 mangkuk tepung pulut 
3/4 cawan gula 
1 1/2 sudu kecil garam 
1 sudu besar marjerin 


CARA - CARA  MEMBUATNYA

1. Masukkan kelapa, tepung pulut, gula dan garam ke dalam mangkuk. Gaul hingga sebati dan tidak berketul. 

2. Tuang ke dalam loyang yang dialas dengan kertas minyak dan disapu sedikit marjerin. 

3. Bakar di dalam ketuhar menggunakan suhu 150c selama 30 minit. 

4. Setelah bahagian bawah agak garing, keluarkan daripada ketuhar dan terbalikkan supaya masak rata kedua-dua bahagian atas dan bawah. Bakar semula lebih kurang 10 minit. 

5. Siap!


RESEPI MIANG KHAM


RESEPI MIANG KHAM 

BAHAN - BAHAN

Daun Kaduk
Kacang
Kelapa
** Isi kelapa dihiris halus dan digoreng tanpa minyak (sangai)
Halia
Limau nipis/kasturi
Bawang besar
Cili padi
Udang kering


BAHAN - KUAH

Air - 2 cawan
Gula melaka - 5 keping
Gula putih - 2 sudu
Belacan - besar ibu jari
Serai - 2 batang atau daun pandan


CARA SEDIAKAN

1. Panaskan air, 

2. Masukkan gula melaka, gula putih, belacan.

3. Kacau dengan api perlahan

4. Akhir sekali masukkan serai atau daun pandan untuk wangikan kuah.


CARA MAKAN

1.Gulungkan daun kaduk, 

2. Masukkan semua bahan 

3. Letakkan kuah balut dan 

4. Makan



Kredit Resepi : 
NurulHuda Awang Yaacob‎ via Masak Apa Hari Ni 

RESEPI TOMYAM SIMPLY SEDAP


RESEPI TOMYAM SIMPLY SEDAP

BAHAN - BAHAN

Bawang besar belah 4
Cili api (ketuk)
Daun ketumbar @ corriander leaves
Daun limau purut
Serai - diketuk
Air asam jawa @ pes asam jawa
Cili boh @ cili kisar
Pes Tom Yam
Ayam/daging/udang/sotong
Carrot
Cauliflower
Baby corn
Celery
Buah tomato belah 4
Cendawan

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Masukkan air, bawang besar belah 4, cili api - didihkan.

2. Masukkan cili boh @ cili kisar - tunggu didih.

3. Masukkan pes tomyam 

4. Masukkan ayam - tunggu didih nak bg ayam empuk sikit.

5. Masukkan serai yang diketuk.

6. Masukkan daun limau purut.

7. Masukkan carrot.

8. Masukkan pes asam jawa adabi.

9. Masukkan garam.

10. Masukkan sayuran lain (baby corn + cauliflower + celery).

11. Masukkan cendawan (button mushroom + straw mushroom + oyster mushroom + enoki mushroom) - tunggu didih.

12.  Masukkan tomato - kacau sekejap.

13. Tutup api. 

14. Masukkan corriander leaves @ daun ketumbar.

15. Siap! 




Sumber Resepi :
Dina Amalia Nordin


Thursday, May 31, 2018

RESEPI MEE RACUN


RESEPI MEE RACUN

BAHAN - BAHAN

600g mee kuning 
1/2kg tulang kambing gearbox yang telah direbus 
20 tangkai cili kering (dikisar) 
5 biji bawang merah (dikisar) 
3 biji bawang putih(dikisar) 
Minyak masak 
5 sudu sos tomato 
5 sudu sos cili 
1 sudu serbuk lada sulah 
1 sudu serbuk lada hitam 
1 sudu gula 
1 biji telur dadar (digulung dipotong kasar) 
1 biji kentang (dipotong wedges dan digoreng) 
50gm sayur sawi 
50gm kubis panjang (dihiris) 
Garam


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.

2. Masukkan sos cili, sos tomato, lada sulah dan lada hitam. 

3. Masukkan air rebusan tulang tadi. 

4. Masukkan telur dadar, kentang dan sayur 

5. Masukkan garam dan gula secukup rasa 

6. Masukkan mee dan gaul rata 

7. Boleh hias dengan taburan daun bawang

8. Siap!


Kredit resepi
 iCookAsia, 
Resepi try MASAK


RESEPI RENDANG UDANG GALAH


RESEPI RENDANG UDANG GALAH

BAHAN - BAHAN

1 kg udang galah(sederhana besar)
50 gram serbuk kunyit
100 gram bawang merah
30 gram bawang putih (dikisar)
50 gram buah keras (dikisar)
2 batang serai (dikisar)
30 gram halia (dikisar)
20 gram lengkuas (dikisar)
20 gram kunyit hidup (dikisar)
10 gram cili giling
2 biji santan pekat
50 ml air asam jawa
3 helai daun kunyit (dihiris halus)
Minyak secukupnya


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Bersihkan udang dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit. 

2. Salai di atas bara api sehingga udang masak. Ketepikan.

3. Kemudian, tumis bahan-bahan kisar bersama dengan cili giling. Biarkan sehingga terbit minyak dan masukkan santan pekat dan air asam jawa.

4. Reneh sehingga kuah menjadi pekat. 

5. Masukkan udang yang telah disalai tadi bersama garam secukup rasa. Kacau sehingga rata.

6. Akhir sekali, taburkan hirisan daun kunyit dan hidangkan.


Kredit Resepi :
 Cik Cikputeh Puteh


RESEPI SAMBAL TEMPOYAK PETAI IKAN BILIS


RESEPI SAMBAL TEMPOYAK PETAI IKAN BILIS

BAHAN - BAHAN 

Ikan bilis (ikut berapa banyak nak buat)
Cili padi
Petai 
Bawang merah
Tempoyak
Garam & perasa

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Ikan bilis, bawang merah, cili api ditumbuk separa lumat.

2. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk

3. Bila Tumisan agak garing , masukkan petai (buang kulit)

4  Masukkan tempoyak 

5. Kacaukan. Masuk garam atau perasa.Sekiranya terlalu pekat.Masukkan sedikit air.



Kredit Resipi 
Fini via Resepi Bonda



RESEPI KUIH BADAK BERENDAM


RESEPI KUIH BADAK BERENDAM

BAHAN - BAHAN

BAHAN DOH

3 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan air jus pandan 
(air + 4-5 helai daun pandan..blender..tapiskan)
Sedikit pewarna hijau.

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Tuang air jus pandan perlahan - lahan ke dalam tepung pulut. Gaulkan sebati. uli - ulikan jadikan doh.

2. Bulatkan doh (besar ikut suka) kesemuanya.

3. Kemudian leperkan doh. Isikan inti kelapa atau inti ikut suka.bulatkan semula

4. Rebus macam kita buat kuih buah melaka/onde-onde. Angkat dan jirus sekejap bawah air paip.Toskan airnya.


BAHAN - INTI

1 biji kelapa parut putih
1/2 cawan gula merah
1 ketul gula melaka
1 1/2 cawan air
3 helai daun pandan
Secubit garam
1 sudu besar tepung gandum

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Masak gula merah, gula melaka , air hingga larut..tapiskan

2. Air gula tadi masak bersama kelapa parut putih.

3. Agak-agak nak kering. letak tepung gandum.gaul sebati


BAHAN  DADIH

5 cawan santan sederhana pekat
8 sudu makan tepung beras
8 sudu tepung gandum
2 helai daun pandan..simpulkan
Sedikit garam

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Sebatikan bahan diatas (akak blender)..

2. Masak hingga naik wap.sentiasa dikacau-kacau agar tidak berketul

3. Kacau sampai sedikit likat yang secukupnya.


CARA - CARA MENYEDIAKAN

1. Tuang dadih dalam bekas yang sesuai. Masukkan doh yang direbus tadi.

2. Sedia untuk dihidang




Kredit Resepi : 
Zura Zul via mahn

RESEPI BURASAK


RESEPI BURASAK

BAHAN - BAHAN
Bahan-bahan (untuk 10 orang)

Beras Wangi 1kg,
Kelapa 1 biji diparut dan ambil santannya,
garam secukup rasa.
Daun pucuk pisang berukuran A4 beberapa keping utk bungkus.
Daun pisang tua panjang lebih kurang 3 jengkal.


CARA - CARA MEMBUATNYA

1.Beras dibasuh 2 hingga 3 kali. Panaskan santan hingga mendidih. Setelah mendidih 
   api dikecilkan.

2. Masukkan garam secukup rasa. Bila santan sudah berubah warna, padamkan api. 

3. Tuang santan panas ke dalam beras sambil gaulkan, masak seperti nasi lemak.

4. Biarkan beras lembab sedikit, tapi agak merata. 

5. Lipat nasi macam lipat kuih lepat pisang, urut-urut atas bungkusan leper dan padat. 
 ** Jangn terlalu nipis atau terlalu tebal.

.

RESEPI KEK OREN


RESEPI KEK OREN


BAHAN - BAHAN

170 gm butter
115 gm gula halus@gula kastor
3 biji telur gred A
160 gm tpg gandum
1sudu kecil baking powder
kulit oren(1 biji diparut)
8 sudu besar jus oren(diperah) ATAU
4 sudu besar jus sunquick


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Ayak tpg gandum bersama b. powder(ketepikan)

2. Putar gula bersama butter smp kembang

3. Masukkan telur satu persatu

4. Masukkan tepung sikit demi sedikit

5. Last sekali masukkan jus oren bersama parutan kulit oren kacau2 rata(guna spatula)

6. Panaskan oven 160@170 bakar selama 1jam (guna api atas bwh)



Kredit Resepi :
Zaimah Zakaria (


RESEPI KEK LAPIS KUSINERO CINTA


RESEPI KEK LAPIS KUSINERO CINTA

BAHAN-BAHAN

16OZ mentega
360gm tepung hongkong (boleh juga guna tepung biasa)
12 biji telur (gred B)
3/4 susu manis
1 gelas gula halus
1 tin srikaya (tin besar)
2 sudu teh vanila
1 peket kecik Oreo(dibuang krim dan ditumbuk@dblend sedang halus)
1 gelas nestum (ori)
7 sudu makan Horlick
1 ketul cheese tartura
Pewarna pink Dan oren


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Pukul telur dan gula hingga kembang.

2. Mentega dan susu manis dipukul sebati kemudian masukkan srikaya dan vanila. Gaul rata 

3. Masukkan ke dalam bahan telur tadi dan gaul rata sekali lagi

4. Last masukkan tepung hongkong.

5. Bahagikan kepada 3:

Plain - cheese tartura + Oreo
Oren - horlick
Pink - Nestum (Nak kisar pun boleh tak nak pun boleh) 

6. Kukus berlapis-lapis mengikut turutan kaler yang anda suka

Tips:
Pastikan pengukus dipanaskan terlebih dahulu sebelum mengukus.
Lapisan pertama dikukus pada 5-7 mnit jika menggunakn periuk kukus.
Lapisan terakhir dikukus selama 30 minit atau sehingga masak.